24 March 2010

Pemilihan Penyelia 3 - Memcari Yang Susah Tetapi Terbaik

“Aku terjaga di tengah malam untuk menekuni ilmu, lebih nikmat bagiku daripada mendengar lagu merdu atau mencium bau wangian. Goresan penaku di tengah lembaran kertas, terasa lebih indah daripada khayalan. Bergelut dengan masalah keilmuan lebih mengasyikkanku daripada mendengar nyanyian seorang gadis. Aku terjaga setiap malam untuk belajar, pada saat orang-orang lain sedang lena tidur. Adakah sama darjatku dengan mereka setelah itu?” – Imam Syafie

Masa membuat Projek Tahun Akhir (FYP) dulu, yang penting bagi kita ialah memcari penyelia yang boleh bagi A+. Memang betul kita dapat A+. Tetapi bila kita lihat balik, sebenarnya kita tidak belajar apa-apa. Yang dapat hanyalah ‘A+’. Mungkin itulah disebabkan niat yang salah.

Bagi yang sudah sedar, dan sebelum daftar MSc/PhD carilah sesuatu yang terbaik. Mencari yang susah dan mencabar akan menjadikan kita antara yang terbaik. Jika kita masih ingin mencari sesuatu yang mudah untuk MSc/PhD, ya Insya-Allah kita akan dapat MSc/PhD. Tetapi cuba fikir balik, tiadakah cita-cita untuk terbitkan kerja-kerja kita sekurang-kurangnya satu kertas jurnal dalam jurnal top 10 sebelum serah tesis? Atau kita hanya suka ambil sikap ‘takpa la’ atau ‘cukup makan je’?

Masa muda atau masa belajar inilah masa yang sesuai untuk terokai sesuatu yang baru dan memcabar. Memang jika kita menggunakan masa ini untuk memcari yang ‘mudah-mudah sahaja’, rugilah masa kita. Cuba bayangkan kita membuat penyelidikan yang mudah, pasti pelajar kita nanti akan membuat sesuatu yang lagi mudah dari kita. Katakan kita dapat 50% ilmu daripada ilmu penyelia kita, pasti pelajar kita akan dapat 20% sahaja. Mereka pasti tidak akan membuat sesuatu melebihi keupayaan penyelia. Tidak perlulah penyelia menyuruh mereka membuat sesuatu yang luar biasa, sedangkan dulu kita hanya membuat yang ‘biasa-biasa sahaja’.

Susah sangat ke kerja anda? Kita bukannya membuat penyelidikan setaraf dengan penerbitan Nature atau Science. Kita cuma rancang hanya dalam penerbitan paling tinggi pun IF 3.000. Jadi apa yang susah sangatnya?

Kalaulah pelajar (mahupun penyelia) selalu letakkan perkata “susah... susah... susah” sebagai pendahuluan maka langkah pertama pasti tidak akan berlaku. Setelah membuat sedikit review, sila katakan “ini cabaran aku... aku mesti buat”, atau lebih baik gagal mencuba daripada tidak buat apa-apa.

Saya selalu cabar semua pelajar-pelajar saya, “I want you better than me!”. Untuk pelajar menjadi lagi hebat daripada penyelianya pelajar kena usaha lebih. Kalau penyelianya membaca 1 kertas jurnal seminggu, pelajar mesti baca 1 kertas jurnal sehari. Jika penyelia datang kerja 8:00 am, pelajar kena datang 7:30 am. Jika penyelia balik 7:00 pm, pelajar patut balik 7:30 pm. Tetapi hakikatnya, penyelia tak sempat isi borang cuti, pelajarnya dah 2 hari balik kampung!... jadi macam mana nak atasi tok guru??

Kalau dibandingkan dengan penyelidikan (ambil satu contoh) Kumpulan penyelidikan Ionic Liquid Prof. MacFarlene (Monash University), kita boleh tengok pelajar-pelajarnya bekerja ‘macam berlari’, sangat fokus dan disiplin terhadap kerja masing-masing. Rata-rata semuanya target ingin hantar kertas jurnal ke Science atau Nature. Semasa pergi ke RMIT dulu, Prof. Wotjek Wlodarski sempat kata “hungry for paper ... young man!!”.

Masa saya mencari penyelia PhD dulu niat yang sama juga timbul, ingin mencari siapa boleh bagi PhD ‘mudah-mudah’ sahaja. Ramailah kawan-kawan propose penyelia yang boleh lulus PhD mudah-mudah cuma “engkau submit je thesis ... sure lulus jugak”. Walau bagaimanapun disebalik yang mudah-mudah ini, ada orang mencadangkan ialah Dr. Kariem (sekarang dah Prof ‘A’), katanya Dr. Kariem ini ‘special’ sikit. Tetapi siapa Dr. Kariem? Rata-rata orang kata Dr. Kariem garang!

Selepas mendapat nasihat dari ramai orang termasuk Malik (Dr. Malik, UiTM) supaya berjumpa dgn Dr. Kariem. Malik merupakan antara pelajar FYP terawal Dr. Kariem. Malik nasihat supaya jumpa dulu Dr. Kariem dan berbincang. Memang betul Dr. Kareim garang, tetapi bila grad nanti banyak kelebihannya. Contohnya kebanyakkan pelajarnya semua mempunyai penerbitan jurnal berkualiti, jika dibandingkan dari penyeliaan orang lain. Malah Dr. Kariem mampu terbitkan kertas jurnal berimpak faktor tinggi dari pelajar FYP!

Kalau ditanya kepada Prof. Mai Yiu Wing (Universiti Sydney) berkenaan pelajar-pelajarnya, dia merasa bangga dengan bekas pelajar-pelajarnya yang berjaya. Tetapi, dia bukannya berbangga dengan diri sendiri kerana dapat melahirkan pelajar berjaya. Lainlah dengan kita selalu kata “sebab akulah pelajar aku berjaya...”. Lainkan pemikiran orang-orang hebat ini?

Semasa buat PhD dulu, memanglah selalu kena marah oleh Dr. Kariem, itu pun disebabkan kebodohan dan kemalasan sendiri. Tetapi bila difikirkan sekarang, tanpa kemarahan Dr. Kariem kami mungkin tidak akan sampai di sini (kumpulan penyelidikan bateri UiTM, USM, USIM, UMT, UIA, AMREC). Terlalu banyak kebaikan dan tunjuk ajar dari ‘kemarahan’ ini untuk dibalas.... Memang betul Dr. Kariem ni ‘special’ dan ...... terima kasih banyak2 Prof Kariem!

Garisan Bawah
Kita ingat ini susah... tetapi inilah yang terbaik