Pasti jawapannya, "mestilah student!"
Opps... jangan terkejut, dalam kesibukan kerja2 kita di
lab, dalam kelenguhan beratur SEM, dalam keheningan malam di bilik
pascasiswazah, ada manusia culas menangguk kesempatan kelibat ketirisan peraturan2 universiti.
Hingga terlupa (atau buat2 terlupa) asas2 'proses mendidik'.
Untuk 'tulis tesis' (dibaca 'buat apa saja asalkan tesis
siap'), ada pelbagai cara:
Kes 1. Ditulis Oleh Student Lain
Yang ni sangat special, aneh tapi betul! ..... Dan yang
paling tidak betul!
Kes ini terjadi apabila student asal ada masalah, masalah
disiplin, masalah kewangan, masalah kesempatan ... senang kata semua
bermasalahlah!
Manakala SV sentiasa mempunyai sifat tidak mahu menggalah.
Tidak akan ada seorang pun student dalam groupnya akan gagal. Dia akan pastikan
semua studentnya grad walaupun perlu re-viva.
So ada dibuatnya?
Dikerah student lain tulis tesis. Student 1, tulis Chapter
1. Student 2, tulis Chapter 2.... dan sampai siap tesis.
Masa viva, yang pastinya student asal ini akan 'dibelasah',
tapi paling penting dia LULUS!!
Moral of the Story?
Walau bijak, kaya, pandai cakap mana pun, kalau student
ditakdirkan gagal dia tetap gagal. Tiada proses menghalalkan cara disini.
SETUJU dgn moral of the story tuh!!!
ReplyDeletebidang akademik selalu jadi titik tolak pendidikan terhadap diri sendiri juga bidang yang dipelajari...kalau titik pertama sebelum ke fasa seterusnya dah SALAH caranya...memang inilah punca kegagalan pendidikan tu sendiri.*pendapat je*