22 May 2013

Tulis Tesis 4 | Format Asas


Format tulis tesis biasanya:
i.      Berdasarkan bab-bab
ii.     Berdasarkan kertas jurnal

Paling popular ialah 'berdasarkan bab2'. Manakala berdasarkan kertas jurnal tidak diperkenalkan dengan jelas oleh pihak universiti.

Jadi kita akan fokus kepada kaedah 'berdasarkan bab2'. Minimum 5 bab. Jika kita membuat kajian yang agak berbeza, mungkin tambahan Bab 'Result and Discussion' diperlukan.

Sebenarnya, jika kita pernah 'bersusah2 dulu' semasa bahagian 'Tulis Kertas Jurnal', jadi kerja tulis tesis ini hanyalah seperti 'susun balik papers'. Disebabkan kertas jurnal hanya publish results terbaik dan ringkas, untuk tesis kerja2 kesinambungan (flow) perlu dibuat. Ada sesetengah kes, results perlu dikembangkan.

Contohnya, jika kertas jurnal hanya publish plot yang secondary analysis, dalam tesis kita terpaksa tunjukan results plot primary data (plot dari mesin). Ini juga sebagai prove kerja-kerja yang kita buat.

Di sini kita cuma fokus kepada format asas. Walau bagaimana pun, format secara detail tesis bergantung kepada universiti masing2. 

13 April 2013

Tulis Tesis 3 | Siapa Tulis Tesis? Kes 3


Kes 3. Woit.... Lu tulis la sendiri!


Bahagian ini memang kerja student, kerja student itu sendiri. Bukan kerja SV, bukan kerja pembantu makmal, bukan kerja tukang sapu makmal, bukan kerja tukang kebun universiti. 

Berkerja keras itu memang sifir untuk memdapat ilmu. Ilmu tidak akan datang bergolek atas katil atau di bawah bantal tempat kita tidur. Walau pun SV kita ialah Nobel Laureate, kalau student tak berusaha, gagal juga.

"No knowledge, without sacrifice"
"No skill, without dirty hands"

Student sediakan draf tesis. Jika student rajin dan bijak mungkin hingga draf ke 3, sudah boleh finalized tesis.

SV hanya komen tulisan student pada draf tersebut. SV akan conteng in between two lines. Aspek penceritaan (flow), presentation, teknikal, kefahaman etc akan dilihat dengan teliti. Mungkin pada peringkat ini student sudah 'mabuk kertas' tidak pasti apa yang ditulisnya, maka banyaklah kesilapan.

SV akan trigger dengan komen berbentuk soalan jika terdapat kesalahan dalam draf, dengan harapan student faham dan ubah balik ayat2 tersebut. Tugas SV hampir sama juga dengan reviewer (beza reviewer lebih cenderung melihat/mencari kesalahan).

Paling penting sekali student kena banyak2 BERSABAR kerana komen ada manis, ada pedas ada dalam bentuk sindiran. Walaupun satu komen mungkin kita perlukan 1 minggu untuk edit atau 1 bulan untuk redo experimen. Bersabarlah anggaplah kerja ini hanya sekali dalam hidup.

Sebenarnya ada banyak lagi kes2 tertentu contohnya SV tidak tengok langsung (jauh sekali nak komen). Student submit tesis tanpa bincang dengan SV. SV pindah dan tesis dikomen oleh 2nd SV (yg entah apa2 pun komennya) dan pelbagai lagi masalah.

Garisan Bawah
Jika kita dapat SV bagus (walaupun tidak sempurna) teruskan dan bagi yang terbaik daripada kita!

31 March 2013

Tulis Tesis 3 | Siapa Tulis Tesis? Kes 2


Kes 2. Ditulis Oleh Student & SV
Student tulis draf tesis banyak kesalahan. Kesalahan teknikal dan kefahaman (ya betul lah tu, ini namakan student). Tetapi SV tidak boleh terima tahap kecekapan students seperti ini, maklumlah SV dulu grad daripada Universiti Terhebat Planet Marikh (UTPM).

Apa yang dibuatnya, SV minta softcopy draf tesis tersebut dan terus edit tanpa kehadiran student. Student tidak tahu pun apa perenggang yang ditambah dan apa ayat yang dibuang. Tahu2 sudent dapat email Chapters sudah siap. Dengan gembiranya student print dan susun Chapters untuk siapkan tesis.

Kes ini biasanya dapat dikesan semasa viva. Tesisnya cantik tersusun indah, tetapi Q&A gagal!
Banyak ayat2 tertentu ditanya olen examiner viva, tidak dapat dijawap.

Moral of the Story?
SV program student jadi robot, bukanya mendidik student jadi student!

25 March 2013

Tulis Tesis 3 | Siapa Tulis Tesis? Kes 1


Pasti jawapannya, "mestilah student!"

Opps... jangan terkejut, dalam kesibukan kerja2 kita di lab, dalam kelenguhan beratur SEM, dalam keheningan malam di bilik pascasiswazah, ada manusia culas menangguk kesempatan  kelibat ketirisan peraturan2 universiti. Hingga terlupa (atau buat2 terlupa) asas2 'proses mendidik'.

Untuk 'tulis tesis' (dibaca 'buat apa saja asalkan tesis siap'), ada pelbagai cara:

Kes 1. Ditulis Oleh Student Lain
Yang ni sangat special, aneh tapi betul! ..... Dan yang paling tidak betul!

Kes ini terjadi apabila student asal ada masalah, masalah disiplin, masalah kewangan, masalah kesempatan ... senang kata semua bermasalahlah!

Manakala SV sentiasa mempunyai sifat tidak mahu menggalah. Tidak akan ada seorang pun student dalam groupnya akan gagal. Dia akan pastikan semua studentnya grad walaupun perlu re-viva.

So ada dibuatnya?
Dikerah student lain tulis tesis. Student 1, tulis Chapter 1. Student 2, tulis Chapter 2.... dan sampai siap tesis.
Masa viva, yang pastinya student asal ini akan 'dibelasah', tapi paling penting dia LULUS!!

Moral of the Story?
Walau bijak, kaya, pandai cakap mana pun, kalau student ditakdirkan gagal dia tetap gagal. Tiada proses menghalalkan cara disini.