“kau tidak akan memiliki ilmu, kecuali dengan enam syarat: kecerdasan, semangat waja, rajin dan tabah, berkemampuan, bersahabat dengan guru dan waktu yang lama” - Imam Syafie
Kes 1: “... masa sudah cukup, bila nak serah tesis ni?” Kata penyelia kepada pelajar.
Kes 2: “... Prof., saya sudah siap semua dah, benarkan saya serah tesis..” Kata pelajar kepada penyelia.
Sebenarnya banyak pandangan tentang penyerahan tesis. Secara umumnya seseorang pelajar itu dikira bersedia untuk menamatkan pengajian atau penyerahan tesis bergantung kepada:
i. Berdasarkan masa (time based)
ii. Berdasarkan data (results based)
iii. Berdasarkan pemahaman (understanding based)
i. Berdasarkan masa
Bagi sesetengah penyelia, ‘rekod cemerlang’ mereka tidak boleh dicabar. Semua pelajar seliaannya mesti mengikut arahan masa biasa (2 tahun untuk MSc dan 3 tahun untuk PhD). Sebab itu dikejar pelajarnya, sampai pelajar terpaksa sembunyi kongsi lubang dengan cacing. Jika cacing tidak mahu berkompromi, tidak teringin berkongsi lubang dengan kita, terpaksa pelajar siapkan tesis secara tergesa-gesa.
Jika dilihat kerja ‘nak cepat’ ini, pasti akan banyak kesilapan teknikal penulisan, ejaan, susurgalur penceritaan data etc. Paling penting dalam masa singkat ini, adakah pelajar ini faham tentang kerja yang dibuatnya? Manakala kebaikan kaedah berdasarkan masa ini adalah untuk pelajar genius dan rajin. Tidak perlulah mereka menunggu terlalu lama. Lepaskan mereka apabila telah mencapai masa minimum (1 tahun untuk MSc dan 2 tahun untuk PhD). Tidak perlu penyelia membuli pelajar ini kerana kebolehannya dalam membuat kerja perundingan, mengurus makmal, mengurus pelajar junior etc. Tidak perlulah penyelia cemburu ke’genius’an pelajar kita ... kerana setiap insan Tuhan telah sediakan rezekinya.
Bagi yang genius tetapi malas, tidak akan kemana juga. Selain daripada kerja-kerja teori (metamatik) kebanyakan kerja secara ekperimen biasanya akan melalua minimum 2 tahun untuk MSc manakala 3 tahun untuk PhD, tetapi bergantung kepada bidang pengajian atau format pusat pengajian masing-masing. Banyak data-data perlu diulang dan pastinya perlu beratur untuk penggunaan alat. Itu belum lagi cerita tentang kerosakan alat, menunggu untuk dapatkan peruntukan kerosakan pun sudah memakan masa 2 bulan.
Pernah ada pelajar yang dikatakan agak genius membuat PhD di satu universiti hebat di UK. Dia sangat beria-ria nak siapkan PhD dalam masa 2 tahun. Memang dia dapat serah tesis dalam temph masa tersebut setelah memujuk penyelianya. Tahukah apa terjadi semasa viva?... dia ‘disembelih hidup-hidup’ oleh panel-panel. Apa lagi menangis habis tisu la... (sebenarnya tisu ini disediakan untuk lap tangan selepas makan, bukannya untuk menangis!). Kononnya mahu jadi manusia terhebat, rupanya tergolek di bilik viva!
ii. Berdasarkan data
Bagi kita yang beria-ia hendak serah tesis kerana sudah ada banyak data. Tetapi cuba tanya balik, adakan data-data ini cukup bagus, boleh diulangi (repeatable), sama (consistent) dan boleh diterbitkan (publishable)? Bateri yang bertahan seminit pun data, tetapi boleh ke kita lawan data bateri terbaru dalam Journal of Power Sources yang bertahan satu minggu!
Ok, pelajar kata ‘saya sudah terbit 4 kertas jurnal dalam jurnal berimpak faktor tinggi...”. Cuba tanya sekali lagi adakah sumbangan pelajar menulis kertas jurnal ni melebihi 90% (10% lagi komen dari penyelia)? Kalu penyelia yang 90%, pelajar cuma 10% ... mmm... memang jauh panggang dari microwave.
Malah ada pelajar MSc/PhD yang tidak beretika menggunakan/memungut data daripada pelajar FYP dan RA untuk menyiapkan tesis mereka. Pelajar MSc/PhD berlagak jadi penyelia tidak berlesen. Satu ekperimen pun pelajar MSc/PhD ini tidak buat, cuma bagi arahan kepada pelajar FYP dan RA buat itu dan ini. Malah lab coatnya ialah lab coat paling bersih (sebab tidak pernah buat kerja makmal).
Ini amat sedih, walaupun ada banyak data mahupun kertas jurnal (silap-silap kertas jurnal pun pelajar FYP dan RA yang buat). Pelajar ini tidak pernah merasa proses ‘susahnya’ mendapat sesuatu data ataupun menulis. Bila ada pengalaman susah, perit, penat etc kita pasti akan menghargainya. Tempat jatuh lagi diingati, inikan pula benda yang akan membawa kita bersalaman dengan Tuanku Canselor!
Pengalaman susah-payah mendapat 9 kegagalan, pasti tidak sama dengan 1 kejayaan. Sekurang-kurangnya kita sudah dapat 10 ilmu (9 gagal + 1 jaya). Kalau kita membuat ekperimen terus berjaya, maknanya kita cuma ada 1 ilmu (1 jaya) sahaja. Lagi banyak kegagalan lagi banyak ilmu! Itu falsafah saya. Kalau tidak mesti cerita sakti Thomas Edison dan lampu ajaipnya tidak akan popular, tidak pernah lekang dari mulut motivator. Pelajar jangan risau, Insya-Allah hujung-hujung nanti pasti data-data yang diidamkan akan dapat. Data bulat pasti datang bergolek, data pipih datang melayang ... memang tak muat nak riba, apabila bulan mula jatuh satu persatu nanti!
Pengalaman mendapat data terbaik adalah satu bekalan amat berguna untuk meneruskan kesinambungan penyelidikan. Katakan suatu hari nanti apabila pelajar MSc/PhD ini menjadi penyelia, pasti pelajarnya sendiri akan membuat kesilapan/kegagalan yang sama. Bagi penyelia yang hebat (teori dan teknikal), pasti amat mudah baginya memberi penyelesaian. Ini kerana dia pernah jumpa kegagalan lagi besar dan banyak semasa belajar dulu.
Bagi penyelia yang tiada pengalaman ilmu kejayaan ataupun kegagalan... pasti akan cuba kelentong depan budak-budak. Ingat budak-budak ini bukan bodoh. Perkara yang penyelia cakap depan mereka akan dibandingkan dengan info dalam internet. Kalu penyelia ini tidak tahu, cakap saja tidak tahu, jangan kelentong dengan budak-budak. Saya sangat respect kepada kata-kata Prof. S. Chandra (BHU, India) ‘... jika saya tidak tahu jawapannya, saya akan cari siapa yang tahu jawapannya” (sebenarnya Prof. Chandra genius dan tahu jawapan kepada soalan-soalan yang saya tanya... tapi dia sentiasa rendah diri... mmm ... hebatnya orang ini). Jadi, penyelia mesti buat homework sendiri, semoga esok atau lusa penyelia boleh jawap soalan-soalan tersebut. Jangan sampai budak-budak ini dapat tahu penyelia mereka kelentong... hilanglah respect kepada penyelia. Mula-mula pelajar respect... lama-lama suspect!! ... Hehehe...
iii. Berdasarkan pemahaman
Pernah sembang dengan kawan yang membuat PhD di negara Schumacher. Dia terpaksa menunggu sampai 5 tahun baru penyelianya kata ‘sekarang anda layak serah tesis (atau anda layak di panggil Dr)!’. Itu belum cerita lagi kawan-kawan yang membuat PhD di Universiti Al-Azhar, biasanya lepas 5 tahun baru nak mula menulis.
Kenapa lama sangat? Bukan disebabkan dia lembab, laro... tetapi kerana ingin mendapat data yang kukuh dan dia perlu betul-betul faham. Mampu menjawap semua soalan-soalan teknikal dan teori apabila penyelianya tanya. Insya-Allah bila viva semua soalan asas mahupun soalan putarbelit akan dapat dijawap dengan mudah.
Pernah satu hari Imam Bukhari (ketika itu umur 25 tahun) diuji oleh 10 ulama besar (kalu sekarang... ulama ini macam ahli panel viva atau pemeriksa tesis) berkenaan hafalan hadisnya. Setiap panel memberikan 10 hadis yang diputarbelit dan diubah susunannya etc. Kemudian Imam Bukhari mula menjawab dengan tenang sambil menyusun dan memperbetulkan 100 hadis tersebut satu persatu. Setiap kesalahan mahupun kebenaran diterangkan secara terperinci tanpa ada keciciran. Mulai saat tersebut, memang sah Imam Bukhari merupakan genius hadis. Kalau sekarang, kita boleh bagi PhD gitu.. umur 25 dah dapat PhD!
Kefahaman tentang kerja yang pelajar buat (penyelia pun kena faham juga!) ialah yang paling penting. Daripada penyampaian oral dan penulisan, penyelia atau orang lain boleh ‘nampak’ bahawa pelajar ini ‘memang dia faham’. Apabila pelajar mencapai pemahaman teknikal dan teori secara mendalam, dibuang ke laut jadi bot pukat tunda, diletak di darat jadi kereta F1! Universiti bukannya tempat chop sijil MSc/PhD, takkan pelajar kerja sendiri tidak faham diberi PhD!
InsyaAllah... tq dr
ReplyDeleteAssalamualaikum Dr,
ReplyDeletePhd project tu perlukan novelty, tapi macam mana kalau novelty tu susah nak kita jadikan reality...
yang benar
-pelajar tahan karat-
wsm, berkenaan novelty ni, saya teringat kawan satu lab dulu, brother Raihan (skrg Dr. Raihan Othman UIA). Katanya publication berkenaan baterinya telah bermula pada tahun 1800 lagi! Pasti sekarang sudah habis novelty, saturated, tidak ada lg yg perlu distudy... tp dia never giveup. Saya tgk dia baca hampir 5 journals sehari! Akhirnya dia dpt juga published dalam J Power Sources. Bila dpt published dalam journal high impact factor... pasti ada novelty. So rasanya kita kena baca banyak2 lagi kot?... walahualam
ReplyDeletefurther comment... if we work for novelty... we are going nowhere... if we work for new knowledge... then we will find it... sooner or later... novelty is just a term...
ReplyDelete"YOU ONLY SEE WHAT YOU WANT TO SEE UNTIL YOU MISSED THERE IS SOMETHING BEHIND FROM WHAT YOU SAW."
assalamualaikum dr,
ReplyDeleteKita selalu rasa penyelidikan orang lain hebat, lebih2 lagi dari asia timur dan barat, berbanding dengan penyelidikan kita yang dah tahap karat, menyebabkan semua idea2 kita yang best tersekat, sebab rasa rendah diri yang terpahat, sampai kita tak sedar yang kita sebenarnya berbakat, untuk hasilkan kajian yang sama taraf dan tak sesat, so dr untuk hal ni..apa ubat?
wasalam
further comment...if we do our work with aim of novelty...we going nowhere...but if we work for new knowledge...then we will get it sooner or later...
ReplyDeleteHe used to quoted: " You only see what you want to see until you missed there is something behind what you saw...." S. Chandra, UiTM 2008
ReplyDeleteRenungkan......
Thanks Hulk, I missed many words from Prof. Chandra!
ReplyDeleteWsm, sebenarnya kita takut untuk berubah, terikat dengan paradigma barat, takut membuat lain dari mereka. Mereka pun bukannya hebat sangat. Cuma mereka menguasai Publication House, pasti mereka reject jika paper kita sangat hebat.Cara atasi.. cuba pelbagai publisher atau paling akhir buat buku dan e-book, gunakan Penerbit Universiti, tulis dalam BI. Jika buku kita sangat hebat... ramai akan cari