16 June 2011

Pemilihan Penyelia 2 - Rancangan Pengajian

Tanyakan penyelia sendiri, pelajar semasa atau bekas pelajarnya apa rancangan pengajian atau latihan berkala (jika ada) yang menjadi rutin kumpulan. Sekurang2nya terdapatkah;

(a) Meeting 
Adakah penyelia mempunyai group meeting berkala? Contohnya seminggu sekali atau sekurang2nya sebulan sekali (meeting terserempak tepi jalan atau di kedai kopi... xambil kira). 

(b) Menulis Progress Report
Adakah penyelia selalu bising pasal PR semasa group meeting? Penyelia sangat bertegas dengan kualiti dan results terbaru PR mampu mengerakkan pengajian lebih teratur.

(c) Menulis Jurnal
Ada penyelia mengajar menulis jurnal? Latihan termasuk galakkan dan paksaan perlu ada. Lihatlah training atau kaedah yang dibuat oleh sv dari mula menulis, edit dan siap manuskrip untuk submit.

(d) Bercakap
Ada tak sesi presentation? Penyelia akan menolong komen ppt, cara presentation dan menjawab soalan.

(e) Menulis Tesis
Akhir sekali, tanyakan bagaimana sv membuat plan checking tesis. Adakah buat secara berperingkat atau semua sekali gus?

Jika plans di atas dibuat ikut suka, maknanya tesis pelajar pun siap ikut suka jugalah!


Latihan Sampingan

(a) Training Jadi Penyelia
Ada latihan jadi penyelia? Setiap semester penyelia akan dapat pelajar FYP, RA, review paper etc. Diberi kepercayaan oleh penyelia untuk melantik menjadi co-sv.

(b) Training Buat Grant
Inilah masa untuk belajar ilmu menulis geran daripada sv. Komen2 daripada sv dan kemudian daripada reviewer di bincang bersama.

(c) Training Kenal Komuniti
Penyelidikan bukan bagaikan tikus putih, hidup dan mati semua di lab. Penyelia yang bijak biasa akan membawa studentnya ke meeting luar, conference, kenal researcher lain atau berjumpa supplier peralatan. Suatu hari nanti mereka ini juga akan jadi kawan2 kita juga.

Garisan bawah
Sebenarnya penyelia hanya plans secara umum atau penunjuk jalan sahaja. Penyelia tidak akan buat untuk pelajar. Jika pelajar ada idea lain selain di atas, penyelia tidak akan menyekat kretiviti sesiapa. Akhirnya pelajar sendiri mengharunginya. Walau hebat sv tersebut merancang, tuhan juga menentukan segalanya!

No comments:

Post a Comment