13 March 2011

Kerja Selepas PhD – Kerja Tempat Baru, Intro (Part 6)

Susah Di Bumi Sendiri
Bagi yang gagal (atau kena belasah) semasa interview, inilah saat paling mendukacitakan. Kita ingatkan kerdipan sinar harapan sudah sangat hampir, rupanya ranjau sepanjang jalan masih belum habis. Ingatkan inilah masa untuk membalas kembali jasa ibubapa yang telah berkorban seribu musim untuk kita merangkak hingga saat ini. Dimimpikan sedikit masa lagi kita akan tebus balik 2 relong tanah mak ayah yang tergadai kepada DO (untuk membiayai pengajian kita). Tetapi gaji pertama kita masih belum tahu dari majikan mana, masih lagi samar2.

Buka mata
Banyak2 cerita boleh kongsi berkenaan interview dan kerja, terutamanya untuk bekerja di tempat sama. Cerita paling best ialah cerita brother Raihan (sekarang Dr.). Katanya;
“sebenarnya tidak bagus bekerja tempat sama (tempat kita belajar)”
“aku ada seorang kawan di universiti U’X’M, lepas Phd dia dapat jadi lecturer tempat sama. Mula2 happy lah. Kemudian ko tau?..... dia jadi kuli supervisornya sampai supervisor pencen, walaupun dia sudah sama level dengan supervisor lamanya”.

Opps... apabila cerita ini diceritakan, kita memang tidak percaya sangat. Sebab kita sendiri pun tidak pernah kerja lagi. Cuma kata orang terubat sedikit marah kita sebab kena belasah semasa interview.

Tetapi sekarang kita sangat faham hakikat cerita ini. Tidak percaya cubalah tengok sekeliling kita, (minta maaf bukan nak mengata) ramai kawan2 kita terseksa bekerja dengan supervisor lama. Tidak berani untuk ‘melangkah lebih’ atau ‘dahului’ daripada supervisor. Semua arahan supervisor bagaikan arahah General tentera, mesti buat!

Cerita mungkin sama apabila bekerja syarikat keluarga. Berkerja dengan mak-ayah, beradik-beradik, ipar, pakci-makcik etc. Ada banyak kebaikannya tetapi keburukkan juga banyak.

Apabila idea dipenjarakan, usaha disekat, maka inovasi tidak akan terjadi. Kita takut untuk berubah. Kita bukan risk taker. Semua lemah. Jika kejayaan datang pun hanya seorang diraikan, jika kegagalan?.... pasti kitalah pesalahnya!

1 comment:

  1. Salam satu malaysia..
    Bekerja dgn family(sppu,mak sedara, etc)mmg sangt bahagia (org yg kita dah kenal lama), tetapi kadag kala ada pahit getirnye. Cthye..sebarang pendapat sukar utk dikogsikan dek kerana satu pihak ini tidak dapat menerima secara terbuka tetapi bila ssutu perkara yg dilakukan oleh kita sendiri bayk pula yg di komennye...huuuu.. terima dgn terbuka shj lahhh.. (kadg2 rasa mcm minda tidak berkembang n tidak dapt melahirkan idea yg bernas dan kreatif)Sabar je lah. still hope somthig special in the future...

    ReplyDelete