24 February 2012

Langkah Mula 5 - Penentuan


"Yesterday is gone. tomorrow isn't certain. So you better to start today!"

Setelah habis tempoh percubaan atau telah selesai membuat ketiga2 latihan asas di atas, SV pasti dapat membuat kesimpulan terhadap ciri2 pelajar tersebut. Adakan bagus untuk diteruskan atau setakat ini sajalah.

Tidak sesuai
Jika SV lihat student sudah terbabas masuk parit, terhimpit oleh mesin tensile, pening terhidu acetone etc, dengan bijaknya SV akan menarik/mengurangkan tasks satu per satu. Buat apa teruskan jika student tidak faham apa dia buat.

Pada saat ini student perlu menerima kenyataan bahawa bidang (group SV) tidak sesuai baginya. Mungkin student perlu cari lagi apakah bidang sesuai baginya daripada berusaha gigih tapi tidak ke mana pun. Perkataan "tidak sesuai" adalah lebih tepat daripada kata student bodoh.

Setiap insan ada kelebihan masing2. Mungkin baginya approach chemistry adalah lebih baik daripada mathematical modelling. Mungkin senang baginya makan roti canai daripada nasi lemak.

Student bolehlah minta berenti dan carilah SV lain. Dengan senangnya SV kata "itulah yang terbaik untuk anda".

Sesuai
Bagi pelajar yang boleh buat ketiga2 tasks di atas dengan sempurna, dengan senangnya SV akan kata "saya bagi kau kebebasan, buatlah PhD independently ..... cuma jangan lupa progress report meeting".

Tiga perkara ini (proposal, writing, mini project) hanyalah secebis rasa rencah kehidupan student postgrad. Ini belum lagi secukup rasa. Belum lagi jumpa real problem.

Jika setakat ini kita berjaya, tahniah kita sudah selangkah ke medan perang!

Garisan bawah
Masa untuk kena student dan sv.

1 comment: