17 November 2012

Tulis 1st Paper 3 | Mula Dengan Jurnal Impak Rendah (Q3-Q4)


Tidak semua orang sama bila berdiri, mahupun masa tidur. Ada yang lebih di sini dan ada terlebih benda yang entah apa2 di sana. Apa pun SV sangat tahu keupayaan setiap pelajarnya. Jika ada student sangat bijak dan rajin, pasti SV ada plan/program lain untuk mereka.

Bagi student yang agak lemah, pasti boleh dibantu dengan syarat student pun mahu berubah (jika student tidak memberi response/malas, SV bijak mana sekali pun pasti tidak boleh buat apa2 !!).

Student lemah bukannya dibiarkan tidak menulis. Student lemahlah patut banyak menulis. Walaupun publish dalam jurnal berimpak rendah, yang penting boleh MENULIS.

Untuk tujuan ini, biasanya jurnal impak rendah/Q4 senang untuk diterima. Manakala komen-komen daripada penilai tidaklah berat sangat. Paling penting SV ingin memberi peluang/pendedahan kepada student utk mendapat pengalaman satu kitaran lengkap penerbitan jurnal. Dari design experiment, buat experiment hingga paper keluar pages. Amatlah sedih bagi student baru dapat PhD, tapi taktahu apa itu 'Cover Letter'!!

Carilah jurnal dalam bidang kita yang mempunyai impak faktor yang rendah. Carilah jurnal dalam Q3 atau Q4. Apabila kita sudah mahir atau mampu dari segi jiwa dan raga beralihlah kepada jurnal yang lebih tinggi.

Contohnya, jika kita terlibat dalam penyelidikan Corrosion mulakan kertas jurnal pertama kita dengan Anti-corrosion Methods and Materials (ACMM). Biasanya kertas jurnal di ACMM akan mudah diterima jika dibandingkan dengan Corrosion Science (CS). Kalau dilihat pada kedudukan pun, ACMM terletak kedudukan 28 jika dibandingkan dengan CS yang berada pada kedudukan 3*.
*cited on 2012

Wallahu alam