Kes 3. Woit.... Lu tulis la sendiri!
Bahagian ini memang kerja student, kerja student itu sendiri.
Bukan kerja SV, bukan kerja pembantu makmal, bukan kerja tukang sapu makmal,
bukan kerja tukang kebun universiti.
Berkerja keras itu memang sifir untuk memdapat ilmu. Ilmu tidak akan datang bergolek atas katil atau di bawah bantal tempat kita tidur. Walau pun SV kita ialah Nobel Laureate, kalau student tak berusaha, gagal juga.
Berkerja keras itu memang sifir untuk memdapat ilmu. Ilmu tidak akan datang bergolek atas katil atau di bawah bantal tempat kita tidur. Walau pun SV kita ialah Nobel Laureate, kalau student tak berusaha, gagal juga.
"No knowledge, without sacrifice"
"No skill, without dirty hands"
Student sediakan draf tesis. Jika student rajin dan bijak
mungkin hingga draf ke 3, sudah boleh finalized tesis.
SV hanya komen tulisan student pada draf tersebut. SV akan
conteng in between two lines. Aspek penceritaan (flow), presentation, teknikal,
kefahaman etc akan dilihat dengan teliti. Mungkin pada peringkat ini student
sudah 'mabuk kertas' tidak pasti apa yang ditulisnya, maka banyaklah kesilapan.
SV akan trigger dengan komen berbentuk soalan jika terdapat
kesalahan dalam draf, dengan harapan student faham dan ubah balik ayat2
tersebut. Tugas SV hampir sama juga dengan reviewer (beza reviewer lebih cenderung
melihat/mencari kesalahan).
Paling penting sekali student kena banyak2 BERSABAR kerana
komen ada manis, ada pedas ada dalam bentuk sindiran. Walaupun satu komen
mungkin kita perlukan 1 minggu untuk edit atau 1 bulan untuk redo experimen.
Bersabarlah anggaplah kerja ini hanya sekali dalam hidup.
Sebenarnya ada banyak lagi kes2 tertentu contohnya SV tidak
tengok langsung (jauh sekali nak komen). Student submit tesis tanpa bincang
dengan SV. SV pindah dan tesis dikomen oleh 2nd SV (yg entah apa2 pun komennya)
dan pelbagai lagi masalah.
Garisan Bawah
Jika kita dapat SV bagus (walaupun tidak sempurna) teruskan
dan bagi yang terbaik daripada kita!
nice advice Dr. Yang penting teamwork kot. Kalau dah duduk dalam satu team, mesti jujur, taat dan disiplin sebab yakin Allah tengok kejujuran kita. Kalau jujur dengan ilmu, inshaAllah semua jalan dan lancar.
ReplyDeleteya... teamwork student+SV!
Delete