17 February 2017

Reference | Name et al. [10] in Results & Discussion

Salam,
Apa yg nak diceritakan dalam post ni bukan berkenaan styles biblo i.e. Numbered, Harvard, APA etc, tapi lebih kepada PENGGUNAAN dan LOKASI style Name et al. dalam text. Samada kita nak letak depan ke, letak tenggah ke, letak belakang ke atau tak guna lansung.

Jika teliti sifu saya menulis, dia tak cite mana2 refs dalam Results & Discussion (R&D). Kalau ada pun dia cuma cite previous papers dia, tapi a few saja.

Jika dikaji secara details, paper dia ni memang high novelty… kenapa? Sebab dia nak compare dgn orang lain pun tiada buat research sama mcm dia. Hanya group dia saja buat atas dunia ni huhuhu...

Slide 1:
Dalam mazhad ni, penggunaan Name et al. dalam text terutamanya dalam part R&D adalah baik dielakkan. Dalam part ini, readers akan focus kepada findings kita dah. Mereka tak ingin tengok ayat/para kita bersepah dengan style refs yang panjang dan membolehkan reader hilang tumpuan. Cukuplah guna style Numbered i.e. [10] dlm part ini.

Secara tidak langsung, bila kita sebut nama itu dan nama ini…. reviewers atau examiners suspect mcm semua dah ada orang buat. So…. protect la novelty, dah la novelty kita nyawa2 ikan puyu.

Jika nak guna style Name et al. ni, kita boleh guna dalam Introduction. Guna bersama styles lain, supaya pelbagai. Cuma elakkan guna Name et al. dalam R&D.



Slide 2:
Jika kita nak submit ke journal menggunakan Harvard Style i.e. Carbohydrate Polymer, memang wajid la guna style ni. Cuma perlu bijak dengan penggunaan refs. (terutamanya untuk bahagian R&D).

Elakkan menggunakan banyak refs pada satu2 paragraph. Penggunaan Name et al. yg panjang2 (dan banyak2) ni akan mengganggu flow cerita. Macam reader kena skip refs panjang ni dulu…. dan tercari2 di mana nak sambung baca balik cerita itu. Ini akan membuatkan reader mudah boring. Bila dah boring… org takkan faham apa yg kita nak sampaikan.



(Bab ini sunat saja, hanyalah gaya2 penulisan saja….. anda bebas memilih styles apa yang anda rasa sesuai dgn citarasa sendiri dan SV anda).

InsyaAllah

No comments:

Post a Comment