27 February 2011

Kerja Selepas PhD – Kerja Tempat Belajar (Part 5)



Selepas bertindak cemerlang semasa interview, sekarang masa untuk berkerja. Tempat kerja biasanya ada pelbagai situasi:
1. Kerja di tempat kita belajar
2. Kerja tempat baru

Untuk entry ini baik kita tengok suasana tempat sendiri. Tempat yang kita pernah belajar hampir 10 tahun (asasi 2 tahun, undergrad 4 tahun, phd 3 tahun, +- 1 tahun). Adakah ia mendamaikan atau tempat cepat jadi tua?

Senang di bumi sendiri
Jika diberi pilihan memang kita sangat2 teringin berkerja tempat kita belajar dahulu. Di sinilah tempat kita bermain. Disinilah suka duka silih berganti. Kita amat expert tentang tempat ni. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat aku nak kerja.

Semasa belajar, sangat teringin untuk menjadi seperti idola depan mata. Dalam hati selalu kata ‘aku nak jadi macam dia ni’ atau ‘nanti aku nak berkerja dengan kumpulan penyelidikan ini’. Kita nak ikut prof ini bekerja. Kalau boleh kita nak tahu dia makan apa sampai jadi sangat bijak nih!

Untuk bergerak di makmal, tiada masalah. Kita sudah jadi ‘member’ dengan pakcik jaga mesin XRD, kita pernah melawat abang yang jaga mesin SEM kerana terseliuh kaki ketika main bola (walaupun sakitnya tidak seberapa). Malah kita sempat belanja teh tarik ketua jabatan kerana dia makan sorang2 (sebab semua kawan2nya bercuti). Kita juga pernah jadi sparing patner main tenis pada pagi ahad dengan ketua jabatan lain. Jadi, kita bukanlah orang asing di jabatan mahupun di kampus.

Manakala di luar kampus kita sudah biasa dengan tempat tinggal yang sedia ada. Sudah malas untuk memindah barang (walaupun barang tidaklah sebanyak mana!). Malah mamak tidak perlu minta order makanan, sebab dia sudah tahu apa yang kita selalu makan.

Itulah hebatnya kita di bumi sendiri. 

3 comments:

  1. Bekerja di bumi sendiri memang sesuatu idea yang menarik. Berkerja di tempat yang kita sudah serasi memberi kita keselesaan dan "makes us feel safe".
    I would like to venture into that one day.

    ReplyDelete
  2. lolahunny, ya please come home later, time to berbakti kepada negara.

    ReplyDelete
  3. bagi org yg ada contract ngan univ/tempat yg die blaja dulu camne pulak ye? haha...kalau xbalik mengajar dah brich contract...kalau balik org ngata pulak..hmm no wonder la org2 yg dah terlepas ke luar negara xnk balik msia...

    ReplyDelete