Salam,
Menulis untuk Introduction (Chapter 1), Literature Review
(Chapter 2) atau Review Paper ada banyak styles. Pandai menulis orang suka
baca, tak pandai… sangat boring wlpn semuanya faktanya betul. Menulis bukan
100% bergantung kepada pandai BI saja.
(Note: Apa style yg anda guna xda fatwa kata salah. Cuma
pandangan khilaf saya saja. Saya pun banyak buat salah. Tapi teruskan belajar
ilmu baru)
Untuk post ini, saya bawa satu contoh style penulisan
iaitu… berdasarkan citation references (tangok cara cite pun kita boleh nilai
quality penulisan).
Elakkan
Semua para bermula dengan nama penulis paper, Name et al.
…. (tgk contoh pict bwh). Atau setiap para ada nama penulis paper.
Student menulis macam straight forward, John kata…. Mamat
kata…. Lim report….. (ya pasti orang yang report, kucing tak menulis bos!).
Memang boring membaca dari satu para ke para berikutnya.
Paling ditakuti style ni ialah copy-paste para-to-para.
Nak tebalkan tesis, nak info tu tetap ada dalam tesis. Copy dari paper
reference, terus paste ke LR kita (cuma edit sikit2 saja).
Ini dah jadi plagiarism!
Yang paling parah, student tak baca/belajar/faham apa pun dr reference
tersebut, cuma kerja copy-paste.
Sepatutnya
Student boleh campur gaya menulis. Ada yang bermula dengan nama
penulis, materials, method, latest report ets.
Paling best ialah…. students faham setiap paper ref
tersebut (boleh buat kesimpulan sendiri, ambik intipati saja, extract info) dan
re-write balik dalam bahasa lagi mudah difahami (tgk contoh kanan, para last).
Inilah dinamakan process belajar untuk menjadi sarjana….
bukan pakar copy-paste, bila tanya balik dalam viva…. xtau!
Contoh komen daripada reviewer berkenaan cara menulis atau cite reference dalam text/para
No comments:
Post a Comment