19 September 2011

Taiwan 2011 - Registration & Free Tour

Welcome to conference!
MRT Taipei
Registration Counter 

by bus
Time to see Taipei


















National Palace Museum

Sun Yat-Sen Memorial Hall








Taipei 101



- Posted using BlogPress from my iPhone

18 September 2011

16 September 2011

Jawap Penilai 1 – Intro

wrong question... but u still need to answer it!
Paling memdebarkan ialah apabila mendapat email ‘Decision Letter’ daripada editor. Mata hanya mencari2 satu saja perkataan sahaja... ACCEPTED atau REJECTED. 

Dalam proses academia, ada banyak jenis email diterima. Ini adalah salah satu email yang takut dibuka tetapi sememangnya ditunggu2. 

Ia bukan sahaja menentukan kelegaan KPI pada tahun tersebut, tetapi indicator pengetahuan penulis itu sendiri. Bayang jika cuma budak postdoc menconteng arang dan reject paper kita. Manakala komennya hanya berkenaan fundamental.

Tetapi inilah 'game' boleh mengubah rutin kesibukan harian. Game menyebabkan orang sanggup belanja makan satu lab, sedangkan sendiri belum makan lagi. Ia juga menyebabkan orang frust dan hilang pertimbangan seminggu. Hanya yang pernah rasa saja yang tahu.

Accepted
Tiadalah ayat paling mengembirakan daripada editor menggunakan ayat berikut;

“I am pleased to inform you that your paper "ABC… has been accepted for publication in Journal XYZ”

Tetapi biasalah mesti ada correction. Kalau minor correction ok, sekejap sahaja boleh edit. Bagi major correction pasti pening dibuatnya. Insya-Allah untuk entries akan datang kita sama2 belajar menjawap komen2 daripada reviewers, buat cover letter etc. Ini cuma panduan sahaja, untuk lebih detail cuba tanya pakar2 yang berada sekeliling kita.

Rejected
“I regret to advise that your paper on "ABC…" was not one of those selected for publication. There is tremendous competition for the limited space and others were preferred.”


Kalau dapat email macam ini, tak payah sibuk2 nak buat rebuttal letter. Cuma cari jurnal lain terus.

Tetapi ada juga orang hebat2 berani sanggup reply kepada editor tanya 
"what wrong with my paper?"
"can you show me where the mistake?"

Orang ini berani kerana dia yakin dia benar dan editor reject secara membuta-tuli atau persepsi negatif sahaja.

Kita tak perlulah. Tidak perlu membuat konfratasi dengan mana2 editor. Kita tau results kita bukannya hebat sangat. 

Sebab berani sangat, mana tau nanti editor 'marked' nama kita. Jika dia pass paper kita pun pasti dipilih reviewers yang 'tough' dan ramai. Nanti dia pilih 5 reviewers, baru ko tau nak jawap komen nanti.

Kalau rasa hebat juga... silakan!

06 September 2011

Pemilihan Penyelia 7 – Tersalah Pilih

“I wish the ring had never come to me. I wish none of this had happened," said Frodo.
“So do all who live to see such times,” said Gandalf, “But that is not for them to decide. All we have to decide is what to do with THE TIME THAT IS GIVEN US." — J.R.R. Tolkien (The Fellowship of the Ring)


the only way is .... i did it my way

Tidak dapat dinafikan bukan semua yang kita plan akan berjalan lancar. Ada sesetengah orang sesangat tidak bernasib baik. Sudah terjatuh, ditimpa tangga dan tercuit tahi ayam. Masalah datang tak pernah putus.

Setelah ditakdirkan kita tersalah pilih penyelia, dan memang sah ada banyak problems, apa kena buat?

Apa yang dibincang di sini mungkin secara etikanya tidak betul. Tetapi hidup terpaksa diteruskan.

Paling senang sekali ialah tukar universiti daripada tukar penyelia. Tukar universiti cuma perlu kemas beg dan blah (yang kisah hanya IPS... cari minta bayar hutang). Tetapi untuk tukar penyelia memerlukan kemahiran bercakap dan sedikit keberanian. Macam cakap ‘hati ke hati’ gitu. Menceritakan semua yang terkitab dalam hati, tanpa ada yang terasa, tersingung atau menghilang perasaan sceptical terhadap kita. Bagai tarik rantai gajah tak putus, gajah tidak naik minyak!

Memang senang cakap untuk tukar penyelia, ubah jabatan, pindah universiti malah buangkan semua memori pahit dalam tong sampah universiti tersebut. Tetapi hakikat sebenar sangat pedih untuk dirasai, jauh sekali ditelan. Banyak kemungkinan akan berlaku. Sudah lama masa telah diambil, banyak duit telah ditabur, sudah habis buku dibaca. Akhir2 semua sia2.

Ok kita lupakan pasal tukar penyelia, jabatan maupun universiti. Katakan kita mesti habiskan dengan penyelia sama, cuma perlu tarik senafas lagi dan berdoa agar masa datang menjenguk untuk sekali lagi .

Jika penyelia tidak membantu, buatlah sendiri,

1. Masalah research
Cuba email peer researchers lain. Email boleh didapatkan pada muka depan kertas jurnal. Cuma kita mesti bersabar, dalam 10 orang yang kita email mungkin ada seorang 'manusia' yang boleh guide kita buat experiment. Dia ini macam merangkap unofficial supervisor. *Tips – orang US dan Europe biasanya akan reply email dan banyak membantu.

2. Tidak pandai menulis
Minta tolong kawan check write-up kita. Cuma minta komen berkenaan tips & tricks writing sahaja. Manakala bahagian scientific content kita sudah settle. Kalu susah2, belanja kawan makan di Nandos seminggu. Silap2 print pun guna printer dia!

3. BI (grammar) tidak bagus
Sekarang tiada masalah lagi. Tanya saje uncle Google tentang 'English Editing Service' pasti banyak yang keluar. Cuma servicenya agak mahal sehingga RM300-RM700 untuk satu paper dan RM2k untuk tesis (entry bahagian ini, kemudian).

4. Paper hantar kemudian
Jika universiti kita tidak syaratkan paper, so jangan menyibuk tulis paper sekarang. Submit tesis dulu, kemudian submit paper sendiri. Tapi jangan lupa nama penyelia! (tak apalah yang lalu biar berlalu, tidak perlulah ada niat balas dendam).

5. Tesis
Ini bab paling susah. Di telan mati student, diluah pun mati student.

Student tidak boleh mendahului penyelia kerana penyelia ialah 'SUPER'visor. Sama seperti ‘super’man. Dia mengatasi segalanya. 

Malah semasa viva penyelia kata student ini submit tesis tanpa pengetahuannya dan dia fail, memang student akan fail.

(Kata Dr. Hashim Hussin - Ini berbeza di oversea, student mempunyai hak untuk submit dan pihak dept boleh menghalang penyelia daripada masuk viva).

So jika kita ada masalah, apa yang boleh pelajar buat ialah siapkan tesis dan minta orang lain check. Kemudian cuba bincang 'baik2' atau 'dari hati ke hati'. Tidak perlulah kita berlagak pandai, sombong depan tokguru, sabarlah untuk hanya sekali ini sahaja untuk mendapat kebenaran submit tesis.

Insya Allah penyelia akan faham. Dia pun manusia juga. Jangan terus buat andaian bahawa penyelia pekakkan telinga kepada semua.

Garisan bawah
Ada kalanya kita tercari2 dimana silapnya kita?

Kes study... click here
http://www.postgraduateforum.com/thread-23514 



Kata WINGS - Biarkan Berlalu....