25 March 2012

Laporan Kemajuan 3 | Kekerapan


masa itu emas (jam Pojik)...
Pernah ada seorang pensyarah/penyelia yang baru pulang dari Jepun. Sangat bersemangat. Maklumlah dari RPKJ hinggalah 1st Degree-PhD semuanya di Jepun. Sifatnya tak ubah macam orang Jepun.

Apabila balik dan kerja di jabatan, sudah pasti ingin kekalkan sistem yang sama. Salah satunya meeting PR. Setiap isnin dikerah pelajarnya buat presentation. Biasalah students Malaysia sangat manja dan perlu dimanjakan. Mana boleh SV marah2 jika students tiada results terbaru.

Mula2 students boleh tahan. Lama2 students buat complot. Students manja ini pergi mengadu dengan Ketua Jabatan. Hinggalah Ketua Jabatan terpaksa menasihati SV supaya slowdown sikit ..... Hahaha.

Terkejut SV. Ingatkan Ketua Jabatan nasihatkan students,
"inilah staf/SV yang saya mahu!"
"kamu patut bersyukur kerana jabatan kita ada pahlawan Samurai!..... Hahaha"

Sebelum ini saya telahpun cuba untuk membuat setiap minggu perjumpaan, tetapi tidak berjaya. Kekangan dari segi masa penyelia dan pelajar amatlah ketara. Manakala makmal kita tidaklah selengkap jika dibandingkan dengan apa yang ada di luar negara. 

Memanglah peralatan di sini tidak cukup atau selalu rosak, tapi pelajar yang bijak boleh merancang membuat sesuatu. Biasanya dalam kerja kajian banyak eksperimen dijalankan secara selari. Jika eksperimen X terpaksa menunggu giliran, pelajar boleh beralih sementara waktu membuat eksperimen Y dan seterusnya.

Jika dibuat PR meeting sebulan sekali, nampak lama sangat. Bilangan PR akan sedikit untuk satu2 semester. Bayangkan setiap semester ada 4 bulan, maknanya hanya 4 PR sahaja untuk semester tersebut. Itu belum lagi cancellation meeting disebabkan ada perkara2 yang tidak dapat dielakkan.

Kekerapan paling sesuai ialah 2 minggu sekali. Untuk keselesaan students dan mencuri masa kesibukan SV. Boleh bagi banyak sedikit masa untuk students ulangi testing untuk dapat results terbaik. SV juga perlu memenuhi tuntutan kerja hakiki ie service kepada undergrad dan kerja admin.

10 March 2012

Laporan Kemajuan 2 | Kerja sistematik


"It's not the plan that is important, it's the planning" - Dr Graeme Edwards

Bila kita kerja secara sistematik Insya Allah ia akan memudahkan perjalanan. Tujuan membuat PR ialah untuk membantu menulis paper secara sistematik. Biar mula sikit2 (part by part), lama2 jadi paper. Bukan hangat2 tahi ayam, lama2 menyusahkan orang.

Bagi student yang tidak pernah tulis paper, memang susah jika menulis paper. Bayangkan 25 ms perlu disiapkan sekali gus. Bila tulis bahagian results, bahagian experimental tak edit lagi. Confuse nak tulis tajuk dulu atau conclusion dulu. Kesilapan ada di mana2.

Akhir sekali mabuk kertas. Terus give up. Semester bergerak tanpa tinggalkan notis di timeline FB. Tiap2 hari berfikir macamana nak menyorok daripada SV. Email xreply. Hand phone selalu voice mail.

Tapi bila kita tulis part by part ia akan lebih focus. Scope study lebih kecil. Ada banyak masa untuk membuat literature. Dan paling penting kita faham yang tersurat malah tersirat. Inilah masa untuk kita master dalam scope ini. Tidak perlu tamak nak baca satu text book. Buat yang kecil ini dulu.

Katakan dalam 1 semester, group mampu membuat 7 kali PR meeting. Maknanya ada lebih kurang 7 results and discussion utama.

Jika digabungkan, ini dah cukup untuk membuat satu paper?

Apa2 pun, hebat mana program tu, ia bergantung kepada individu sendiri. Nak seribu daya, xmau sejuta dalih!!

"Even if you're on the right track, you'll get run over if you just sit there" - Will Rogers

05 March 2012

ban pecah | blue


sungguh damai ciptaan Tuhan...
Canon 60D|f1/22|3.2sec|18mm|ISO100

Laporan Kemajuan 1 | Intro


Note: Entry berkenaan progress report telah pun dipostkan sebelum ini, tetapi telah ditarik balik. Setelah beberapa kali di uji 'dry run' selama 2 tahun, nampaknya format lama telah gagal dan perlu ijtihad baru! Ini adalah versi updated.

Jika engkau ialah orang yang memiliki kelebihan dan pengetahuan tentang pertikaian pendapat orang-orang terdahulu dan orang saat ini, berdebatlah dengan jiwa yang tenang, penuh kearifan, sikap ramah dan hargai pendapat teman, serta janganlah bersikap angkuh. Ambillah apa yang engkau anggap baik dan benar, baik yang ramah mahupun yang kasar. Dan tunjukkan kesungguhanmu kepada orang-orang di sekitarmu yang menunjukkan bahawa diri mereka paling benar dan suka menyombong diri. Sebab, bersikap emosi dalam suasana seperti itu akan menimbulkan perpecahan dan pemisahan diri Nasihat Imam Shafie

Intro
Mungkin kita pernah dengar atau kita alami sendiri, pelajar sesat mencari pintu bilik penyelia sendiri. Ada yang terkulai di dalam makmal. Malah tersungkur di tangga Dewan Konvokesyen.

Ataupun penyelia lupa bahawasanya anda adalah pelajar dibawah penyeliaannya. Ada juga pelajar yang setelah hampir 1 semester, malah 1 tahun membuat kerja penyelidikan, penyelia tidak tahu apa yang dibuat oleh pelajarnya.

Pernah satu hari dulu, ada seorang pelajar pasca-siswazah sudah lama tidak jumpa penyelia. Tidak tahu apa yang disibukannya. Datang ingin berjumpa penyelia. Dilihatnya pelajar ini, penyelia buat lawak sindiran katanya,
eh.. rasanya macam aku kenal engkau la... rasanya macam rupa pelajar PhD aku.... hahaha.
Itulah kadangkala ada penyelia yang bagus, tetapi pelajarnya amat culas.

Adakalanya bagi pelajar yang tidak dapat menghabiskan tesisnya selama 2 tahun (Sarjana) atau 3 tahun (PhD) akan menyalahkan penyelia masing-masing. Dikatanya penyelia malas, sibuk memanjang atau penyelia tidak tahu apa-apa tentang projek tersebut. Ini kata-kata dakwaan kita daripada pihak pelajar, semua pelajar yang betul. Tetapi bila didengar daripada pihak penyelia pula, cerita sebaliknya keluar. Semuanya tiada bukti dan saksi. Siapakah yang bersalah dalam hal ini?

Untuk mengatasi masalah ini, laporan kemajuan (progress report PR) mungkin salah satu penyelesaiannya. Daripada laporan kemajuan pelajar, penyelia akan selalu menyelia (monitor) kefahaman pelajar terhadap pengajiannya. Ia juga dapat memberi peluang penyelia kemaskini (update) perjalanan kerja pelajarnya. Kaedah ini penting untuk pelajar dan penyelia membuat pertimbangan (check and balance).

Kerja ada masalah atau tidak? Kalu ada masalah, apa masalahnya? Dan sama-sama selesaikan. Jika tiada masalah, kenapa tiada keputusan terbaru? Di sini kita akan dapat tahu siapa sebenarnya yang bermasalah atau tidak perform. Pelajar atau penyelia itu sendiri. Tidak boleh menipu kerana saksinya ramai. Pelajar-pelajar dan penyelia itu sendiri yang menjadi saksi. Walau bagaimanapun jangan diguna sesi perbentangan dan mesyuarat untuk mencari kesilapan sesiapa. Gunakan ia sebagai satu forum untuk mencari penyelesaian segala masalah!

Proses pembentangan lisan dan soal-jawap boleh dijadikan tempat atau pool mencari sebanyak mungkin soalan ramalan semasa viva. Soalan konsep daripada pelajar junior dapat menentukan kefahaman terhadap fokus kajian. Manakala soalan lebih psycho daripada pelajar pasca-siswazah atau soalan asakan daripada penyelia sendiri akan memguatkan persediaan mental dan mengurangkan debaran adrenalina.