Asm,
Satu lagi bab
sunat dan khilaf menyediakan buat Ppt viva presentation ialah… pemilihan jenis Fonts dan Saiz. Ada banyak
mazhad, tetapi paling penting ianya mesti simple dan senang mata memandang.
Fonts yang terlalu fancy atau kecil akan menyakit mata (mata sakit, nak
fahamkan isi satu hal lagi).
Setakat ini tiada
lagi dengar standard untuk fonts dan saiz…
kebanyakan hanya tekankan sifat2 sesimple mungkin, jangan terlalu kecil, jangan
terlalu besar. Jika ada banyak space atas slide, boleh ubah/ejas dengan kesesuaian
semasa.
Mungkin semasa
menulis Ppt, pandangan mata kita dah ok (sebab kita dekat dengan PC), tetapi
bagi audience yang melihat guna projector dan berada di belakang akan melihat
dari pandangan berbeza.
Sebelum kita buat
PPt, bayangkan kita sebagai audience... Adakah mereka selesa dengan Fonts dan
Saiz slide kita?
Fahamkan juga
keadaan bilik viva, projector dan susunan audience sehinggakan orang yang
terbelakang dapat membaca dengan jelas (dan boleh follow apa yang kita nak
sampaikan). Projector yang usang dengan bulb lama juga akan tenggelamkan semua
design kita.
Jenis Fonts
- Elak:
Fonts yang terlalu bercorak/curve i.e. Freestyle Script, Design, Mistral etc.
‘Times New Roman’ pun dianggap serabut kerana banyak curves.
- Guna:
Fonts yang simple dan mudah dibaca. Paling biasa dan klasik ialah Arial,
Helvetica, Futura, Gill Sans dan Rockwell. Fonts Arial paling popular sebab
adalah lurus dan senang mata melihat.
- Guna:
Biasakan guna Bold pada Arial untuk membezakan Title dan Text (elakkan guna
underline).
Size Fonts
- Elak:
Saiz terlalu kecil i.e. 8, 10, 12 points
- Guna:
Saiz paling kecil ialah 18 points (kurang daripada ini, examiners perlu bawa
teropong hehehe)
- Guna:
Saiz paling besar bergantung kepada ruang yang ada pada slide (tetapi biarlah nampak sesuai tanpa ganggu Figure atau Table)
No comments:
Post a Comment