Salam,
Saya cuba compile & jawap beberapa soalan2 students pm tanya berkenaan refs dlm tesis. Anda boleh tanya utk tambahkan lagi compilation ini. Pasti tak semua saya boleh jawap, tapi Insya Allah saya akan rujuk dengan beberapa tokguru2 besar utk dpt jawapan terbaik untuk anda.
Mcm Tanyalah Ustaz la plak :)
Q: Berapa banyak perlu refs utk tesis?
A: Tak timbul soalan 'berapa banyak' kerana ia bergantung kepada bidang kita. Cth: Orang mathematik biasanya refs sangat kurang drpd org bio/medic. Lagi focus kita kpd novelty, lagi kurang bilangan refs kita. Ada tesis/paper dr US, refs dia hanya drpd seorg prof saja... sbb benda tu hanya prof tu saja buat. (Note: tesis kita tak la sampai focus mcm tu, mungkin kita lagi general... nak dapat cite 100 refs sgt mudah).
Q: Perlukah semua refs dalam Chapter LR dimasakkan dlm Chapter Results & Discussion?
A: Tak. Biasanya refs dlm Chapter LR lagi banyak sebab ia bermula dari background/basic hingga ke latest papers. Utk Chapter Results & Discussion, refs lebih digunakan utk support statements kita. Support benda yg kita xboleh buat, tapi sangat berkaitan dgn results kita. (Tips - Chapter Results & Discussion ialah tempat 'kita berkarya', bukan sentiasa bergantung kpd org/cite, so kurangkan refs sini).
No comments:
Post a Comment