23 January 2011

Kerja Selepas PhD – Tempat Kerja (Part 2)

Jika ditanya pelajar yang buat PhD, “lepas ni nak kerja apa?”. Kebanyakan malu untuk menyatakan cita2 masing. Nak kata “nak jadi pensyarah” mungkin terlalu hebat. Tetapi inilah cita2 sebenar mereka.


Kebanyakan orang yang mempunyai PhD biasanya akan berakhir di:
i.     Pusat penyelidikan
ii.    Universiti


i. Pusat penyelidikan

Bagi yang berminat berperap dalam makmal, sukakan meeting dan pening dengan commercialization, inilah tempatnya.  

Jika dilihat di Malaysia pusat penyelidikan biasanya dibawah geran kerajaan ie SIRIM, MARDI, FRIM etc. Terdapat juga syarikat GLC yang mempunyai pusat penyelidikan masing2 contohnya Telekom RnD, TNB Research etc. Biasanya mereka tidak memerlukan ramai orang bertaraf ‘Dr’. Cukuplah dua-tiga orang sahaja yang ada PhD. Jauh sekali dengan negara maju dengan Makmal Kebangsaan (National Lab) bersaing hebat dengan universiti.

Jarang sekali kilang mempunyai jabatan penyelidikan. Jika ada pun kilang2 multinational i.e. Intel. Itu ramai yang tidak tahan dengan KPI jabatan terlalu tinggi. Ini memyebabkan mereka sendiri lari kepada universiti.

Setelah gaji dikaji semula pada 2007 dan dipermudahkan kenaikan pangkat Pensyarah Kanan, menyebabkan Gred DS45 dan DS51 menjadi reputan (kalau tidak percaya, tanya Dekan berapa CV dia dapat setahun?). Jika dibandingkan ‘sakit kepala’ kerja kilang dengan gaji pensyarah awam, lebih baik mereka berkhidmat untuk negara! 

ii. Universiti

Tempat inilah menjadi impian kebanyakan pemegang PhD. Tempat mengjadi kebanggaan keluarga.

Di Malaysia, universiti telah mengalami evolusi sejajar dengan anjakan pendidikan dunia. Jika dahulu universiti hanya fokus kepada mengajar (teaching university, TU) sahaja, hari ini telah muncul universiti penyelidikan (research university, RU). Sekarang ini ada UM, USM, UKM dan UPM. Manakala UTM telah pun baru jadi member as new kid on the block.

Bagi RU fokusnya lebih kepada penyelidikan. Mereka akan memperbanyakkan pelajar pasca-siswazah. Geran penyelidikan juga diberikan dengan mudah dan banyak kepada RU. Sasaran utama ialah menambahkan penyelidikan.

Sasaran utama ialah penyelidikan untuk rakyat (sebab ini tax payer money). Jika tidak mampu mengeluarkan produk untuk komersial (peluang kerja), cukuplah dengan membuat penerbitan. Jika penerbitan pun tidak mampu dibuat? Cukuplah dengan mengeluarkan sumber manusia (pelajar postgrad dan tesis).

Lebihan pelajar under-grad akan ditampung oleh TU. Sebab itulah jika kita lihat kawan2 kita di TU, mereka terpaksa mengajar 10-18 jam seminggu! (untuk perbandingan,  di RU mengajar cuma 3+1 jam sahaja seminggu!). Kebanyakan masa pensyarah TU dihabiskan banyak di dalam kelas, jika dibandingkan dalam makmal.

Walau bagaimanapun kita ingin mengucapkan syabas juga kepada mereka. Kenapa? walaupun sibuk mengajar pagi-petang, ada di antara mereka mampu terbitan artikel di jurnal2 terbaik dunia.

Jadi pilihlah yang mana kita suka RU atau TU? (saya sendiri pernah merasai kedua2nya).

16 comments:

  1. ape skop kerja setelah dpt phd?eveb pointer 1st degree less than 3.tp ade phd..is it possible untuk jd lecturer?

    ReplyDelete
  2. asm nadya, di malaysia biasanya org buat phd sebab nak jd lecturer rather than researcher.
    3.0 pointer lebih kepada peluang scholarship. Ada U yg syaratkan hanya >3.0 pointer untuk jd lecturer. Tp banyak U pentingkan phd. phd mesti performed (thesis, publication etc), barulah U terus ambil. Walaupun 3.0 pointer tp buat kerja xboleh, boleh ke? Bijak 'atas kertas' tak semeatinya bijak dalam megajar dan dalam lab. wallahu'alam.

    ReplyDelete
  3. Salam..hanya sekadar ptnyaan pendpt..isu ari ini ramai sbung PhD hanya sekadar utuk memdptkn 'DR', gaji tinggi, atau sranan krajaaan atau betol2 ingin mdalmi ilmu tersebut untuk kgunaan in future..becoz ramai yg ada PhD hari ini dicpare dgn yg hnya ada degree+pgalman keja..lagi advance org yg degree+pgalamn keja ni...

    ReplyDelete
  4. saya setuju, orang ada pengalaman kerja kemudian buat PhD lagi hebat.

    ReplyDelete
  5. Pdapat saya..Sseorg yg ingin mljutkn Plajaran ke Pringkat lebih tiggi harus bfikir:
    -Nawaitu yg betoi...bukan sbung atas alasan ssh dpt keja...
    -Nk ikut kawn (kwan sbung..saya pun nk sbung)-lastly tiada kualiti,mbzir masa,wang etc
    -Sikap...biar bersedhana,rdahdiri,igin tahu, rajin berusaha.

    wallahu'alam

    ReplyDelete
  6. as'kum..betulke sume IPTA kat M'sia nie nak orang yang pointer degree >3.00 untuk jadi lecturer? IPTA memang xnak ambil orng yang pointer die <3.00 untuk jadi lecturer even dah ade PhD dengan many jurnals..any opinion?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsm, biasanya ada dua cara utk jadi lecturer.
      i. melalui dpt SLAB, SLAI etc (kemudian buat phd). utk dpt ini pelajar mesti >3.00.
      ii. Jika student sudah ada phd (byk papers journal, byk buku.... alhamdullilah), walaupun bukan >3.00 tetap boleh apply terus ke universiti. Biasanya 1st qualification screening dibuat oleh rakan2 akademik, jika mereka setuju dgn pencapaian phd anda, anda akan dipanggil untuk interview. So inilah peluang anda untuk cemerlang dlm interview.

      Tak semua lecturer sekarang >3.00 ... Oppss....

      Delete
    2. Sy mengalami masalah sama. Tq ats penerangan itu. Skrg dlm proses sambg phd n ada pgalmn mnjd tutor universiti selama, 3 thn. Hrp ada rezeki sy jd lecturer tetap universiti. Amin

      Delete
  7. Dr,, apa pendapat Dr..mudah ke untuk dapat kerja apabila tamat phd? takut juga...dah belajar tinggi2 menggunung hehehe lastly x de kerja.....huhuhu terutama untuk jadi pensyarah...peluang dia menyerlah ke sekiranya kita dah ada phd?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Kenapa kita persoalkan ttg rezeki? Rezeki ketentuan Allah swt, keje kita cuma berusaha dan berdoa kepadaNya. Saya hampir dpt jadi lecturer um, sudah mgajar 2 semester di uniten, tapi sekarang di usm.... lepas ni tak tahu ke mn pula :)

      2. Walaupn undergrad kita sgt teruk, tp phd dgn byk solid publication, proceeding, book chapter, monograph .. etc. TNC kata "......." (dia xkata apa2 pun)....... tp body language panel lain kata "....hg mai register bulan depan" !!!

      Delete
  8. slam Dr..nak tanye ni...susah tak nak dapat title DR...ke automatik abis PHD bleh dapat title ni....:)

    ReplyDelete
  9. Salam..pada pandangan saya sebagai seorang pelajar..lebih baik sambung belajar terus sampai ke peringkat PHD..jika berpeluang dan selagi mampu dan berminat..kerana selepas tamat belajar barulah mencari pengalaman..tiada beza juga dengan mereka yang berpengalaman dan dengan sijil degree saja..diorang dulu pun sama seperti yang baru habis belajar..mencari pengalaman..orang cakap,selagi mampu..teruskan..so belajar dulu lebih baik. Saya juga percaya mereka, ibubapa lebih suka jika anak mereka terus belajar sampai peringkat PHD..Saya tidak tahulah jika ada ibubapa yang nak anak mereka mencari kerja dahulu..biarpun mereka masih mampu menangung kos pengajian dan tahu kebolehan anak mereka.

    ReplyDelete
  10. Salam semua..sy post komen yg 1st tu..masa tu sy tgh sambung master and alhamdulillah dh dpt master. skrg dh keje almost 3 years after that and br rasa ada keinginan nk smbung phd. tgh tgk2 blog psl phd trjumpa blk komen sy n br baca reply2 dkt bwh.thanks =)

    ReplyDelete
  11. I hv PhD in systems biology in 2016. Until now 1 interview pn x pnah dipanggil. Semua sector sy apply x Kira sbg lecturer/researcher even lab manager. But nothing. There were times Ada feeling regret smbung smpi PhD sbb no job situation.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, So skg apa perkembangan? dr dah dpt kerja?

      Delete