07 January 2010

Kenapa Nak Buat Master & PhD?



“Ilmu itu umpama ladang, maka berbanggalah kamu dengan ilmu. Dan jangan sampai kamu kehilangan ladang kebanggaan itu. Ketahuilah! Ilmu tidak akan dapat diperolehi oleh orang-orang yang hanya mementingkan makanan dan pakaian. Ilmu akan datang kepada orang-orang yang hidupnya sederhana. Tuntutlah ilmu sebanyak-banyak! Walaupun terpaksa berkorban dan menderita. Mungkin suatu hari nanti, bila engkau menghadari suatu majlis dan engkau yang memimpinnya, maka engkau akan menjadi kebanggaan majlis itu” – Imam Syafie

Mungkin sudah terlebih jauh kita pergi, terlupa nak tanya kenapa kita nak buat Master/PhD? Soalan ini senang dijawap, tetapi cuba kita fikir baik-baik kenapa?
i. Adakah selepas berkali-kali minta kerja, semua tidak dapat, kemudian kita buat keputusan nak buat Master/PhD?
ii. Adakah kerana tempat kerja kita (Universiti, Pusat Penyelidikan, Jabatan etc.) suruh buat Master/PhD, terpaksalah ikut arahan bos?
iii. Adakah kerana kita ingin lari dari beban tugas sekarang yang banyak, sudah boring dengan kerja sekarang, kemudian memohon cuti belajar?
iv. Adakah disebabkan malu apabila semua kawan/ahli keluarga kita ada MD/Master/PhD dan kita ambil keputusan hendak mengikut jejak mereka?


Kalau jawapannya “Ya”, lebih baik tak perlu buat atau berenti Master/PhD sebelum terlambat. Tidak perlu, cukuplah menyusahkan diri sendiri, keluarga, penaja, etc! ... eik .... terlupa... penyelia anda pun lagi susah!!


Kalau anda kata “aku memang nak buat Master/PhD... masa tadika pun dah cakap kat cikgu nak buat PhD!”. Oppss.. tunggu dulu, cuba jawap soalan-soalan bersifat akademik ini:
i. Tahukah kita menyesuaikan diri berdepan dengan kawan-kawan kita yang semuanya berijazah 1st Class, otaknya hybrid, ketelitiannya nano, rajinnya seperti semut dan BInya macam Shakespeare? Sedangkan kita dapat tawaran membuat Master/PhD setelah dua kali rayuan kepada Dekan.
ii. Mampukan kita bertahan selama 3++ tahun, hari-hari dimarah oleh penyelia kerana kebodohan/kesilapan kita? Ya memang kita akui kita banyak kekurangan, tetapi berilah sedikit peluang.
iii. Tidak terasakah kita bila penyelia kata “awaklah pelajar paling bodoh pernah aku jumpa”? Tetapi esok terpaksa datang lagi ke biliknya.
iv. Pernahkah kita terketar-ketar melihat data kita tidak menjadi? Sedangkan kawan kita telah siap menulis kertas jurnal keduanya.
v. Cantikkah kertas jurnal kita yang dihantar kepada penyelia untuk semakan, tetapi diconteng-conteng (diedit) oleh penyelia dengan tulisan pen merahnya melebihi apa yang kita tulis? Sedangkan kawan kita telah bersedia menyerahkan tesis dengan 4 kertas jurnal yang semuanya berkualiti 10% teratas dalam bidang-bidang yang dikategorikan oleh ISI.
vi. Tidak kecewa kita untuk terbit kertas jurnal pertama dalam hidup walaupun impak faktornya 0.200 sahaja, tetapi setiap penilai (reviewer) menembak bertubi-tubi dengan sniper rifle sambil mengejek-ejek kerja-kerja kita? Sedangkan kertas2 jurnal dalam jurnal tersebut pun entah apa-apa datanya.
vii. Marahkah kita apabila projek perintis rekaan kita menjadi, tetapi diberikan projek ini kepada pelajar lain? Sedangkan kita sudah setahun tidak cukup tidur, tidak sempat main futsal kerana tiada masa. Memikir projek yang penyelia sendiri tidak tahu, tidak peduli pada awalnya.


Dan sila jawap soalan sifat-sifat kemanusiaan atau teknikal seperti ini?
i. Sanggupkah kita tangguh makan sarapan ke makan tengahari dan makan tengahari dibawa ke makan malam? Sebab tiada duit. Berjimat kerana terpaksa membayar yuran sendiri.
ii. Bertahankah kita berada/tidur dalam makmal membuat kerja kuli penyelia (laporan geran, marking tutorial, marking laporan makmal, persiapan persidangan etc) sedangkan pelajar lain tidak disuruhnya?
iii. Tidak tergugatkah nilai-nilai murni dan kemanusiaan kita, apabila pelajar lain menabur fitnah, tikam belakang, membaja racun di pingiran ladang ilmu kepada penyelia kita? Mereka sentiasa memukul gendang silat, memainkan irama persengketaan dengan pelajar-pelajar lain.
iv. Bolehkah kita bertimbang rasa dalam perebutan alat-alat di makmal, apabila tempahan kita dipotong/dipadam oleh kawan kita sendiri? Sedangkan kita terpaksa berulang-alik ke hospital kerana ada keluarga tersayang sangat memerlukan kehadiran kita disisinya.
v. Bersabarkah kita dengan kerenah pembantu makmal yang sentiasa ‘hilang’, terlalu berkira? Tetapi bila ada sampel perundingan (consultation) atau berurusan dengan pelajar perempuan, dahi licin, cantik (seksi pun sekali lahh)... hari itu juga disiapkan semua sampelnya.
vi. Gembirakah kita apabila selalu mendapat penyelia yang bermasalah (termasuk masalah peribadi... nak cukupkan 4, 3 dah dapat!) dibawanya hingga ke dalam makmal? Sedangkan penyelia lain sedang bersiap untuk membawa semua pelajarnya pergi ke persidangan (dan jalan-jalan) di Vancouver.
vii. Pandaikah kita memberi alasan demi alasan kepada kawan-kawan kita yang sudah berkerja, bahawa kita tidak boleh datang perjumpaan alumni? Kita malu pergi naik Honda Cup, sedangkan mereka datang dengan Honda CRV. Pakaian mereka hebat-hebat, jika dibandingkan dengan kita pakai T-shirt Liverpool dibeli dekat sempadan Siam.
viii. Terharukan kita apabila mendapat e-mail (time tu FB xde lg) dari kawan yang sudah berkerja menunjukkan gambar-gambarnya di ambil di Stadium Old Trafford? Sedangkan kita hanya tahu Kg Kerinchi dan Hentian Bas Putra (tempat2 berhampiran campus) sahaja.


Garisan bawah
Jika anda CEKAL dan tabah boleh mengatasi dugaan di atas... ayuh mulakan langkah pertama anda!


37 comments:

  1. Hahaaha!!!! sungguh lawak baca all those criterias....tapi mmg itulah realitinyakan....

    ReplyDelete
  2. hello. just bloghopping.

    I agree with you. Point2 yang bagus untuk consider buat master/PhD

    ReplyDelete
  3. sgt menarik buat saya yang tengah berusaha untuk mendapatkan tempat menjadi pelajar master..bukan atas sbb alasan pertama atau kedua, tapi selepas sthn penat bekerja (ahaks..org lain bmampu bertahan betahun-tahun).
    tp ingin menimba ilmu selagi terdaya, selagi masih belum bekeluarga dan selagi ilmu belum penuh di dada.
    salam.

    ReplyDelete
  4. Salam... Impressive guidance and points kepade sesiape yg nak buat MSc/pHD.. Most of d points saye dah rasekan during my hard time to complete my MSc. At 1 point I just feel to give up..Even I took sooo long to complete my MSc, I succeed at last. Alhamdulillah. Ye la every day ada je org akan up date kite..supervisor, co supervisor, frens, family jgn tanyele kesian dorg.. Soalan yg very annoying time tu ialah "dah konvo?"..Kawan2 buat open house jgn harap le nk pegi.. Bangun tido fikir writing yg blom siap, mkn writing, tido writing, semue writing.. Bile dh boleh jilidkan thesis tetiba rasa hilang 1 batu besar kat atas kepala.. I learn from all those experience, learn from my mistake.. Now I still want to futher my study (pHD).. By the way a good blog and keep up good work to share your experience here..

    ReplyDelete
  5. Salam...mohon pendapat.sy dpt tawaran utk buat pHD.kerana sy dpt 1st class degree(civil engineerg),so boleh terus jump ke pHD tanpa buat master.bunyi macam menarik,tp tak pernah tpikir akan akan dpt tawaran ni.slps bkerja sy rasakan masih bnyk yg perlu sy belajar.sy bhasrat utk melupakan tawaran pHD ni,dan sambung master by coursework secara part time sebabnya sy takut sy xmampu utk buat pHD.tapi ramai kawan n keluarga nasihat rugi dah ada peluang buat pHD tp nak buat master...so sy dalam dilema n sampai sekarang tiada keputusan yang dibuat sama ada master atau pHD...mohon perdapat daripada yg berpengalaman..terima kasih.

    -Nurul Huda

    ReplyDelete
  6. Wsm Nurul Huda, Mula2 saya ucap tahniah, tak ramai dpt tawaran terus buat phd.

    Percayalah apabila anda mula kerja memang susah nak sambung belajar walaupun anda berkerja dalam universiti sekali pun, inikan pula jauh dari campus. Cuba tanya brapa ramai student part time tak abis2 atau terus give up? Banyak masalah masa, keluarga logistic etc etc..

    Betulah nasihat kawan n keluarga awak tu tawaran hanya dtg sekali shj... kalu awak tak ambil ramai lagi yg 1st class menunggu! Jangan risau pasal duit, scholarship phd sgt menarik.

    Sebenarnya seronok belajar phd muda2 ni sbb banyak benda bleh buat & boleh belajar tanpa ada batasan. Dan paling best bila dpt phd muda2 lagi... percayalah i was there before!!

    ReplyDelete
  7. Entry yang sangat menarik..kenapa la saya tak jumpa blog dr sebelum ni.....emmmmmmmmmm

    ReplyDelete
  8. ringkas dan padat menggambarkan senario sebenar .. trima kasih dr ..

    ReplyDelete
  9. trima kasih dr.. sy betul berminat untuk sambung master. tp byk perkara sedang dinilai..trima kasih

    ReplyDelete
  10. sayer sekarang tengah on my PhD route...tetiba LOST!!!lepas tu semangat pulak...yang tak best kengkadang give up:) Dr. boleh bagi tips nak atasi rasa up side down dalam perjalan menempuh research ni....

    ReplyDelete
  11. try to visit/kacau lab kawan2, don't tell your stories to them, but kata kat dia "i want to hear your stories (pasal reserach la...)? If you don't have friends... just sit and watch a movie "A Beautiful Mind"....

    ReplyDelete
  12. Dah tengok "A Beautiful Mind". 2 hari stop buat research takut jadi John Nash.. perli ka apakah ini? sebab maksud cari kawan dengan A beautiful mind tu sama...

    ReplyDelete
  13. bukan dan tgk, malah berkali2 tgk. Entry pasal cerita A beautiful mind, good will hunting, 3 idiot etc saya igat nak masuk dalam bab "DVD dan motivasi" kemudian.

    ReplyDelete
  14. oooo...ok. Banyak betul idea Dr. =)

    ReplyDelete
  15. Dr. nak minta Dr. uraikan apa itu "Nobel Laureate" yang dianggap hebat dalam bidang penyelidikan.. dan apa yang dimaksudkan originality..dan apa jenis contribution (knowledge ker? new invention ker?) yang pelajar perlu beri untuk mendapatkan ijazah tinggi?

    ReplyDelete
  16. Nobel Laureate = orang yang pernah menang Hadiah Nobel. Mudah cerita originality kita buat lain dari orang lain, tapi masih boleh explain dgn clear. Kalau boleh campur bersama knowledge dan new invention, baru hebat!!... hehehe

    ReplyDelete
  17. enrty yg sgt baik untuk gain up my spirit while pursuing my master right now...Saya sudah tersilap pilih supervisor....sv sy sediakn geran yg sikit, tp dikongsi dengan 3 orang student...bg meneruskan project master sy, sy mungkin terpaksa guna duit simpanan sy utk beli consumables...dan sv sy juga tidak pernah bg pertolongan bg menjayakan project sy...oleh itu, setiap masalah yg sy hadapi msti kne solve sendiri dan akan ambil masa yg lama even sampai setahun lebih...sy pernah mohon tukar sedikit tajuk, sv sy tidak benarkan...sbagai student, we are know how dificult or easy the project...sy agak downn sekrang bila pikirkan betapa susahnya project sy berbanding org len...sv sy tau nak result n publish paper...along the way...dia xnak tau..hanya beliau bgtau dia pun dlu susah nk dpt phd...drpd yg Dr senaraikan dlm pemilihan sv...byk yg sy tak ikut waktu sy pilih dia as my sv...really regret...bt no choice, thats my destiny rite..

    ReplyDelete
  18. Lagi elok buat PhD terus ke Master dulu? :/

    Pernah tanya prof saya (UTM), budak2 fast track PhD UTM ni 'separuh masak'. Banyak kekurangan banding dengan budak2 PhD buat masters dulu. Banyak skills tertinggal/kurang mantap sebab ikut fast track

    Dia beri analogy PhD masters-dulu vs PhD fast-track ni seperti
    masak ubi-rebus vs masak ubi-microwave.
    Microwave lagi cepat. tapi mcm2 masalah macam risiko kanser, dsb (lol)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Idea terbaik!
      Malah org sekolah pondok pun belajar bertahun2 baru keluar kepada masyarakat.

      Delete
  19. is it really hard? after read all the listed point, semua ada benarnya even sy blum lg ambil master. baru je nak usha2...matlamat kalau nak ambik master, nak improve my knowledge and my academic status. rasanye sv master/phd kene tahu jugak semangat pelajar. bukan nya sy nak mereka give full attention or manjakan student. jangan compare macam mane kta boleh dapat sesuatu dgn susah and let others feel the same thing too...*mcm mane org putih and jepun galakkan student die org ye? or mind set student die org mmng tahap brilliance..question arise, dr manakah die dpat mind set macam tu...??? mmng dh tradisi die org spread ilmu rasanya*...ini pendapat saya. sejak sy sekolah sampai dapat awrd the best student dlam universiti, sya tegas and tegakkan prisip sya, org len atau junior aku mestii dapat lebih baik dr aku...*sangat sedih bile student kene maki2, sye penah kene maki dan sy janji kalau sy ade rezeki, sy jd seorng SV. sye betul2 guide org...insya Allah*

    ReplyDelete
  20. Help me pls. Sy runsing Tatau nk Sambung master or keja sbb next year nk Kawen. Dah penah keja b4 Tp berhenti sbb x thn pressure keje as customer service exec. Skrg Dlm dilemma nk smbg. Minat pun 50% sbb org ckp Susah. Dah Jadi tkut..help me..

    ReplyDelete
  21. its a good criteria and info for those in dilemma... haha including me

    ReplyDelete
  22. Salam..hahaha mcm betul jer semua point kat dlm blog ni.. Saya baru submit application for MBA..wish me good luck

    ReplyDelete
  23. Salam
    Mcm mana nak contact dr azmin? Sy nak opinion & suggestion psl PhD di USM. MEd grad 2012. Kawan2 seangkatan sambung PhD di ipta lain.

    -ctnur-

    ReplyDelete
  24. Nice info dr...if u don't mind can I gain knowledge from u especially in fuel cells....im still new "-"

    ReplyDelete
  25. boleh dr bgtau ape yer kriteria utk research master terus dinaikkan ke phd, sy dh publish 4 paper n rasenye research sy buat dh sama level dgn research phd supervisor saya even sy level master

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah, terus jumpa sv... bincang procedures nya. lain dept, lain sikit syaratnya.

      Delete
  26. Point yg TERBAIKK.....
    Hihii... Jemputan disahuttt~~
    Sambil menulis pengalaman lepas mengharungi penulisan dan penghantaran master tesis.....
    Ambil kptsn sambung bermaksud menghadap benda diatas sekali lagi....
    Muntah tp seronok....
    Kejayaan yg dirai itu akan lebih dihargai dan dirasai......apabila dugaan yang datang menyebabkan kita jatuh tergling-guling =)



    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum. Saya pelajar tahun akhir master UiTM. Now tgh tunggu viva. Saya dalam dilemma sekarang. Sama ada nak kerja @ sambung phd. Setakat ni saya dah published 6 research papers & attend banyak conferences & exhibition. Dlm erti kata lain, saya mmg dah familiar dgn dunia research & xde masalah lah utk saya sambung phd. Problem saya hanya 1 je. Saya tak yakin dengan diri sendiri untuk memegang title Dr tu. Sebab saya rasa knowledge yg saya ada belum cukup utk saya memegang title tersebut. Kalau setakat nak buat phd, ya no problem. Semua org boleh buat. Sekarang saya dh berumur 28tahun. Dan still belum bekerja. Saya susah nak buat keputusan. Saya nak sambung phd. Tp saya tak yakin. Saya nak cari kerja, tapi dgn umur yg sudah meningkat, saya kena pilih kerja yang tetap. Sbb sekarang bukan masanya lagi saya nak cari kerja hanya untuk cari pngalaman then berhenti. Saya juga mpunyai masalah bertutur dlm BI. Writing saya takde masalah. Just utk bercakap fluent spt org lain, agak bermasalah bagi saya. Thats why saya x yakin utk memegang title tersebut. Saya berharap sangat supaya Dr boleh bagi nasihat/motivasi utk saya mengenai masalah yg saya hadapi ini.. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsm, alhamdullilah kalau sudah ada 6 papers (listed dlm ISI lagi bagus) sudah kita hebat. Bagus jika anda fikir tentang tanggungjawap/amanah bila pegang title 'Dr'.
      Masalah yakin ni akan settle dgn masa... give time time. Kalau dpt sv bagus, dia akan tolong bab ni (sebab saya yakin sv pun ada masalah sama DULU).
      Sebab tu dlm seminar saya buat, saya lebih tekankan kpd "Training on how to get PhD or to become a Supervisor?" Niat lebih kepada "mampukah/bolehkah aku jadi sv nanti" (bukannya setakat nak dpt phd)
      Ilmu mmg sampai mati pun tak cukup, even prof. Sbb tu prof akan cuti sabbatical setiap 3/5 tahun utk pergi belajar lagi!
      Buat master, phd tu kira kerlalah (walaupun ada kata 'study', 'xtetap') sebab bila lepas phd nanti apply jd lecturer terus dpt DS51 (lebih drpd kawan2 anda yg dah kerja 7/10 tahun). Note: bila buat phd semua org akan end-up jadi lecturer.
      Speaking BI masalah?? Yg dah jadi professor pun masih berterabur cakap... so xde masalah la, sooner or later hari2 cakap dlm kelas depan budak2... lama2 improved.
      Yg penting dlm dunia research "menulis" (mcm professor jepun). Note: utk berjaya jgn dgr "apa org cakap", hanya kita saja yg mampu mengupah masa depan sendiri... bukan org itu dan ini.
      Good luck for your PhD
      "When it comes to going after what you love in life, DONT take NO for an answer"

      Delete
    2. Thanks for your respond Dr. Really appreciate it! Alhamdulillah. Setelah berbulan2 berada dalam zone "keliru", harini saya sedikit lega & nampak arah tujuan saya. Betul kata Dr, jangan dengar apa org cakap. Sebab ini hidup kita. Hanya kita yg mampu mengubah masa depan kita dengan izin dariNya dan dengan niat yg betul. InsyaAllah saya akn buat keputusan yang terbaik utk masa depan saya. Saya sangat2 suka dengan dunia research & i will go for it. And I hope 1 day i can attend one of your seminar. Thanks Dr

      Delete
  28. Assalammualaikum. Saya pun dalam dimlemma sama ada nak sambung master or tidak. saya tak nak ambil keputusan terburu-buru sehingga menyebabkan masalah. Mak ayah saya pesan supaya sambung master. Erm... saya terfikir. kenapa saya nak ambil master? saya ada satu jawapan sahaja. Kerana seronok belajr and gain ilmu. Cuma saya tak pasti apakah saya sanggup menghadapi semua yang Dr katakan itu. Semua itu saya tak terfikir speti yg Dr katakan. Jadi, sedikit sebnyak saya tahu macam mana keadaan master tu. Sekli lagi saya tanya diri saya. Mampu ke saya buat kertas2 kerja tu. Sedangakn time degree ni pun tungangg langgang nak siapkan research Jadi apa pendapat Dr. patutkah saya memohon master?

    ReplyDelete
  29. kenapa nak buat MA & PhD??sebab saya tak pandai n bodoh..sebab tu saya nak belajar..

    ReplyDelete
  30. Saya mohd mustaqim sanusi ingin meminta izi drpd en.Azmin untuk mengambil pnulisan Kenapa Nak Buat Master & PhD? untuk di publishkan didalam laman web kami iaitu pascasiswazah.com . Terima Kasih

    ReplyDelete
  31. salam dr, saya pelajar tahun akhir bba unimap, unimap ada tawar mba tempoh setahun coursework, patut sambung or kerja, sy ni average student umur 26 bila grad

    ReplyDelete