22 May 2013

Tulis Tesis 4 | Format Asas


Format tulis tesis biasanya:
i.      Berdasarkan bab-bab
ii.     Berdasarkan kertas jurnal

Paling popular ialah 'berdasarkan bab2'. Manakala berdasarkan kertas jurnal tidak diperkenalkan dengan jelas oleh pihak universiti.

Jadi kita akan fokus kepada kaedah 'berdasarkan bab2'. Minimum 5 bab. Jika kita membuat kajian yang agak berbeza, mungkin tambahan Bab 'Result and Discussion' diperlukan.

Sebenarnya, jika kita pernah 'bersusah2 dulu' semasa bahagian 'Tulis Kertas Jurnal', jadi kerja tulis tesis ini hanyalah seperti 'susun balik papers'. Disebabkan kertas jurnal hanya publish results terbaik dan ringkas, untuk tesis kerja2 kesinambungan (flow) perlu dibuat. Ada sesetengah kes, results perlu dikembangkan.

Contohnya, jika kertas jurnal hanya publish plot yang secondary analysis, dalam tesis kita terpaksa tunjukan results plot primary data (plot dari mesin). Ini juga sebagai prove kerja-kerja yang kita buat.

Di sini kita cuma fokus kepada format asas. Walau bagaimana pun, format secara detail tesis bergantung kepada universiti masing2. 

Untuk memudahkan perbincangan, kita hadkan Chapter kepada:
Chapter 1: Introduction
Chapter 2: Literature Review
Chapter 3: Experimental
Chapter 4: Results & Discussion
Chapter 5: Conclusion 
References