03 January 2017

Salinan tesis

Salam,

Sepanjang saya jadi examiner atau chairman viva, banyak kali lihat students jadi huru-hara dalam viva kerana tidak membawa copy tesis yg finalized.

Kalau bawa pun, salinan yang berbeza (versi tak update) drpd yg final submission ke Dept. Saat inilah kelam-kabut minta copy tesis drpd SU, SV etc (itupun kalau ada salinan lebih).
Pernah satu kes di UIA, salinan student tidak sama dan tanpa binding. Dalam keadaan kelam-kabut QA, ikatan tesis tu jatuh berterabur! Terus jadi panic, triple gabra!…. Saya minta dia keluar 15 mint utk cooling di luar bilik viva.

Ppt Presentation: Students ingat QA viva bergantung kepada ppt. Perlu ingat ada panel minta terus kpd QA tesis, tanpa student buat presentation. Ya, examiners sudah ready soalan pada tesis, bukannya pada ppt anda J

Mahal: Tak perlu kedekut buat copy lebih. Cth, pihat Dept wajidkan 5 copies. Anda buat 6 copies (lebih lagi baik, boleh bagi kepada kawan2 lab untuk buat mock viva). Tips: resit photostat tu hg bagi je kat SV J

Note: Sila bawa salinan tesis sama seperti yang submitted kpd examiners.

No comments:

Post a Comment