21 September 2010

Jurnal 3 | Faktor Impak, Kualiti dan Kuantiti







Artikel ini ditulis untuk membuat analisis terhadap jurnal-jurnal popular yang melibatkan penyelidikan Bahan. Jurnal yang menjadi fokus ialah Journal of Alloy and Compound (JALCOM) dan Journal of Applied Polymer Sciences (JAPS). Walaupun kita hanya fokus kepada nilai faktor impak (IF) sahaja, tetapi data statistiknya juga penting untuk merancang penerbitan untuk memdapat petikan yang maksimum.



Kajian Kes 1
JALCOM terletak dalam kategori ‘Metallurgy & Metallurgical Engineering’ untuk penentuan IF 2009 oleh ISI Web of Knowledge. Data untuk tahun 2007 dan 2008 adalah seperti berikut:

i.     Jumlah petikan
Journal of Alloy and Compound (7,365 petikan, #1)
Acta Materialia (4,756 petikan, #2)
Scripta Materialia (3,406 petikan, #3)

ii.    Jumlah artikel
Journal of Alloy and Compound (3,450 artikel)
Acta Materialia (1,265 artikel)
Scripta Materialia (1,155 artikel)

iii.  Faktor impak
Acta Materialia (IF = 3.760, #1)
Scripta Materialia (IF =2.949, #2)                                                  
Journal of Alloy and Compound (IF = 2.135, #5)

Dari segi populariti (bedasarkan petikan), JALCOM merupakan jurnal paling popular dalam kategori ‘Metallurgy & Metallurgical Engineering’. Walaupun ia sangat popular, tetapi tidak mampu membantu JALCOM untuk menaikkan nilai IF.

Bagi kes ini, IF tidak bergantung semata-masa kepada jumlah petikan. Jumlah artikel yang dikeluarkan dalam tempoh 2 tahun amat mempergaruhi nilai IF. Jumlah artikel dapat menurunkan JALCOM ke bawah daripada Acta Materialia dan Scripta Materialia, sedangkan petikan jurnal-jurnal ini rendah separuh daripada JALCOM.

Kajian Kes 2
Untuk kajian kes kategori ‘Polymer Science’ dan khususnya kepada JAPS. Data untuk tahun 2007 dan 2008 adalah seperti berikut:

i.     Jumlah petikan
Macromolecules (12,028 petikan, #1)
Polymer (5,352  petikan, #2)
Journal of Applied Polymer Sciences (4,958 petikan, #3)

ii.    Jumlah artikel
Journal of Applied Polymer Sciences (4,121 artikel, #1)
Macromolecules (2,650  artikel, #2)
Polymer (1,498 artikel, #3)

iii.  Faktor impak
Macromolecules (IF = 4.539, #1)
Polymer (IF = 3.573, #10)
Journal of Applied Polymer Sciences (IF = 1.203, #38)

Bagi kes JAPS, sekali lagi faktor bilangan artikel memyebabkan IF jatuh merudum. JAPS mengeluarkan artikel amat banyak iaitu sebanyak 4,121 artikel. Bagi JAPS, secara purata artikel di dalam jurnalnya hanya dirujuk sebanyak 1.2 sahaja. Apabila kurang rujukan dan bilangan artikelnya sangat banyak, IF akan menurun. Berbeza dengan Macromolecules walaupun mereka juga menerbitkan banyak artikel, tetapi semuanya dipetik banyak kali.

Bagi jurnal yang berimpak tinggi boleh dikatakan semua kertas-jurnalnya dipetik. Malah ada yang terlebih petik (lebih dari dua kali). Contohnya, dalam dua tahun (2007 dan 2008) setiap artikel yang diterbitkan dalam Macromolecules dipetik hampir 4.5 kali oleh artikel-artikel lain.

Daripada kajian kes ini, dapat dilihat bahawa peranan petikan dan jumlah petikan amat penting. Pihak penerbit tidak dapat mengawal jumlah petikan, tetapi mereka hanya boleh mengurangkan pembahagi dalam formula IF iaitu bilangan artikel. Apabila bilangan artikel dikurangkan, nilai IF akan bertambah. Untuk mengurangkan nilai IF, editor akan menolak banyak manuskrip. Bayangkan apabila editor memulakan ‘operasi kurangkan artikel’, manuskrip yang ditolak itu adalah manuskrip kita!

No comments:

Post a Comment