Pemilihan template power point (ppt) ialah perkara mula-mula perlu dilakukan. Templete yang bagus akan menarik minat pihak examiner untuk mengikuti apa yang kita nak sampaikan dari awal hingga akhir. Pemilihan template yang menyakitkan mata, pasti kita sorang saja yang cakap (syok sendiri depan examiner).
Pilihan template/design sildes |
Elakkan:
1. Corak - terlalu banyak corak pattern sehinggakan tenggelam text point.
2. Color - color terlalu contrast dan banyak yang menyakitkan mata.
3. Animation - setiap slide ada animation. Kalau animation bagus ok, tetapi mata examiner akan tertumpu di benda berkelip-kelip tu (hingga terlupa points yang kita nak ceritakan). Kalau animation tidak bagus, semua examiner akan tutup mata... disaster!
4. Layers - dalam satu slide, buat banyak layers atau animation bertindih-tindan. Mungkin bagus jika semuanya berjalan lancar, tetapi nahas lagi berdebar jika tersilap langkah semasa viva. Pasti, perlu banyak masa untuk membuat slide dan buang masa jika examiner suruh reverse untuk previous slides.
Color terlalu dark/contrast dan ada pattern akan ganggu text |
Frame akan 'menghilangkan' text nanti |
Simple tapi color tidak ceria, macam sedih saje masuk viva :) |
Sepatutnya:
1. Guna silde paling ringkas - mungkin guna 1-2 patterns atau light colors. Saya pernah tengok students hanya guna blank slide dan garisan hitam saja untuk membezakan slide title.
2. Uni Slide - jika uni ada slide rasmi, boleh guna (tetapi saya edit sikit dengan membuang pattern yang banyak dan color yang contrast).
Pattern yang simple dan color light |
Paling simple - Blank! |
Slide Uni - Front slide |
Slide Uni - Text slide |
Ingat! viva bukannya tempat untuk pertandingan ppt tercantik, cukuplah sekadar examiner faham apa yang kita dah buat (yang penting ialah tesis).
Note: xde markah pun dalam rubric bagi ppt untuk dapat MSc/PhD terbaik :) (untuk FYP ya ada markah untuk bahagian presentation).
Thank you very much for the valuable information.
ReplyDeletetq tuan
ReplyDelete