15 June 2012

ankara 2012 | solat jumaat di kocatepe camii

18 tahun dulu ada seorang turki datang ke Kolej Kediaman ke-4, UM bercerita pasal turki. Antara ceritanya, masa itu sangat ialah susah nak solat. Kalau nak solat pun terpaksa pergi bilik tertutup dan solat.

Semasa melawat ankara, bertanya sedikit dengan sahabat turki berkenaan masalah ini, mereka kata itu dulu. Jika ada orang tengok kita bersolat, mungkin kita susah naik pangkat, susah hidup dalam masyarakat.... susah semua (susah dunia).

Tetapi hari ini ruang solat dipenuhi oleh ramai orang, tak kira tua atau muda. 

Sungguh bertuah dapat bersolat jumaat di negara bekas kerajaan Ottoman ini.


miniature effect
Canon 60D|f/3.5|1/100sec|18mm|ISO1600

08 June 2012

Laporan Kemajuan 7 | Cakap serupa bikin


Adakalanya penyelia hanya pandai mengharapkan (mengarahkan) pelajarnya buat pembentangan. Penyelia sendiri tidak pernah buat pembentangan tentang kertas-jurnal terbaru yang dibacanya. Jangan hanya pandai cakap, arahkan itu dan ini terhadap pelajarnya, tetapi penyelia sendiri takut membentang di depan pelajar.

ketam langkawi
Antara sebab utama penyelia takut ialah kerana dia sendiri pun tidak tahu dan malas membaca! Penyelia masuk bidang ini hanya bidang terjun. 100% harapkan tuah student. Silap2 terjun tanpa parachute akan memperbodohkan diri sendiri didepan pelajarnya!   

Kenalah penyelia sendiri luangkan masa membuat pembentangan berkenaan paper terbaru yang dibacanya. Pembentangan penyelia boleh dijadikan contoh untuk pelajarnya. Bukan setakat gaya dan kaedah, isi pembentangan (ilmu) akan menjadi ikutan pelajarnya. Dengan ini penyelia juga menyelam bersama pelajar dan secara tidak langsung ilmu penyelia makin bertambah!

Selain daripada pembentangan saintifik, perkara umum (makluman) daripada SV boleh dibincang.
·      Apa yang berlaku dalam 2 minggu lepas.
·      Latest planning oleh SV.
·      Update untuk 'commons mistake'  semasa writing paper, experimental design atau understanding.
·      Perkara yang melibatkan students seperti scholarships, graduasi, financial, conference etc
·      Ulangi semangat kerjasama, elakkan berpuak2, bergaduh dalam pasukan. Di sini hanya persinggahan, esok lusa kita akan pergi untuk bina empire sendiri.

woit..... perkara peribadi jangan bawa ke sini!!

Garisan bawah
 Hanya PR meeting dapat menolong student dan mengikat kesibukan SV?

ankara 2012 | kocatepe camii (Mosque) #1

02 June 2012

Laporan Kemajuan 6 | Kenalpasti

minta dipermudahkan segala urusan (Kocatepe Camii, Ankara)
Selepas selesai perbentangan dan mesyuarat penyelia bolehlah mengambil pembaris dan mengukur keupayaan pelajarnya. Bukan nak cari kesilapan. Cuma nak tegur. Nak baiki. Nak ubah. Semoga kembali ke atas landasan yang benar walaupun tidak semestinya lurus.

Bagi pelajar yang tiada masalah, motivasikan mereka untuk pergi lebih tinggi lagi.  Terbang tanpa menoleh ke belakang atau ke bawah, cuma elak langgar awan. Touch the sky before you drop. Tunggu cukup masa untuk submit.

Bagi yang bermasalah a.k.a. pening lalat, masa awal-awal inilah SV kena cari setanggi dan perasap kemenyan.

Jika SV tidak boleh bomoh sendiri, terpaksalah import bapak bomoh datang.

Saya masih ingat lagi dulu, hampir 6 bulan sangkut satu masalah. Diulang experiment beberapa kali, tetapi masih juga dapat results yang sama (sangat berbeza dengan kelaziman). Bila discuss dengan SV, masih lagi buntu.

Hinggalah satu hari SV call,
"Esok ko datang lab, tok bomoh besar dari India akan datang (Prof Chandra)".

Dengan hanya discuss 5 minit dengan Prof. Chandra .... problems solved, siap tesis aku! :)

Itulah penting SV kita mesti ahli Persatuan Bomoh2 Global, kalau bomoh kecil tak boleh berubat, insyaAllah bomoh besar akan turun. Yang penting jangan sombong berlagak pandai.