26 November 2011

Tukar MSc ke PhD 3 - Proposal (original)



Woit... jangan ikut kata Siti, "biarlah rahsia....".
Ini viva.
Mati la cakap macam ni di viva!




Cuba dengar kata Awie, "tiada rahsia antara kita... "







"kajian boleh dikembangkan lagi...".

Ini antara benda pelajar kena ambil perhatian semasa conversion. Ia sangat penting. Malah syarat untuk conversion mesti ada bahagian 'Proposal'. Jika results semasa sangat hebat, mestilah ia boleh dikembangkan lagi selepas conversion.

Proposal baru untuk PhD mestilah menyakinkan panels. Bukan hanya kata boleh 'dikembangkan lagi' tetapi students sudah mati idea. Bila submit tesis Phd, tiada results baru yang beza cuma cover sahaja.

Ada juga examiner yang teliti akan tanya detail apa pelajar akan buat. Dia akan tanya satu2. Kenapa guna X? Kenapa tak guna Y? Berapa berat X?... etc. So berilah jawapan lebih saintifik. Bukannya mengarut lebih dari Tukang Karut.

Examiner bukannya nak menyibuk pasal student ni. Dia pun ada banyak kerja nak buat. Lagipun student ni bukannya student dia. Tetapi niatnya satu, biarlah berkualiti.

23 November 2011

Tukar MSc ke PhD 2 - Alasan Tunggu Penerbitan

"student dah publish banyak papers"

Ini antara alasan yang boleh diterima. Atau sangat dialukan untuk conversion. Kerja2 MSc telah diterima oleh jurnal2 top 10 dengan kajian hanya kurang 1.5 tahun. Pada tahap ini students telah mampu mencapai peringkat 'special one' dan memang dia deserve untuk conversion.

Pada tahap ini juga, student telah mampu 'pecah kepala' menjawap secara critical soalan2 reviewers dari jurnal terbaik. Reviewers ini sememangnya liat untuk merestui manuskrip kita menjadi kertas jurnal.

Tapi ingat!
Ada alasan 'banyak paper' dijadikan muslihat untuk memancing undi conversion. Student published 5 papers dalam jurnal faktor impak rendah pun telah diwar2 'calon convert'. 1 paper dalam impact factor 3.000 tidak sama dengan dapat 3 papers dengan impact factor 1.000!

Pastikan student yang buat experiment dan student juga yang tulis paper. Penyelia hanya sebagai penasihat. Bukannya penyelia yang tulis paper dan menjawap komen dari reviewer untuk student.

Woit... sapa nak convert ni student ke sv?


Penyelia tidak perlulah halalkan proses conversion hanya untuk menambah bilangan pelajar PhD.

Jika student tidak pandai tulis, penyelia kena ajar dia. Kalau tidak pandai juga? Tidak perlulah buat conversion. 

18 November 2011

Export EndNote File from Word File


Note: I’m using EndNote X4 for Mac.

Sometimes we forgot which EndNote file we used. Or we are using ONLY a single file for everything, for papers, for thesis etc. 

But when someone else wants to edit. We will not give a big file containing 1000 unrelated references to your friends or your supervisor.

Example this Word file which is already linked to EndNote software (but from our big single file).



So how to extract only related references to a single file (.enl file)?

 1. Go to > Tool > EndNote X4 > Expert Travelling Library.


 2. New window will pop up. Select “A New EndNote Library”. Then click “OK”.


3. Another new window will pop up, “Untitled Library”


4. Type your file name here, i.e. “Paper 1”. Select the folder where you want to save. Then “Save”.

5. To check, go to the folder to see your “Paper 1.enl” file. Click on it, then you DONE.


Good Luck!!

Tukar MSc ke PhD 2 - Alasan Kes Tertentu


Ini kes serba salah. Nak cakap takut terasa. Tak cakap nanti kata SV tidak 'user friendly'.

Sebenarnya SV dah boleh agak apakah kesudah viva conversion nanti dengan data2 yang ada. Tapi, student tidak mahu dengar hinggalah sv kata,
"Ok baiklah... biar panels buat decision"

Untuk special case ini ia melibatkan student senior (bukan tua). Biasalah orang senior banyak pengalaman dan panjang akalnya. Pandai cari jalan untuk selamatkan keadaan walaupun results entah apa2.

never too old to read....


Alasannya mudah, berkenaan 'dikesempatan yang ada'.

Masa register master pun sudah umur dekat nak pencen. Jika abis master pasti umur melewati 45 dan pasti tiada sponsor lagi untuk sambung PhD kemudian. Jika buat conversion maka tidak perlulah fikir lagi masalah nak minta sponsor, tiada lagi masalah had umur dan tiada lagi masalah packing beg datang lagi.

Paling best elaun PhD banyak sikit daripada master!

Ada juga alasan students dari negara2 perang atau dari negara block2 communist. Alasanyanya,
'Kalau saya balik negara dengan master sahaja, entah tidak tahu pula dapat peluang datang buat PhD lagi.... silap2 mati bos, kena peluru sesat".

Ya betul, peluang untuk sambung dan dapat scholarship (atau guna duit saving) amat2 terhad. Adalah baik untuk mereka datang sekali sahaja ke Malaysia, tapi pulang dengan PhD terus.

Sometime bila sv masukkan kaki in their shoes ..... kesian jugak dengar alasan depa. Boleh terima ke alasan ni?

11 November 2011

Tukar MSc ke PhD 2 - Alasan Novelty

Tidak semestinya penyelia berpengalaman mampu buat kerja2 mengukur. Adakalanya tersilap ukur. Memang sudah sempurna buat ukuran dibadan, tapi kain pula tidak cukup ela!

Dan tetap ingin buat conversion dengan alasan,
"Student ada banyak results.... dia patut convert"
"Student dah ada data setebal tesis PhD dah"

Ini antara alasan yang diberikan untuk apply conversion. Bukan setakat student yang kata malah penyelia pun support.

Semua orang tahu banyak tidak semestinya baik. Kalau kita hanya membuat experiment sama dengan orang lain. Tujuan kita hanya untuk menebalkan tesis dengan harapan 'lagi tebal lagi bagus'. 


Antara kerja2 untuk memperbanyak data ialah,
i.      Melengkapkan 'missing data' - Membuat balik experiment dengan menambah testing yang tidak dibuat/dinyatakkan dalam kertas jurnal tersebut. Adakah ini bagus?
ii.    Kajian 'Value added' - Jika dalam jurnal mereka laporkan A+B+C, kita buat balik experiment dengan menambah D kepada kombinasi hingga jadinya A+B+C+D. Atau membuat penggantian C dengan E jadinya A+B+E. Adakah ini yang sepatutnya?

Atau mencari lain dari yang lain. Contohnya menambah devices (application) dalam kajian. Bukan hanya bergantung kepada pencirian bahan saja.

Atau buat kerja giler, katakan kita boleh gantikan convensional electrolyte dengan
air kencing. Memang kerje giler. Bising satu jabatan. Tapi itulah hebatnya kita, calon student nak buat conversion!

Disebabkan conversion ini sangat 'special', novelty conversion mestilah lebih baik daripada novelty tesis PhD.

Seperti yang telah ditulis dalam entries sebelum ini, sepatutnya 'strong novelty' lah yang digunakan untuk 'meraikan' ahli panels untuk conversion. Bukannya hidangkan 'makanan basi'.

Memang senang untuk cakap di sini, yang memikulnya..... tetaplah student.




dengan satu lontaran... semua alasan kena
Canon 550D

03 November 2011

Editing nama kuih

Ini kuih bukannya buah. Kuih dibuat tiru shape buah. Intinya kacang (kacang hijau?). Kuih diambil semasa pergi ke Hadyai, Thailand. Masa kecil dulu pernah makan kuih ni, tetapi sekarang tidak jumpa lagi di Kelantan. Mungkin sudah pupus. Tapi lupa apa nama kuih ni?


Tengah belajar editing pict.
  
After, size 289 KB




After, size 397 KB


Before/original , size 543 KB
Camera Sony DSC-W290