04 October 2018

Perjumpaan dengan Penyelia

Perjumpaan/meeting ini boleh juga dipanggil laporan kemajuan (progress report), perbincangan (discussion) etc. Apa pun nama yang diberikan, konsepnya sama, pelajar jumpa SV (harap bukan SV cari pelajar).

Jenis atau kekerapan perjumpaan ini bergantung kepada negara, universiti atau sifat SV. Ada SV wajidkan perjumpaan rasmi setiap minggu, setiap bulan ataupun secara sedar atau tidak, perjumpaan mungkin setiap hari.

Mungkin pada keadaan tertentu, ada projek yang perlu disegerakan, SV mahu jumpa 2x sehari! Jangan risau biasanya untuk tugasan seperti ini, SV tidak akan serah kepada semua pelajarnya, hanya pelajar favourite tertentu (harap anda salah seorang ya).
Bagi pelajar yang berada di Jepun, mungkin hari minggu anda ialah hari perjumpaan (SV call untuk perjumpaan!)

Tidak dinafikan, ada SV ‘tak kesah’ dengan kemajuan pelajar. SV tidak pernah adakan perjumpaan. Pelajar hidup atau mati, bukan urusan mereka. Malah ada SV marah2 pelajar kerana selalu kerap datang bincang... SV kata “This is your project, you should do it by yourself!

Note: Bab SV bekeng, emo, kepala pening atau terlalu bagus (idola) ... Kita bincang dlm bab lain.

Senario
Bagi SV yang ‘super busy’ mungkin perjumpaan ialah bila terjumpa dalam lift.. “Oh my dear, Everything OK? How is your progress? Itu pun kira masih OK, yang lagi parah SV tak kenal pelajarnya depan mata.

Ada SV hanya boleh jumpa jika ada temujanji untuk perjumpaan. Jika tiada temujanji, SV tidak akan layan.

SV yang sistematik sentiasa membuat perjumpaan secara berkala, contohnya setiap minggu. Mereka juga menggunakan format tertentu untuk presentation atau reports. Ianya bagus untuk pelajar baru, yang pening2 lalat.

Bagi SV yang ada masa terlalu banyak (ni kes SV hampir2 nak pencen), perjumpaan ialah di Costa, sambil minum kopi sambil bincang laporan kemajuan. Peluang macam ni, pelajar akan order large cup la, berserta cookies atau sandwich.

Jika SV mempunya pelajar terlalu ramai, ada perjumpaan akan ambil masa 3 hari (macam mini conference dah) untuk semua pelajar present progress report. Kes seperti ini, biasanya pelajar akan berjumpa secara berkala lebih dengan postdocs.

Ada juga SV tahap Murabbi.... jika pelajar ‘hilang’, dia akan cari, wasap tanya... mana pi lama tak mai. Atau kes tertentu terpaksa pergi cari di hostel, cari di rumah.... Salute SV macam ni.

Tidak semua SV bagus blaka, ada SV kaki saiko. Kerjanya main pusing2, putar alam, lipat sana, lipat sini etc. Contoh, pelajar tanya soalan.... tapi dilipat oleh SV... last2 pelajar kena jawap. So apa guna ada SV? (Ni kes SV nak papers saja, SV study pun malas!).

Nota: Zaman makin berubah, banyak SV menggunakan media sosial ‘Group’ untuk perjumpaan, sharing, short notice etc. Contoh FB, WhatApps, Telegram etc. Tetapi pertemuan secara fizikal tetap penting.

Jenis Perjumpaan
Jenis perjumpaan atau perbincangan adalah pelbagai, contohnya:
  1. Bersifat umum – tanya2 berkenaan latar belakang, kehidupan (but not personel life lah), biasiswa etc. Jika ada perbincangan lain, hanyalah sembang kosong (kalau yang sembang ‘penuh’ tu.... ada jugak kopi ke, kueh ke...).
  2.  Hala tuju – pada permulaan pengajian akan ada banyak idea, pilih satu (mungkin akan berubah lagi dan lagi apabila eksperimen sudah bergerak).
  3. Laporan kemajuan – Results atau data semasa dan paling penting. Peratusan bahagian ini paling adalah paling banyak.
  4. Manuskrip -  Bahagian kedua paling banyak diperuntukkan dalam mesyuarat.
  5. Tesis – Bahagian akhir sekali, mungkin sesingkat mungkin (sebab dah published banyak papers) atau paling lama!


Ringkasan terbahagi kepada 3 bahagian:
  1. Permulaan - biasanya perjumpaan pelajar-SV akan mengadakan banyak perjumpaan. SV akan membantu pelajar memulakan (getting start), arah tuju projek etc.
  2. Pertengahan - perjumpaan akan berkurangan. Mungkin hanya kepada perjumpaan progress report berkala. Pada waktu ini, biasanya pelajar akan banyak masa pada eksperimen dan analisis data.
  3. Akhir - perjumpaan kembali banyak. Ia lebih kepada perbincangan bab tesis pelajar.


Pelajar
Walaupun kumpulan penyelidikan pelajar mempunyai perjumpaan berkala atau tersusun, dan pelajar bernasib baik mempunya SV yang amat teliti dan banyak membantu, tetapi jika pelajar tidak bersedia, pasti tidak bermanfaat.
Pelajar mesti bersedia sebelum perjumpaan, jangan datang tersengeh2 depan SV. InsyaAllah, post2 yang akan datang kita akan membincangkan persiapkan diri untuk perjumpaan yang cekap lagi bermanfaat dengan penyelia.

Nota:
  1. Setiap pelajar berbeza. Ada pelajar sangat bijak dan ada yang sangat lemah. Jadi, kenali diri anda untuk persediaan perjumpaan.
  2. Kalau semua yang wujud tersusun, pelajar tidak hadir jugak... itu masalah pelajar, bukan masalah SV.
  3. Setiap negara atau setiap SV/pelajar sifatnya berbeza, ikut resam “Di mana bumi dipijak, di situ aku ikut” 😊

No comments:

Post a Comment