23 December 2011

Tukar MSc ke PhD 5 - Gagal

(ini ialah entry terakhir untuk bab Tukar MSc ke PhD, segala perubahan akan diletakkan dalam hardcopy nanti)

Jika ditakdirkan gagal, Insya Allah kita terima hakikat kegagalan ini dengan hati terbuka. Cuba lihat kelemahan diri sendiri sebelum menuduh orang lain. Mungkin bukannya rezeki kita kali ini. That’s it. No big deal.

Ya memang betul kita tidak mampu untuk menyakinkan ahli panel yang ternyata hebat2 belaka. Jika panel suruh kita bijak seperti dia jugak, pasti tidak akan jadi. Pasti akan jadi dua bijik juga. Pengalaman dan ilmu panel pasti banyak sebab dia terlebih dulu makan garam ajinomoto. Pasti tidak sama kita dengan dia.

Jika sudah ada tangapan panel bahawa conversion hanya kepada siapa yang "sudah published dalam jurnal Nature atau Science sahaja". Pasti semua orang akan gagal. Pengerusi viva pun boleh gagal. Sedangkan examiner publish dalam surat khabar pun tidak ada, jauh sekali dalam jurnal berimpak faktor.

Malah jika minda panel telah ditohmah dan telah disetkan bahawa "budak ni tak bagus.... Budak ni hampeh.... Budak ni bermasalah....", pasti kita akan gagal.

Kegagalan bukan hanya disebabkan ketidakupayaan kita membuat experiment yang terbaik atau tidak mampu untuk bercakap dengan sempurna. Macam2 doa sudah dibaca. Berliter air jampi sudah minum, dan bergelen buat mandi pun sudah (walaupun tiada dalam manual mantera jampi suruh buat mandi).

Tetapi apabila gajah (examiner) dengan gajah (sv) bertempur, anak gajah (student) pasti terpijak, terpenyet dan ada yang terkorban. Masalah peribadi, bergaduh pasal hijack student, bising pasal berebut geran etc, dibungkus dan dibawa sekali dalam viva.

Walau gagal sekali pun, kita tetap berjaya. Berjaya menyiapkan 2/3 tesis MSc. Perlu tambah sedikit lagi untuk siapkan tesis. Siapkan MSc dulu. Mantapkan semua kemahiran dan minimumkan segala kekurangan. Insya-Allah boleh speed up semasa PhD nanti.


SV kena bagi motivasi secara baik2 dan iklas kepada pelajar kenapa student gagal dalam conversion. Jika student perlukan tempoh bertenang dulu, “please  take your time...”.

Kalah tidak memestinya tewas. Tersungkur tidak berertinya mati. Setiap benda itu ada hikmahnya. Percayalah. Tidak bermakna Tuhan tidak sayangkan kerana tidak bagi sesuatu. Jika tidak sudah lama pak imam pakai Ferrari, tapi bukan sekarang pemberiannya atau pemberian dalam bentuk dan keupayaan lain. 


‘Nikmat’ sebuah kegagalan mungkin tiada ada atau pernah dirasai oleh orang lain. Hanya kita dan kita sahaja tahu! 


Garisan bawah: 
1. Kepada calon master, if you have dreams.... go and get it, Tiger! 
2. Kepada yang tidak berjaya, Steve Jobs kata “Stay Hungry. Stay Foolish”.

11 comments:

  1. ye btul3...sy setuju 99.99% dgn entri Dr kali ni...gagal sekali bkn gagal selamanya...setiap yg terjadi pasti ada hikmahnya...Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik buat hambaNya...

    ~white rose~

    ReplyDelete
  2. “Stay Hungry. Stay Foolish”.

    -bluepink-

    ReplyDelete
  3. i like.............:)

    ReplyDelete
  4. salam,

    apa pandangan Dr sekiranya spvr phd mengatakan 'saya tersilap mengambil anda sebagai pelajar, awak tidak akan dapat siapkan phd dalam masa 4 tahun (kini sudah 2 thn setengah), awak tidak capable untuk berada dalam kumpulan research saya'. diminta membuat keputusan sama ada untuk teruskan atau stop tanpa perlu membuang masa.

    terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah nak jawap, ikhlas saya kata PhD anda ada masalah (minta maaf) sbb 2 tahun lagi sangat pendek masanya.

      SV spttnya tukar tajuk/project kearah 'senang skit'. Dan dah ramai student grad phd dgn membuat 'project mudah'. Dah menjadi tanggunjwp sv untuk selesaikn apa yg dia mulakan(melainkan student brmasalah.

      Cuba bincang dgn SV ada tak project 'mudah sikit' (sesuai dgn kita)?

      Delete
  5. Assalammualaikum,, saya suka membaca blog ini kerana banyak info yg saya dapat dan saya bercadang untuk meneruskan pengajian di peringkat master dan Insyaallah seterusnya PHD. Dr Azmin,, kalu kes mcm nie...kesian la student tersebut (spent masa utk PHD akhir sekali x dpt apa2 pun)..emmm bukankah dalam masa perjalanan student PHD, SV itu sendiri boleh mengukur tahap kemampuan pelajarnya dan guide pelajarnya..bukan melepas pukat dan mnunggu sebulan kemudian untuk menuai hasil..(beranggapan hasil yg diperolehi lebih banyak, dan baik sbb masa diberi lama) tetapi bayangkan dlm masa sebulan itu pelbagai perkara berkemungkinan terjadi (pukat terkoyak, pukat hanyut, ikan terlepas)...memag la sepatutnye student tersebut boleh berdiri diatas kaki sendiri sbb dah tahap PHD pun..tetapi pengalaman, sikap, pemahaman kadag2 terpesong dari SV...ya saya setuju sepatutnya SV bantu mencari kaedah terbaik untuk menyelesaikan masalah pelajar nya...bukannya memberi pukat terkoyak dan membiarkan pelajarnya memilih samada untuk terus memukat (dgn pukat yg koyak) atau berhenti dari memukat... (pendapat saya sepatutnya SV perlu membeli pukat baru dan memimpin pelajarnya itu dan memukat di kawasan yang banyak ikan)...:) ataupun boleh memasang pukat dan dibiarkan selama sebulan tetapi dengan syarat setiap beberapa hari dalam tempoh tersebut pukat itu perlu dilihat, diangkat,diteliti sama ada terkoyak,hanyut ataupun tiada ikan yg tersangkut…(dari itu boleh take action dgn menjahit pukat terkoyak, megantikan pukat yg baru, collect ikan yg sedia ada dan seterusnya memasang pukat di kawasan yg lain..;)

    Asmidar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul.

      itulah, mula2 lagi SV kena cari perahu, pukat, dan lokasi banyak ikan. Kemudian barulah suruh student buat. Bukannya semua suruh student buat sendiri, dari cari perahu hingga goreng ikan, SV cuma kata "mana paper?... mana paper? (sebab sv nak apply prof tahun ni)... hahaha.

      Tetapi tidak semua student sama, ada bagus dan ada yg lemah. Untuk bantu student kenalah ada monitoring system ie progress report meeting.

      Jika plan A tak jadi (biasanya mmg xjadi), ejah sikit ke plan B... Z! Insya Allah berjaya.

      Delete
    2. suka saya dengan perumpaan yang dibuat. Saya akui saya bukan pelajar cemerlang. memerlukan masa untuk catch up. InsyaAllah ada hikmah semuanya. Allah lebih tahu apa yang terbaik buat saya.

      terima kasih atas pandangan yang diberikan.

      Delete
    3. ya setiap yang terjadi ada hikmahnya...yang penting jangan putus asa...:) selalunya kegagalan, kesusahan itulah yang akan menjadikan kita lebih matang...:)

      Delete
  6. assalamualaikum Dr. Azmin.. sepanjang Dr menjadi panel viva PhD, ade tak yang gagal viva voce?mungkin Dr boleh buat new topic, kenapa dan sebab calon gagal PhD...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsm, so far tak ada... paling teruk pun re-viva. Tapi ada kawan2 chair yg failed. InsyaAllah saya cuba buat bab ni dlm Part Viva. Thanks

      Delete