17 December 2016

Title Tesis

Salam to my students, post ni cerita pasal Title tesis. Title tesis drpd pandangan examiners.
(Saya bukan nak bincang tentang format title utk tesis…. Kenapa title tesis UK simple saja? Kenapa title tesis US terlalu detail? Atau kenapa tesis dari Afrika xde title pun... hehehe)

Banyak benda examiner boleh tanya psl title ni. Tapi saya nak focus hanya kepada penggunaan “keywords” dalam Title tesis.
Sebolehnya (atau mesti), student boleh explain dengan dengan betul dan penuh confident, representing student bakal letak “Dr” di depan namanya… sat lagi.

Contoh Title:
“Synthesis of Polymorph MOx by Sol-gel Method”
Dalam title ni ada 4 keywords utama: “Synthesis”, “Polymorph”, “MOx” dan “Sol-gel Method”

Katakan kita ambik keyword “Polymorph”. Antara soklan yg boleh ditanya:
1. Apa yg anda faham psl “Poly + morph”? (examiner nak definition level citer kat org kg pun boleh faham, bukan definition copy-paste dr buku)
2. Apa similar word utk “Polymorph”? (mungkin ada example/technique/word yg lebih sesuai)
3. Apa opposite word utk “Polymorph”? (examiners nak tahu classification psl ilmu ni)

Keyword “Sol-gel”:
1. Apa itu “Sol”, kenapa panggil “gel”?
2. Apa similar method selain “Sol-gel” boleh synthesis benda ni?
3. Apa opposite method utk “Sol-gel”?
4. Apa beza “Sol-gel” dengan method X?
Ini cuma contoh initial questions, soklan seterusnya adalah derivation drpd response/jawapan student. Biasanya soklan viva berali arus (bergantung kpd response students). Ada jugak soklan ialah tricky questions… mmmg xde jawapan pun, cuma examiner nak mengetest student saje :)

Note: Untuk menggelakkan anda terkejut beruk ðŸ™ˆðŸ™Š masa viva (sbb pertama kali dengar soklan mcm ni), sila buat Q&A dengan SV dan kawan2 sebelum anda propose title anda.
Jangan takut la…. dalam dunia ni xde benda yg perfect, malah examiner pun xtahu, cuma berlagak pandai saje depan students… hehehe.

All the best for your tesis!

No comments:

Post a Comment