24 July 2011

Pemilihan Penyelia 6b – Penyelesai Masalah

Imam Syafei berkata, “Aku mengenal ramai orang, tetapi aku tidak pernah merasa dengki kepada mereka. Itulah sebabnya mereka sayang kepadaku, Bagaimana mungkin seseorang akan berlemah-lembut kepada seseorang pendengki, bila pendengki itu tidak menghendaki sesuatu pun selain hilangnya nikmat dari orang tersebut” (Nasihat berkenaan Bersikap Lembut)

Contoh kaedah penyelesaian yang boleh dibuat (setelah semua usaha sendiri/kumpulan tidak berhasil):

1.  Minta tolong dari orang yang tahu. Sebelum minta tolong orang, diminta buang jauh2 ego diri. Lupakan,
'aku grad 1st class dari MIT'
'aku ni ada phd'
'aku ni prof' atau 
'KL Department ni.... kawe legend!'..... Hahaha. 
Itulah kunci kemesraan perbincangan dan penyelesaian masalah. 

Sometime, dahlah kita pergi minta tolong orang, dalam perbincangan kita cuba tunjuk pandai pulak. Paling teruk, kutuk atau perli kerja2 kawan yang cuba menolong. Terkejut member kita! Dalam hati mungkin terlintas, 
'aku ni menolong anjing tersepit ke?'

Kalau macam ini tidak perlulah minta pertolongan kawan. Atau paling baik tak perlu buat research. Baik duduk diam2 dalam bilik tu. Pagi2 datang (tu pun kalau datang!) click Berita Harian, pahtu Utusan, Star... Kalu banyak masa lagi baca Sin Jit Poh, Tamil Neesan. Bila petang, balik. Opp terlupa.. kalu ada accaount Facebook, cuba comment semua orang, barulah penuh activities harian kita!

Kejadian sebaliknya juga pernah berlaku, kawan yang menolong pula lebih lagaknya. Lebih garfu dari sudu.

Jadi, mintalah pertolongan dari orang yang kita 'kenal', bukannya main terjah saja. Silap hari bulan, sakit buleh, malu pun dapat.

Pernah dulu penyelia panggil prof lain buat presentation di jabatan. Lepas sahaja presentation penyelia kata kepada kami semua "anyone got problems with your works... Please ask this professor".

Walaupun selepas disccus hanya 5 minit dengan prof tersebut, ia mampu menyelesaikan masalah 6 bulan! Dan terus boleh siapkan papers dan tesis. 
KL ni.... kawe legend! (Kongsi)

19 July 2011

Pemilihan Penyelia 6a – Penyelesai Masalah

List things to do... can we do it without difficulty?

Sebelum pergi lebih jauh, pernyataan perlu dibuat 
Penyelia hanya perlu menjadi penyelia akedemik sahaja dan bukannya penasihat penyelia peribadi.

Permulaan penyelidikan ialah 'masalah'. Tanpa masalah, tiadalah penyelidikan. Dunia pun akan sentiasa aman jika tiada masalah. Itulah hakikat hidup.

Jika dibuka mana2 tesis salah satu bahagian penting ialah 'Penyata Masalah (Problem Statement)'. 

Apabila masalah dikenal pasti dan semua kerja2 penyelidikan akan dimulakan. Pelbagai kaedah akan dikenalpasti untuk menyelesaikannya.

Jika masalah ini berterusan dan tiada usaha untuk menyelesaikanya, sesunguhnya 'bermasalahlah' tesis kita nanti.

Penyelia bukan semua dia tahu walaupun dalam bidangnya sendiri. Lagi terharu jika baru setahun tanam jagung masuk dalam bidang ini. Ketidakcekapan akan menghancur cita2 orang lain.

Bagi penyelia yang bagus (walaupun baru bergelar penyelia), dia mempunyai banyak pengalaman semasa postgrad dahulu dengan mudah dia menyelesaikan masalah.

Soalan, bagus ke students mempunyai penyelia yang ‘sangat perihatin' dan ada saja masalah, penyelia akan cepat2 selesaikan? Kenapa?

09 July 2011

Pemilihan Penyelia 5 – Motivator

Lost?.... let me show the way!
"Aku rasa cukuplah setakat ini....  makin hari makin lemah semangat ni.... dan hari ni berani diri berdepan dengan bos (sv) pasal benda ini"

Pagi itu, itulah ayat2 sedih dia luahkan sebelum jumpa sv.  Umpama pejuang mengangkat kain putih.... surrender

Semua orang students postgrad dalam lab tumpang sedih. Bukan hanya sedih mengenang nasib dia saja, tetapi automatic terus memikirkan future diri sendiri jugak!

Surat berenti belajar untuk dihantar ke IPS ada ditangannya. Sekali dibuka dan dua kali dilipatnya. Nampaknya dia masih sayang untuk mengaku kalah. Masih lagi ada sisa2 dan cita2 untuk terus memikul sebuah peluang yang hanya datang sekali in life time.

Dia tiada daya untuk meneruskan larian terakhir (sudah masuk 2nd year) kerana masalah bertimbun2. Dari masalah tidak memdapatkan 'good results" hinggalah masalah peribadi.

Dari pagi sampai tengah hari dia masih lagi di bilik bos. Students lain yang berada di lab pun tertanya2 kenapa lama sangat meeting dia dgn bos.
"Ni mesti bos mengamuk marah...."
Paling negative ada yang kata, ".. aku rasa dia menagis la kat bilik bos tuh.... sadis... sadis...."

Lepas tu baru dia masuk balik lab. Tapi.... dia masuk dengan tersenyum2, hepi, bersemangat malah gelak2 lagi. 100% lari dari expectation semua orang!

Students semua hairan, tadi sangat sedih tetapi sekarang sangat bersemangat. Apakah magic yang telah terjadi pada hari ini? Siapa pun xfaham. Students lain cuma tunggu saja apa kata dia,

"ko orang mesti xcaya... bos suruh aku convert ke PhD!!"

Tiada teori mahupun hukum sains yang boleh fikir untuk memahami keadaan ini. Bayangkan, daripada tiada results experiment yang bagus hinggalah semangat yang hilang, tapi terus  suruh convert PhD!!

Walau apapun alasan bos, apapun pelajar lain fikir, apapun persepsi pembantu makmal dan tak kisah tukang cuci makmal tahu atau tidak apa itu 'convert'...., paling penting seorang penyelia yang hebat bukan hanya mampu memberi motivasi malah mengubah 180 darjah pelajarnya!!

Berubah daripada nyawa2 ikan katak (lepas dipijak oleh anak kambing) kepada menjadi anggota laskar pelangi dan terus berlari...... mengejar mimpi.


Kata Pujuk cikgu mus, “laskar pelangi... ayuh kita puuulanggg....”



03 July 2011

My First Li-ion Battery

Coin cell Li-ion battery fabricated based on LiCoO2/PEED/Li during my Research Leave May-June at AMREC, SIRIM. Capacity up to 130 mAh/g.







- Posted using BlogPress from my iPhone

02 July 2011

Pemilihan Penyelia 3b – Banyak Bidang

Kenapa kita mesti elak memilih sv yang banyak bidang ini penting?

(a) Nak jimat masa
-       Benda paling berharga ialah masa. Masa 3++ tahun buat postgrad bagaikan 3 hari sahaja. Silap buat kerja, pasti tidak boleh kembali walau sesaat.
-       Belum sempat nak buat Folder File "Ini Tesis Aku", sudah dapat surat dari majikan suruh balik sebab sudah terlebih 3 tahun!!
-       Perjalanan ini diharapkan berjalan atas highway tanpa tol, tanpa roadblock, tanpa jem... yang ada aku dan phd aku sahaja.

(b) Nak publish tempat bagus
-       Cabaran publication makin meningkat. Impact Factor perlahan2 meninggalkan takat keupayaan kita. Data2 dan kaedah2 terbaru semakin sukar difahami, lagi susah untuk dibuat.
-       Sv boleh terus hasilkan paper detail, bukannya masa try and error experiment lagi atau kajian on surface sahaja. Manuskrip kajian on surface akan direject oleh kerani editor lagi.

(c) Tak perlu ramai sv
-       Cari ramai sv sebab nak cover banyak bahagian yang main sv tak tahu.
-       tetapi kita lupa agi ramai, lagi banyak kepala. Lagi memeningkan kepala (ya kepala student la).

(d) Asas kukuh
-       Concept field itu sudah tertanam kukuh dalam kepala sv kerana dia sv dah lama buat benda ni. Jika ada research baru, ia tetap atas landasan teori yang sama.
-       Jika ada masalah cepat boleh selesai. Tidak perlu tanya orang. Tidak perlu email prof tu atau buang masa tanya prof ni.

(e) Alat semua sudah ready
-       Kita terus buat sahaja. Kalau menunggu pun sebab data terlalu banyak nak copy.
-       tidak perlu ada ayat, "kalau dapat geran ni, kita beli alat tu", "alat kita akan sampai tahun depan", "awak pergi pinjam dengan lab sebelah" etc. 


ini kepakaran saya ... ini kuali saya
Takkan bertahun2 jadi sv alat paling penting tak boleh beli? Katanya pakar dalam bidang Nasi Lemak.
"Woit... takkan periuk pun nak pinjam?"

Garisan Bawah
Kurangkan internal problem... masa sangat terhad!