“Aku terjaga di tengah malam untuk menekuni ilmu, lebih nikmat bagiku daripada mendengar lagu merdu atau mencium bau wangian. Goresan penaku di tengah lembaran kertas, terasa lebih indah daripada khayalan. Bergelut dengan masalah keilmuan lebih mengasyikkanku daripada mendengar nyanyian seorang gadis. Aku terjaga setiap malam untuk belajar, pada saat orang-orang lain sedang lena tidur. Adakah sama darjatku dengan mereka setelah itu?” – Imam Syafie
Masa membuat Projek Tahun Akhir (FYP) dulu, yang penting bagi kita ialah memcari penyelia yang boleh bagi A+. Memang betul kita dapat A+. Tetapi bila kita lihat balik, sebenarnya kita tidak belajar apa-apa. Yang dapat hanyalah ‘A+’. Mungkin itulah disebabkan niat yang salah.
Bagi yang sudah sedar, dan sebelum daftar MSc/PhD carilah sesuatu yang terbaik. Mencari yang susah dan mencabar akan menjadikan kita antara yang terbaik. Jika kita masih ingin mencari sesuatu yang mudah untuk MSc/PhD, ya Insya-Allah kita akan dapat MSc/PhD. Tetapi cuba fikir balik, tiadakah cita-cita untuk terbitkan kerja-kerja kita sekurang-kurangnya satu kertas jurnal dalam jurnal top 10 sebelum serah tesis? Atau kita hanya suka ambil sikap ‘takpa la’ atau ‘cukup makan je’?
Masa muda atau masa belajar inilah masa yang sesuai untuk terokai sesuatu yang baru dan memcabar. Memang jika kita menggunakan masa ini untuk memcari yang ‘mudah-mudah sahaja’, rugilah masa kita. Cuba bayangkan kita membuat penyelidikan yang mudah, pasti pelajar kita nanti akan membuat sesuatu yang lagi mudah dari kita. Katakan kita dapat 50% ilmu daripada ilmu penyelia kita, pasti pelajar kita akan dapat 20% sahaja. Mereka pasti tidak akan membuat sesuatu melebihi keupayaan penyelia. Tidak perlulah penyelia menyuruh mereka membuat sesuatu yang luar biasa, sedangkan dulu kita hanya membuat yang ‘biasa-biasa sahaja’.
Susah sangat ke kerja anda? Kita bukannya membuat penyelidikan setaraf dengan penerbitan Nature atau Science. Kita cuma rancang hanya dalam penerbitan paling tinggi pun IF 3.000. Jadi apa yang susah sangatnya?
Kalaulah pelajar (mahupun penyelia) selalu letakkan perkata “susah... susah... susah” sebagai pendahuluan maka langkah pertama pasti tidak akan berlaku. Setelah membuat sedikit review, sila katakan “ini cabaran aku... aku mesti buat”, atau lebih baik gagal mencuba daripada tidak buat apa-apa.
Saya selalu cabar semua pelajar-pelajar saya, “I want you better than me!”. Untuk pelajar menjadi lagi hebat daripada penyelianya pelajar kena usaha lebih. Kalau penyelianya membaca 1 kertas jurnal seminggu, pelajar mesti baca 1 kertas jurnal sehari. Jika penyelia datang kerja 8:00 am, pelajar kena datang 7:30 am. Jika penyelia balik 7:00 pm, pelajar patut balik 7:30 pm. Tetapi hakikatnya, penyelia tak sempat isi borang cuti, pelajarnya dah 2 hari balik kampung!... jadi macam mana nak atasi tok guru??
Kalau dibandingkan dengan penyelidikan (ambil satu contoh) Kumpulan penyelidikan Ionic Liquid Prof. MacFarlene (Monash University), kita boleh tengok pelajar-pelajarnya bekerja ‘macam berlari’, sangat fokus dan disiplin terhadap kerja masing-masing. Rata-rata semuanya target ingin hantar kertas jurnal ke Science atau Nature. Semasa pergi ke RMIT dulu, Prof. Wotjek Wlodarski sempat kata “hungry for paper ... young man!!”.
Masa saya mencari penyelia PhD dulu niat yang sama juga timbul, ingin mencari siapa boleh bagi PhD ‘mudah-mudah’ sahaja. Ramailah kawan-kawan propose penyelia yang boleh lulus PhD mudah-mudah cuma “engkau submit je thesis ... sure lulus jugak”. Walau bagaimanapun disebalik yang mudah-mudah ini, ada orang mencadangkan ialah Dr. Kariem (sekarang dah Prof ‘A’), katanya Dr. Kariem ini ‘special’ sikit. Tetapi siapa Dr. Kariem? Rata-rata orang kata Dr. Kariem garang!
Selepas mendapat nasihat dari ramai orang termasuk Malik (Dr. Malik, UiTM) supaya berjumpa dgn Dr. Kariem. Malik merupakan antara pelajar FYP terawal Dr. Kariem. Malik nasihat supaya jumpa dulu Dr. Kariem dan berbincang. Memang betul Dr. Kareim garang, tetapi bila grad nanti banyak kelebihannya. Contohnya kebanyakkan pelajarnya semua mempunyai penerbitan jurnal berkualiti, jika dibandingkan dari penyeliaan orang lain. Malah Dr. Kariem mampu terbitkan kertas jurnal berimpak faktor tinggi dari pelajar FYP!
Kalau ditanya kepada Prof. Mai Yiu Wing (Universiti Sydney) berkenaan pelajar-pelajarnya, dia merasa bangga dengan bekas pelajar-pelajarnya yang berjaya. Tetapi, dia bukannya berbangga dengan diri sendiri kerana dapat melahirkan pelajar berjaya. Lainlah dengan kita selalu kata “sebab akulah pelajar aku berjaya...”. Lainkan pemikiran orang-orang hebat ini?
Semasa buat PhD dulu, memanglah selalu kena marah oleh Dr. Kariem, itu pun disebabkan kebodohan dan kemalasan sendiri. Tetapi bila difikirkan sekarang, tanpa kemarahan Dr. Kariem kami mungkin tidak akan sampai di sini (kumpulan penyelidikan bateri UiTM, USM, USIM, UMT, UIA, AMREC). Terlalu banyak kebaikan dan tunjuk ajar dari ‘kemarahan’ ini untuk dibalas.... Memang betul Dr. Kariem ni ‘special’ dan ...... terima kasih banyak2 Prof Kariem!
Kita ingat ini susah... tetapi inilah yang terbaik
assalamualaikum dr,
ReplyDeletesusah nyer pada student tak tentu sama level dengan susah nyer pada supervisor, jadi macam mana kita nak tunjukkan pada supervisor kita,,,yang kita dah bersusah2 buat sesuatu..sedangkan pada dia..perkara yang bagi kita susah tu..tak sesusah mana pun....
wsm,
ReplyDeletePertama sekali.. semua orang tak tahu level 'kesusahan' sesuatu project, malah sv pun cuma agak2 saja, hinggalah experiment dijlnkan. Mcm mn nak tunjuk bahawa project ini amat susah? (1) Ajaklah sv masuk lab selalu, tunjukan mcm mn nak buat test/task tersebut. (2) Tunjukkan dlm review 'kesusahan' project ini semasa monthly presentation dan (3) tulis secara detail weekly progress report masalah2 yang timbul. Kalu pelajar sendiri tak mampu buat kerja atau menulis dgn baik... atau sv sendiri tak pernah masuk lab, tak pernah ada regular meeting... anda mmg menempah maut!!
Salam Azmin,aku byk nak tulis ttg supervisor ni tapi tak sempat.. cuma dulu aku doa sblm register PhD..
ReplyDeleteYa Allah, berilah aku supervisor yg baik, pensyarah yg baik, universiti yg baik dan sahabat yg baik..Alhamdulillah rasanya doa aku dimakbulkan Allah..walau pun bukan belajar di top university tapi aku dpt top supervisor..yg mana aku boleh bagi dia A*
Jabbar, terima kasih bagi ayat2 doa. Semoga ko cepat dpt phd pulak!!
ReplyDeletesalam.sy sudah dpt 2tawaran master oleh 2 sv berlainan dlm bidang sains yg berlainan jgk. pening kepala nak pilih... harap sy xtesalah pilih...
ReplyDeletep/s: dr malik uitm tu lecturer sy.hehe
noor
terima kasih doktor untuk semangat dan panduan ni..
ReplyDeleteSesusah mana pun sesuatu keadaan..kalau yang maha pencipta mahukan kita lepas stage tu, pasti ada kekuatan dan pertolongan dariNya.. mungkin idea, mungkin kesabaran, mungkin kecekalan, mungkin dan mungkinlah...
ReplyDeleteKalau nak pilih sv- kenal dulu atau ukur kemampuan diri sendiri...baca rentak sv yang kita nak appoint tengok boleh ikut tak rentak dia at the same time try to achieve apa yang dia nak lihat dari student dia...boleh pakai tak method ni Dr.? -nak share pendapat-
askm...Dr..utk bidang eng. material di usm...Dr. boleh recommand x dgn lecturer mana yg terbaik....saya berminat jugak nak smbung belajar..
ReplyDeletewsm, susah utk jawap soalan ini sebab lecturers di Materials Eng semuanya hebat2 dan terbaik. Saya cadangkan anda cari bidang anda dahulu, dan "shop for supervisor" :)
Delete