Kekuatan bukan ukuran - ''Burung pemakan bangkai dapat terbang setelah memakan bangkai busuk. Lalat-lalat kecil hanya menyaksikan peristiwa itu kerana ia lemah'' - Imam Syafei
Senario
Banyak kali kita dengar rungutan daripada penyelia bahawa pelajar seliaannya 'tak perform'. Dengan kata kasar 'dok perabis beras je', dah la kita bagi beras siam. Adakalanya pada persepsi pelajar ini bagus, tetapi endingnya hampeh. Manakala pelajar itu buruk pada pandangan kita, tetapi satu semester satu paper siap!
Jika ditanya pelajarnya, ''aku ok je... yang bermasalah tu, bos aku''. Biasalah bila ada masalah semua menuding jari. Bila berjaya masing2 mengaku dialah yang buat “hello... ni aku lah yang buat!”.
Pemilihan pelajar dan penyelia (dibincang dalam entry lain) yang betul mungkin boleh menyelesaikan masalah ini. Kaedah ini akan menyebabkan penyelia tidak mempunyai ramai pelajar kerana saringannya amat teliti. Tetapi cuba fikir balik, yang mana paling penting; ada sedikit pelajar, tetapi semua menjadi daripada ramai pelajar tetapi menyebabkan penyelia cepat gugur rambut?
Pelajar Lepasan 1st Degree
Disebabkan kekangan syarat pemilihan biasiswa bergantung kepada pointer CGPA. Kebanyakan universiti syaratkan 3.++ baru layak memohon biasiswa. Lagi parah, ada juga universiti mensyaratkan 3.25 sebagai pointer minimum untuk memohon.
Jika dilihat secara am biasanya pelajar pointer 3.++ berbeza dengan pelajar yang pointer rendah. Cara mereka berkerja dan berfikir amat lain daripada orang lain. Untuk mendapat 3.++ pointer bukannya mudah, hanya pelajar yang bagus sahaja yang dapat. Pasti disiplin ini akan dibawa hingga ke PhD.
Walaupun bagaimanapun, ada juga yang hanya pointer 3.++ tetapi tidaklah sebagus yang diharapkan. Pelajar dapat 3.++ kerana banyak menghafal nota kuliah semata2. Buat PhD bukan bijak menghafal, tapi kena bijak semua... yelah semua kena bijak itu kena bijak, ini kena bijak... bijak...bijak..
Ada pelajar daripada universiti tertentu melahirkan pelajar hampir 50% memdapat pointer 3.++. Fuhh... sangat hebat dapat mengalahkan universiti tertua di Malaysia! Jika diselidiki sebenarnya mereka (pihak universiti) tidak menjaga kualiti, walaupun content subjek2 hampir sama.
Pensyarah2 di sana hampir mengajar yang mudah2 sahaja daripada yang tertulis dalam silibus. Pengajaran dibuat dengan kaedah latih tubi, macam tiada beza dengan budak2 sekolah. Semua ini akan mengalakkan ‘otak copy-paste’. Pelajar hanya menghafal pelajaran, tanpa memahami ilmu itu sendiri.
Test RA dulu
Untuk mengelak tersilap recruit wrong person perlulah diuji pelajar ini dulu. Ambil mereka berkerja sebagai RA dulu. Katakan 3 bulan dengan 3 bulan lagi tambahan. Kemudian ujian kemampuan mereka yang ingin menyambung pasca-siswazah terhadap:
i. Membaca
ii. Bercakap
iii. Menulis
i. Kemampuan membaca
Kenapa kemampuan membaca lebih utama daripada kreativiti membuat eksperimen?
Secara am, semua pelajar yang ingin sambung hingga ke PhD boleh membuat eksperimen sendiri. Ataupun boleh bekerja dalam makmal secara independent. Bukan setakat boleh membuat eksperimen untuk diri sendiri tetapi selalu ‘ringan tangan’ menolong kumpulan penyelidikan juga. Paling hebat dia boleh mencadang kepada pelajar lain kaedah tertentu untuk menyelesaikan pelbagai masalah berkenaan research design.
Terdapat juga pelajar semasa kelas makmal undergrad yang hanya jadi pak turut sahaja. Mereka hanya ikut kawan sahaja sepanjang eksperimen. Siap eksperimen copy data dari kawan, tanpa kotor sedikit pun tangan. Orang macam ini mampukah buat eksperimen sehingga peringkat PhD?
Ada juga kelemahan ini dikaitkan dengan kesilapan silibus semasa undergrad sesebuah universiti. Tidak apalah kita lupakan kesilapan lalu, sekarang pelajar ingin membuka era baru dalam kehidupan. Bagilah peluang kepada mereka sekali lagi.
Kelemahan utama di peringkat post-grad biasanya dikaitan dengan faktor membaca. Bagi pelajar yang rajin membaca dan faham apa yang dibaca, kaedah eksperimen akan kreatif dan bermakna. Bagi yang lemah membaca, mereka membuat sesuatu tanpa ada jangkaan keputusan (expected results). Mereka tidak tahu membeza antara keputusan baik dan hampeh. Dengan kata lain mereka tidak tahu apa yang mereka buat. Apabila ada masalah mereka akan bergantung kepada penyelia atau pelajar senior. Sikit2 tanya penyelia.
Tidak semua cadangan penyelia akan jadi terus. Adakalanya terpaksa ubahsuai bergantung kepada faktor peralatan, bahan mentah etc. Jika ada pelajar yang bijak, mereka boleh membuat pengubahsuai berdasarkan pembacaan sendiri tanpa bergantung kepada orang lain.
Jadi syarat pertama (membaca) untuk menjadi pelajar postgrad pun sudah tidak lulus. Inikan pula nak memenuhi syarat kedua.
ii. Kemampuan bercakap
Semua orang boleh bercakap, kenapa penting sangat benda ini di sini?
Jika dilihat secara kasar, bahagian ini tidaklah begitu kritikal jika dibandingkan dengan kemampuan menulis. Tetapi ingat ia amat berkaitan dengan memampuan ‘membaca’.
Presentation boleh digunakan sebagai pengukur (indicator) kemampuan pelajar membaca. Lupakan dahulu pasal BI (sebab penyelia pun xpandai BI!). Takpalah lama kelamaan dia akan bertambah baik. Paling penting ialah content presentationnya sepatutnya semakin hari semakin baik. Kalau semakin baik maknanya dia suka membaca (takkan ilmu datang dalam mimpi, mestilah kena usaha!). Ada sahaja idea baru pelajar utarakan. Apabila ditanya soalan, jawapan yang diberi amat menyakinkan. Maknanya dia ni memang ‘ada otak’, bukan pelajar jenis ‘otak copy-paste’ (macam otak udang ke?).
Cuba juga lihat presentation pelajar dari segi pengambilan sumber bahan bacaan untuk penyampaian. Mungkin mula2 pelajar membentangkan papers yang diberi oleh penyelia. Kemudian bagi pelajar yang bagus, mereka sendiri akan memcari paper lain. Papers lain yang belum pernah dibaca oleh penyelia.
Kualiti penyampai juga boleh dilihat dari jurnal mana yang diambil. Jika banyak papers yang di review datang datang paper IF tinggi maknanya pelajar ini tahu ke mana mereka nak pergi. Benda ini nampak remeh, tetapi hakikatnya akan mempengaruhi semua perjalanan pengajian. Apabila pelajar boleh membaca kemudian boleh bercakap dan seterusnya menulis, harapannya begitu.
iii. Kemampuan menulis
Inilah yang membezakan dengan semua pelajar (malah penyelia pun...). Boleh dikatakan SEMUA ORANG BOLEH MEMBUAT EKSPERIMEN, TETAPI BUKAN SEMUA BOLEH MENULIS. Adakalanya menulis adalah bakat semulajadi. Tetapi bagi yang tidak berbakat tidak bermakna tidak mampu. Semuanya boleh berubah.
Cuba lihat dan teliti hasil tulis pertama pelajar. Daripada tulisan penyelia boleh lihat cara pelajar berfikir. Sama ada kreatif, biasa saje atau hampeh. Adakalanya boleh lihat pelajar terlebih bijak dengan menipu. Pelajar pandai copy-paste daripada kertas-jurnal lain tanpa ada kaitan dengan keputusan kajian terkini.
Jika penyelia mempunyai kertas-jurnal yang belum siap i.e. yang ditinggalkan oleh pelajar FYP, suruh mereka ini edit. Mungkin tugasan ini terlalu tinggi atau berat, tetapi jika mereka mampu buat maknanya penyelia sudah jumpa 'permata'. Cuma perlu sedikit polishing, pasti bersinar.
Jika pelajar tidak mampu untuk edit full paper, cubalah latih pelajar menulis satu persatu. Jika ada perubahan, maknanya pelajar ada potensi untuk pergi lagi jauh. Jika sebaliknya suruh saja pelajar pergi kerja dahulu. Carilah pengalaman mengurus diri, bercakap depan orang ramai dan menulis laporan. Biarkan mereka 'dibelasah' oleh manager kilang sekurang2nya dua tahun.
Disebabkan ingin menjaga periuk nasi, pasti pelajar akan berubah. Kemudian barulah mereka 'jadi orang'. Apabila ‘graduate’ dari kilang mungkin masalah membaca, bercakap dan menulis tiada lagi. Pada masa yang sama kualiti disiplin juga bertambah baik. Jadi jika masih berminat, selamat datang ke kampus. Walaupun mereka datang mendaftar dibawah penyeliaan pensyarah lain dan tidak menjadi pelajar kita. We got nothing to lose... rezeki Allah swt itu banyak, mungkin datang bersama dengan pelajar lain, percayalah!!
Pelajar Lepasan FYP kita
Bagi pelajar lulusan tempat kita sendiri, kerja kita menjadi mudah. Semasa FYP lagi penyelia sudah tahu keupayaan pelajar. Jika ada pelajar mempunyai mampu untuk membaca, bercakap dan menulis dengan baik, penyelia akan awal2 mengalakkan mereka supaya menimbang untuk sambung pelajaran hingga PhD. Rugilah bakat yang ada tidak diteruskan. Memang betul bagi yang tiada bakat boleh diasah, tetapi mengasah belakang parang ni cukup penat dan memeritkan.
Cukuplah hanya sekali sahaja penyelia membuat tawaran rasmi untuk pelajarnya sambung hingga PhD. Jangan sesekali memujuk rayu, membodek, memaksa dan mengugut pelajar untuk sambung pelajaran dengan kita. Mungkin pelajar mempunyai sebab tersendiri kenapa tidak ingin mencapai sesuatu yang terbaik sekarang. Jika hanya raga sahaja berada dalam makmal tetapi jiwa berada di tempat lain, pasti banyak masalah timbul. Dalam proses ini juga jiwa dan raga mesti hadir bersama. Bagi pelajar yang mempunyai masalah membaca, bercakap dan menulis galakkan mereka berkerja dahulu.
Satu dalam sepuluh
Banyak keputusan kita adalah berdasarkan persepsi. Kita hanya percaya bahawa jika ada pelajar CGPA 3.00+ pasti akan menghasilkan keputusan penyelidikan yang hebat. Sebenarnya tidak. Tidak semestinya pelajar CGPA 3.00+ mampu berguna. Pointer 3.00+ hanya untuk secure biasiswa.
Ada pelajar yang CGPA rendah daripada 3.00+ (atau 2nd lower) lebih baik. Mereka rajin dan kreatif. Ini mungkin mereka ingin menebus kembali kesilapan semasa undergrad dahulu yang menyusahkan diri sendiri sekarang. Pelajar akan ini berusaha sungguh2, mampu menghasilkan kertas-jurnal berimpak faktor tinggi dan convert ke PhD (conversion to PhD akan dibincang dalam entry lain).
Walaubagaimana pun kebanyakkan pelajar kurang 3.00+ biasanya bermasalah. Kebarangkalian untuk jumpa permata dalam tanah lumpur mungkin 1 dalam 10. Jadi uji dahulu pelajar ini dengan kerja2 RA. Jika penyelia mempunyai geran penyelidikan yang banyak dan mampu untuk membayar gaji pelajar untuk sekurang-kurangnya 2 tahun, bolehlah mengamabil pelajar ini. Jika pelajar betul2 ingin menyambung pengajian, walaupun memdapat gaji rendah atau biasiswa sedikit mereka terima dengan penuh kesedaran. Jika pelajar mementingkan nilai biasiswa, maknanya dia pentingkan duit daripada ilmu (suruh saje mereka blah... dari makmal kita).
Kesilapan
Jika kita tergesa2 mendaftarkan pelajar yang belum tentu bagus atau tidak, akibatnya banyak. Rugi masa, pitis dan paling tidak akan menaikkan darah semua orang jadi hijau.. . Walaupun pelajar datang dengan CGPA lebih 3.00 tetapi tidak semestinya indah khabar dari rupa.
Garisan bawah
Sekali lagi untuk tujuan ujian ni kita mesti kena ada duit. Geran mesti ada sekurang2nya untuk cover sehingga 6 bulan.
No comments:
Post a Comment