07 January 2012

Langkah Mula 2 - Adaptation


If you have heard the expression, "if you want something done, ask a busy person".

Jika student yang datang memang sudah ada pengalaman (contohnya student PhD), pasti soalan berkaitan FAQ teknikal pada 1st meeting. "Berapa lama tempoh pengajian?", "Wajid ke penerbitan?" etc.

Tetapi untuk pelajar MSc semuanya tidak tahu. Malah beza desertation dan thesis pun belum terjawap. Semua main hentam. Jauh sekali persoalan servival selepas belajar.

Student baru bagaikan rusa masuk kampung. Berjalan pun salah, berlari nanti nampak menonjol sangat. Sometime dok diam, sometime rasa macam nak langgar dinding bila dengar senior bercerita dan menunjukkan senarai papers yang dia dah published.

Apapun paling penting untuk hari2 awal ini ialah adaptation dan kenal orang. Tak perlu tanya "macam mana nak run mesin ni....?"

Jika jumpa SV yang bagus, berpengalaman dan sudah ada framework atau plan asas pengajian postgrad, alhamdullilah... sudah terbayang tangga naik stage convocation. Carpet merah dan kuning.

Disebabkan SV pun manusia ada masa dia free dan banyak masa dia banyak kerja. Dan berlakulah "tarik tali" student dengan SV.

Tajuk
Mula2 SV bagi tajuk secara general saja. Tidak ada tajuk khusus. Contoh tajuk research ialah 'Awak Pergi KL". KL tu luas. KLCC itu di KL. Kampung Kerinchi pun KL. Tidak dinyatakan lebih daripada itu.

Bagi student yang terror, tak kisah. Dia boleh berfikir sendiri. Tetapi bagi student yang tidak tahu KL (slow sikit), amat susah.

Apabila nampak student sudah terbabas sikit, SV bagi specific sedikit "Awak pergi KL guna Bas dan tunggu Dataran Merdeka". Tapi, Dataran Merdeka pun juga luas. Jadi inilah pula masa SV menilai keupayaan student pula untuk menyelesaikan masalah. Untuk menyempurnakan task.

Paling mudah boleh ke student berfikir?

Baca
SV suruh BACA, baca.... dan baca.

Bagi student lurus pembaris, memang kerjanya dok baca saja. Entahlah apa yang dibaca. 6 bulan kerjanya baca saja. Dari 5 kertas jurnal atas meja hinggalah tiada ruang lagi. Kemudian tumpang meja kawan sebelah untuk letak kertas jurnal.

Macam orang giler, hari2 baca. Tiada haluan. Tiada tujuan. Memang mendera minda.

Walaupun baca mesti ada caranya. Sebenarnya baca saja rugi. Student patut bergerak semua. Bukan saja otak bergerak, tapi fizikal pun mesti berkerja.

SV kena plan short term KPI untuk student baru ni. Pada hari pertama lagi sepatutnya ajar student menulis dan buat experiment (buat kerja).

Walaupun kerja simple, tapi mampu untuk keep them busy. Bukan nak buli student. Bukan jadikan hamba. Tapi ajar jangan bazir masa!


keep them busy!

1 comment:

  1. saya setuju dgn entry Dr. tapi saya rasa student yg cemerlang patut ada target drpd awal lagi bila nak siapkan phd & mintak pandangan sv. time dgn kerja yg nak buat tu biar la realistik (3-4 tahun should be completed). tapi kalau student yg agak slow sikit (especially yg xpnh buat full time research) memang sv kena tlg set target la supaya student x tesasar jauh. because personally i think if xde target to achieve kita x kan nampak apa yg kita nak...terumbang ambing & keja pun sambilewa je la. Dr saya nak tanya pandangan Dr laa.hmm is it a MUST for PhD student to start up with comprehensive literature review baru start work lab or should it be hand in hand?

    ~white rose~

    ReplyDelete