25 August 2010

FYP | Projek Tahun Akhir


Membuat Projek Tahun Akhir (FYP) ialah satu peluang yang terbaik untuk meninggalkan sesuatu memori semanis mungkin. Inilah hari2 terakhir kita di kampus. Untuk pertama kalinya pelajar mula berjinak-jinak dengan penyelidikan. Jika sebelum ini pelajar hanya berpengalaman membuat assigment ringkas, tetapi kali tugasan lagi besar. Ataupun inilah peluang terakhir menebus dan mempertaruhkan 6 unit FYP untuk meningkat CGPA hingga 0.3 lagi. Jika gagal, lagi dasyat ... satu memori duka akan terpahat selama-lamanya di transcript.

Jadi anggapkan FYP satu kerja serius. Buatlah yang terbaik. Siapa tahu kerja-kerja FYP ini boleh diangkat ke dalam jurnal. Mungkin suatu nanti kita boleh tunjuk kepada anak cucu dengan hanya klik internet cukup membuat mereka kagum. “Fuyoo atuk pun ada publish paper!!” ....hehehe

Falsafah
Tujuan utama FYP adalah mengukur kebolehan pelajar menggunakan ilmu yang dipelajari untuk:
i. menjalankan eksperimen
ii. membuat laporan lengkap
iii. menyampaikan projek yang dibuat

Falsafah FYP ialah menguji kebolehan pelajar (bukannya penyelia) untuk menggunakan ilmu2 yang telah dipelajari dari tahun 1 hingga 4 dikumpulkan menjadi satu projek lengkap. Tidak semestinya keputusan makmal semuanya mesti positif, keputusan negatif juga dianggap data. Cuma bergantung kepada keupayaan pelajar mengulas keputusan tersebut.
Ketebalan mukasurat bukannya ukuran, tidak semestinya pelajar mampu menghasilkan 100 ms boleh dikatakan pelajar ini cemerlang. Perkara utama ialah kefahaman, walaupun 50 ms ia mungkin menceritakan segala rahsia kemampuan pelajar. Pelajar yang memdapat 4.00 flat pun tidak mestinya dia boleh buat kerja2 makmal dan laporan yang terbaik. Bijak atas kertas tidak sama bijak dalam tindakan.

Kebolehan pelajar berinteraksi dengan penyelia, pembantu makmal dan semua orang sekelilingnya pasti teruji. Bagaimana mencari masa ‘cool’ penyelia untuk berbincang berkenaan projek. Masa terbaik untuk bodek pembantu makmal untuk suis ON dan OFF alat. Macam mana nak buat muka manis bila nak minta tunjuk ajar daripada pelajar postgrad untuk plot graf. Itu belum lagi berebut printer pada dingin 3 pagi dengan kawan2 yang juga terdesak menyiapkan FYP masing2. Biasanya menyanyi berlagu bila mandi di tandas, tetapi masa ini bolehlah belajar menangis tiada lagu bila PC kena virus!!

Secara keseluruhannya FYP adalah satu multimeter untuk menilai kebolehan pelajar dalam membuat, menulis dan bercakap. Mereka bukannya dipaksa menjadi hamba menulis kertas-jurnal untuk mencantikkan CV penyelia. Tetapi jika kita dapat pelajar FYP yang sangat bijak dan rajin, barulah kita tulis kertas-jurnal bersama. Penyelia tidak boleh menyekat keupayaan pelajar untuk terbang, walaupun penyelia tidak boleh terbang. Ataupun penyelia ialah seorang jaguh renang olimpik, jangan paksa pelajarnya yang memang tidak mampu berenang untuk merentasi walaupun Tasik Varsity Green.

Kepentingan kepada Pelajar FYP?
Kemahiran pelajar membuat proposal, rangka kerja, menjalankan eksperimen, membuat laporan dan seterusnya pembentangan akan teruji. Jika pelajar mampu membuat semua ini secara sempurna maka mereka telah bersedia untuk memasuki alam pekerjaan. Pengalaman semasa membuat FYP boleh digunakan semasa kerja nanti. Walaupun alam perkerjaan amat berbeza, sekurang-kurang pelajar telah bersedia semaksimum mungkin.

Bagi pelajar FYP yang ingin menyambung ke peringkat sarjana atau PhD, selain pointer CGPA keupayaan menyempurnakan ketiga2 falsafah FYP boleh diambil kira. Inikan pula semasa FYP pelajar telahpun mempu menulis kertas-jurnal. Semasa mengisi borang mahupun temuduga senarai penerbitan juga ditanya. Jika pelajar telah pun mempunyai penerbitan semua kerja-kerja penyelidikan akan memjadi mudah kerana pelajar telah tahu.
Selain diterima sebagai pelajar postgrad, satu lagi ialah biasiswa. Pelajar pun nak makan juga, bukannya robot. Jika sudah dapat poiter 3.00 dan ada penerbitan semasa FYP ini akan memudahkan proses temuduga.



Kerja
Penyelia perlu ingat, jangan terlalu ghairah apabila memdapat pelajar bagus dikulikan pelajar tersebut untuk membuat kerja-kerja makmal setaraf data PhD. SV guna pelajar FYP menyiapkan kerja-kerja geran atau penerbitan.

Pelajar FYP cuma ada 4-5 bulan (15 weeks) sahaja untuk membuat kerja-kerja makmal dan laporan. Jika pelajar siang-malam membuat kerja-kerja makmal, pasti mereka tidak cukup masa untuk membaca dan meneliti dari segi fundamental apa yang telah dibuatnya. Sebab itu semasa viva bila panel tanya mereka tidak dapat menjawap dengan yakin, walaupun keputusan-keputusan laporan FYP amat tebal, lengkap dan hebat.

Jadi cara terbaik jangan bebankan mereka dengan terlalu banyak parameter. Biar sedikit parameter tetapi mengkajinya secara memdalam. Sekurang-kurangnya pelajar faham secara am apa yang mereka buat.

Cuba bahagikan kepada cukup kepada 2 objektif sahaja:
i. Pencirian bahan (characterization) - 50%
ii. Pencirian peranti (application) - 50%

Cuba pelbagaikan kaedah pencirian kepada 50% sahaja. Manakala separuh lagi pergi kepada peranti (devices) ataupun aplikasi.

Latihan
Ketika pelajar masih lagi dinamakan pelajar, jadi mereka masih dituntut untuk diajar. Kata M. Nasir:
“Panggilah mereka pulang, ayah nak ajar tentang kurang ajar... ”

Pelajar pasca-siswazah boleh membantu di awal eksperimen tentang permulaan eksperimen. Setelah mereka faham, bolehlah lepaskan mereka. Kebolehan bercakap biasanya bakat semulajadi manusia. Walau bagaimanapun ia boleh dilatih. Bagi pelajar yang memang bagus BI senanglah sedikit kerja kita, yang patut difokus ialah pelajar yang lemah ini.

Semua pelajar diwajidkan hadir meeting perbentangan (weekly progress report) bersama pelajar pasca-siswazah yang lain. Kaedah pelajar pasca-siswazah membuat presentation, mereka boleh ikut dan tiru. Tetapi jika pelajar FYP lebih baik... pelajar pasca-siswazah la kena ikut .. tak malu!

Untuk melatih pelajar menulis, asuh mereka perlahan-lahan menulis dengan membuat abstrak. Sikit2 lama2 mereka mampu menulis untuk 70 muka surat.

Alang2 Menyelup perkasam
Jika pada awal-awal tahun 2000, ramai yang masih tidak tahu berkenaan ‘penerbitan’. Pada waktu itu walaupun kita hantar kertas-jurnal yang simple2 sahaja, editor akan terima. Ataupun jika kertas-jurnal itu ditulis oleh seorang pelajar FYP dengan hanya 5 Rajah sahaja dan dengan berbekalkan sedikit novelty ia masih boleh diterima oleh jurnal berimpak faktor tinggi.

Tetapi sekarang semuanya telah berubah. Setelah semua universiti dilanda ombak penerbitan, pihak editor dilambakkan dengan pelbagai kualiti kertas-jurnal peluang untuk diterima semakin tipis. Bagi jurnal yang IF tinggi, jika kertas-jurnal yang dihantar tiada novelty editor akan terus tolak. Walau bagaimanapun bagi kertas-jurnal yang noveltynya agak rendah tetapi dapat dihasilkan dengan data yang banyak disamping penulisan yang teratur, mungkin editor akan terima.

Jadi cuba gabungkan 2 pelajar FYP untuk membuat satu tajuk yang sama. Walaupun tajuk sama tetapi projek ini mesti selari antara satu sama lain. Jangan bergantung kepada yang lain, contohnya Part I mesti siap dahulu dan Part II baru mula. Jika pelajar Part I tidak siap lagi, Part II terpaksa menunggu... nahas!

Kemudian gabungkan data2 kedua-dua pelajar ini kedalam satu kertas-jurnal. Kemudian siaplah satu kertas-jurnal dengan sekurang2nya 8 figures. Daripada laporan FYP diletakkan atas rak buku dalam bilik, baik diletakkan dalam jurnal terbaik dunia. 

Gabungan paling baik ialah... boleh dibuat melalui tahunan. Tahun 2010, seorang pelajar buat Part I. Tahun 2011, pelajar lain datang buat Part II. Kaedah ini lagi baik dengan kualiti boleh selalu dikemaskini.

Apa yang SV mahu (untuk Student dapat A?)
i.   Results - SV bukan nak perfect results (sesuai dengan FYP)!
ii. Kehadiran/Disiplin - Paling penting SV nak tengok 'kehadiran' pelajar, paling tidak seminggu sekali meeting bawa pogress report walaupuan sikit. Jangan harap SV nak cari student, student mesti cari SV.
iii. Motivasi - SV nak tangok, student ada minat tau tak untuk belajar?
Note: Kerja2 lab drpd FYP ni biasanya digunakan utk tau testing new project ni. Kalau project ni promising.... mungkin akan diupgrade kepada new students postgrad.


Garisan bawah
Pelajar sendiri tentukan masa depan masing2

3 comments:

  1. Assalamualaikum Dr.

    Boleh tak Dr. bagi guideline untuk student fyp yang bercita-cita untuk publish paper dalam jangka masa tahun akhir pengajian. Memandangkan saya bercadang untuk sambung pengajian masters dan PhD nanti, insyaAllah.

    - fatin -

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsm, mmg boleh. sbb kami sudah buat bertahun dah.
      Ada beberapa benda kena buat.
      1. Sudah setahun ready - SV kena ready dgn raw material, methods, papers, malah sv sudah test dulu dgn RA utk few part utk comfimkan benda ni 'boleh jadi'
      2. Focus experiment - experiment kena focus. mungkin 3-4 testing saja sebab nak ulang 5-6 kali.
      3. Short paper - submit paper dlm bentuk short communication (bukan full paper).

      Good Luck

      Delete
  2. assalamulaikum dr..saya nak tanya pasal projek peper dip ploma saya...tapi saya hanya buat pjj sahaja....permulaan projek peper apa yang perlukan?

    ReplyDelete