‘Niatku untuk merantau masih tetap terus membara. Akan aku temui di sana orang yang tidak aku kenal saat ini. Akan aku temui mereka yang bodoh untuk bertukar pendapat. Dan jika yang aku temui orang pintar, maka aku ingin menyamai kepintarannya’ – Imam Shafie
Memang seronok berjalan tempat orang. Kata orang jauh berjalan luas pengetahuan. Bagi yang suka bercakap depan orang ramai, inilah medan untuk menunjukan kehebatan. Tetapi bercakap mesti ada kekuatan saintifik, kalu tidak tidak ubah seperti ceramah politik!
Samada kita sedar atau tidak dalam keseronokan pergi persidangan, kita sebenarnya banyak membuang masa. Persediaan untuk menghadiri setiap persidangan memerlukan hampir sebulan daripada hidup kita. Persediaan seperti penyeliaan abstrak, permohonan kebenaran menghadiri dan menggunakan duit dari geran, penyediaan kertas jurnal, penyediaan poster, tempahan hotel dan kapal terbang, permohonan visa dan sebagainya lagi.
Hadkan diri daripada menghadiri persidangan, walaupun kita mampu dari segi fizikal, masa dan kewangan untuk pergi ke mana jua ceruk rantau. Buat satu sasaran seperti satu persidangan tempatan dan satu persidangan antarabangsa setahun.
Sebagai alternatif, persidangan sendiri yang patut di perbanyakkan. Persidangan luar negara atau dalam negara boleh diganti dengan penyampaian seminar dianjurkan oleh Pusat Pengajian atau kumpulan penyelidikan masing-masing. Aktiviti ini juga dapat melatih pelajar-pelajar baru kita untuk bercakap depan orang lain.
Jika kita pergi ke mana-mana persidangan, carilah persidangan yang fokus kepada penyelidikan kita. Contohnya jika penyelidikan kita berkenaan bateri-polimer, pilihlah International Symposium on Polymer Electrolytes, International Meeting On Lithium Batteries, Electrochemical Society Meetings dan lain-lain lagi. Elakkan pergi ke persidangan yang umum, contohnya Materials Chracterizations, Nano Materials for All, Materials for Future dan sebagainya. Jika kita pergi ke persidangan terlalu umum, kita tidak belajar apa-apa. Semuanya hampir sama dengan nota kuliah kita.
Kita pergi persidangan biasanya ada banyak tujuan. Pertama ingin belajar perkembangan terbaru dalam bidang kita. Data keputusan terbaru dengan bahan, peralatan dan perisian terbaru akan membuat kita terganga, buka kerana lapar tapi terpegun. Semoga kita tidak menjadi seperti katak bawah tempurung. Mempertahan hipotesis yang tidak pernah diuji didepan bijak pandai dalam satu bidang dengan kita. Inilah masanya kita menaruh harapan daripada peserta lain menolong kita memjawap persoalan yang telah kita fikir bertahun-tahun lamanya. Tidak perlulah kita merasa marah atau melenting apabila ditegur oleh peserta lain. Setidaknya semoga kita sedar bumi yang dipijak.
Apabila peserta lain membentangkan kajian masing-masing dan jika kita tidak faham dengan penerangan yang diberikan, tanyalah dengan berhemah dan bijak. Tanyalah apa yang kita tidak faham, bukannya bertanya bagaikan kita hendak memperlekehkan peserta tersebut. Jangan tanya seperti kita hendak menguji kepintaran atau pengetahuan mereka. Ingat! kita ingat kita bijak, orang lain lagi bijak!
Saya masih ingat dalam cerita ‘Hawking’ (2004), setelah Stephen Hawking menegur seorang peserta berkenaan teori fizik kemudian datang penyelia Hawking bagaikan marah kepadanya, katanya“... jangan menyalahkan teori orang lain depan orang ramai, buat teori sendiri!..”
Jika masih tidak faham, tanyalah semasa rehat. Waktu rehat paling sesuai untuk kita bertanya banyak soalan kerana masanya panjang daripada semasa persidangan. Semasa ucapan, pengerusi biasanya membenarkan dua atau tiga soalan sahaja. Jika kita jumpa peserta orang yang baik, mereka akan duduk dan menulis terus penyelesaian masalah kita. Malah pernah ada seorang profesor menconteng-conteng terus atas manusript saya (biasanya saya akan bawa banyak manuscript semasa persidangan), ... apa lagi? terus kemaskini taip dalam komputer dan siap satu kertas jurnal!
Kedua, di sini tempat kita mencari seramai mungkin kenalan yang mempunyai minat yang sama. Mana tahu dia akan atau pernah jadi penilai (reviewer) kertas jurnal kita! Ataupun kita boleh cadangkan kepada editor dia sebagai penilai kertas jurnal kita nanti. Tidak perlu kita duduk diam di penjuru bilik, melihat orang lain tenggah berbincang. Kita takut untuk menegur sebab BI kita tidak bagus. Rasanya peserta dari Jepun lagi teruk. Jika kita tidak tahu siapa mula-mula hendak tegur, pergilah tempat pameran poster. Mulakan perkenalan dengan bertanya soalan-soalan berkenaan poster tersebut kepada tuan punya poster di situ. Mesti mereka akan seronok apabila ramai orang datang atau ramai orang berminat dengan kajiannya. Bodek sikit berkenaan poster diaorang pun tidak apa, katakan “poster awak cantik (bukanya kata.. awak cantik! ...ish... ish), data bagus... macam mana awak buat ini, buat itu.... bla..bla..bla...”. Jika ada masa panjang tanyalah apa-apa penyelidikan yang boleh dilakukan bersama. Sediakan business card dan taburkan banyak-banyak. Yang penting masa inilah paling sesuai pasang kabel!!
Ketiga (yang mesti jadi tujuan terakhir, bukannya yang tujuan pertama) berjalan-jalanlah tempat orang. Rehat sedikit setelah penat bersidang. Jika ada kawan-kawan di sana, bolehlah melawat makmal mereka. Hidu sedikit inspirasi dan motivasi dari tempat asing sebelum pulang. Apabila bau semakin hilang, Insya Allah tahun depan kita datang lagi!
Garisan bawah
Pasang kabel panjang-panjang semasa persidangan.
salam,
ReplyDeleteThanks for sharing the experiences.
asalamualaikum..
ReplyDeletetapi dr...macam mana kita tak nak nampak menunjuk-nujuk pandai di kalangan org yang tak pandai dan tak nampak macam org yang memandai-mandai dikalangan org yang pandai....
Wsm, bagus persoalan ini. Kalau tak nak nampak menunjuk2 memandai2, nasihat Imam Syafie rasanya amat sesuai, katanya lebih kurang mcm ni 'Jaga lidah, supaya ia tidak menyengat.. menyebabkan ramai kawan2 lari". Satu lagi Imam Syafie kata 'Jangan memberi nasihat sehingga diminta sedemikian, atau jangan memberi nasihat di depan orang ramai..'. Biasanya yg bunyi kuat ialah tin kosong. Kalu kita betul2 bijak, dalam diam2 tp dah banyak hasil (cthnya published dalam NATURE!!). walahualam
ReplyDelete