07 January 2010

Kenapa Nak Buat Master & PhD?



“Ilmu itu umpama ladang, maka berbanggalah kamu dengan ilmu. Dan jangan sampai kamu kehilangan ladang kebanggaan itu. Ketahuilah! Ilmu tidak akan dapat diperolehi oleh orang-orang yang hanya mementingkan makanan dan pakaian. Ilmu akan datang kepada orang-orang yang hidupnya sederhana. Tuntutlah ilmu sebanyak-banyak! Walaupun terpaksa berkorban dan menderita. Mungkin suatu hari nanti, bila engkau menghadari suatu majlis dan engkau yang memimpinnya, maka engkau akan menjadi kebanggaan majlis itu” – Imam Syafie

Mungkin sudah terlebih jauh kita pergi, terlupa nak tanya kenapa kita nak buat Master/PhD? Soalan ini senang dijawap, tetapi cuba kita fikir baik-baik kenapa?
i. Adakah selepas berkali-kali minta kerja, semua tidak dapat, kemudian kita buat keputusan nak buat Master/PhD?
ii. Adakah kerana tempat kerja kita (Universiti, Pusat Penyelidikan, Jabatan etc.) suruh buat Master/PhD, terpaksalah ikut arahan bos?
iii. Adakah kerana kita ingin lari dari beban tugas sekarang yang banyak, sudah boring dengan kerja sekarang, kemudian memohon cuti belajar?
iv. Adakah disebabkan malu apabila semua kawan/ahli keluarga kita ada MD/Master/PhD dan kita ambil keputusan hendak mengikut jejak mereka?


Kalau jawapannya “Ya”, lebih baik tak perlu buat atau berenti Master/PhD sebelum terlambat. Tidak perlu, cukuplah menyusahkan diri sendiri, keluarga, penaja, etc! ... eik .... terlupa... penyelia anda pun lagi susah!!


Kalau anda kata “aku memang nak buat Master/PhD... masa tadika pun dah cakap kat cikgu nak buat PhD!”. Oppss.. tunggu dulu, cuba jawap soalan-soalan bersifat akademik ini:
i. Tahukah kita menyesuaikan diri berdepan dengan kawan-kawan kita yang semuanya berijazah 1st Class, otaknya hybrid, ketelitiannya nano, rajinnya seperti semut dan BInya macam Shakespeare? Sedangkan kita dapat tawaran membuat Master/PhD setelah dua kali rayuan kepada Dekan.
ii. Mampukan kita bertahan selama 3++ tahun, hari-hari dimarah oleh penyelia kerana kebodohan/kesilapan kita? Ya memang kita akui kita banyak kekurangan, tetapi berilah sedikit peluang.
iii. Tidak terasakah kita bila penyelia kata “awaklah pelajar paling bodoh pernah aku jumpa”? Tetapi esok terpaksa datang lagi ke biliknya.
iv. Pernahkah kita terketar-ketar melihat data kita tidak menjadi? Sedangkan kawan kita telah siap menulis kertas jurnal keduanya.
v. Cantikkah kertas jurnal kita yang dihantar kepada penyelia untuk semakan, tetapi diconteng-conteng (diedit) oleh penyelia dengan tulisan pen merahnya melebihi apa yang kita tulis? Sedangkan kawan kita telah bersedia menyerahkan tesis dengan 4 kertas jurnal yang semuanya berkualiti 10% teratas dalam bidang-bidang yang dikategorikan oleh ISI.
vi. Tidak kecewa kita untuk terbit kertas jurnal pertama dalam hidup walaupun impak faktornya 0.200 sahaja, tetapi setiap penilai (reviewer) menembak bertubi-tubi dengan sniper rifle sambil mengejek-ejek kerja-kerja kita? Sedangkan kertas2 jurnal dalam jurnal tersebut pun entah apa-apa datanya.
vii. Marahkah kita apabila projek perintis rekaan kita menjadi, tetapi diberikan projek ini kepada pelajar lain? Sedangkan kita sudah setahun tidak cukup tidur, tidak sempat main futsal kerana tiada masa. Memikir projek yang penyelia sendiri tidak tahu, tidak peduli pada awalnya.


Dan sila jawap soalan sifat-sifat kemanusiaan atau teknikal seperti ini?
i. Sanggupkah kita tangguh makan sarapan ke makan tengahari dan makan tengahari dibawa ke makan malam? Sebab tiada duit. Berjimat kerana terpaksa membayar yuran sendiri.
ii. Bertahankah kita berada/tidur dalam makmal membuat kerja kuli penyelia (laporan geran, marking tutorial, marking laporan makmal, persiapan persidangan etc) sedangkan pelajar lain tidak disuruhnya?
iii. Tidak tergugatkah nilai-nilai murni dan kemanusiaan kita, apabila pelajar lain menabur fitnah, tikam belakang, membaja racun di pingiran ladang ilmu kepada penyelia kita? Mereka sentiasa memukul gendang silat, memainkan irama persengketaan dengan pelajar-pelajar lain.
iv. Bolehkah kita bertimbang rasa dalam perebutan alat-alat di makmal, apabila tempahan kita dipotong/dipadam oleh kawan kita sendiri? Sedangkan kita terpaksa berulang-alik ke hospital kerana ada keluarga tersayang sangat memerlukan kehadiran kita disisinya.
v. Bersabarkah kita dengan kerenah pembantu makmal yang sentiasa ‘hilang’, terlalu berkira? Tetapi bila ada sampel perundingan (consultation) atau berurusan dengan pelajar perempuan, dahi licin, cantik (seksi pun sekali lahh)... hari itu juga disiapkan semua sampelnya.
vi. Gembirakah kita apabila selalu mendapat penyelia yang bermasalah (termasuk masalah peribadi... nak cukupkan 4, 3 dah dapat!) dibawanya hingga ke dalam makmal? Sedangkan penyelia lain sedang bersiap untuk membawa semua pelajarnya pergi ke persidangan (dan jalan-jalan) di Vancouver.
vii. Pandaikah kita memberi alasan demi alasan kepada kawan-kawan kita yang sudah berkerja, bahawa kita tidak boleh datang perjumpaan alumni? Kita malu pergi naik Honda Cup, sedangkan mereka datang dengan Honda CRV. Pakaian mereka hebat-hebat, jika dibandingkan dengan kita pakai T-shirt Liverpool dibeli dekat sempadan Siam.
viii. Terharukan kita apabila mendapat e-mail (time tu FB xde lg) dari kawan yang sudah berkerja menunjukkan gambar-gambarnya di ambil di Stadium Old Trafford? Sedangkan kita hanya tahu Kg Kerinchi dan Hentian Bas Putra (tempat2 berhampiran campus) sahaja.


Garisan bawah
Jika anda CEKAL dan tabah boleh mengatasi dugaan di atas... ayuh mulakan langkah pertama anda!


SHE101 Presentation 2009

Title: Tok bomoh Melayu dan Cina



SHE101 Presentation 2008

Title: Music instruments in Malay, Chinese and India cultureSome time it’s not about to score A, but to feel the FUNdamental of subject. In this subject the students need to interact by leaning other cultures. For example, the Malay student needs to study and present the Chinese music instruments. During presentation the student also need to wearing Chinese custom cloth. Then the Chinese need do Indian culture, and Indian need to know Malay culture or vise versa.

StudentsStephine Chandi
Anushalani Naair Bhaskaran
Ong Sze Yi
Liew Ching Ho
Mohd Syazwan