01 November 2009

Jurnal 1 | Jenis-jenis Jurnal

Terdapat banyak jenis jurnal dewasa ini. Ada jurnal diambil terus dari buku proceeding. Biasanya proceeding rendah nilai kualitinya kerana tidak diedit atau dinilai oleh penyelidik lain. Ada juga jurnal dikumpulkan hasil daripada persidangan dan diterbitkan sebagai terbitan istimewa (special edition). Bagi peserta bertaraf ‘tok guru’ dalam bidang tertentu, biasanya akan menyediakan manuskrip berbentuk Review. Berdasarkan pengalaman, kebarangkalian paper yang dihantar melalui persidangan akan mudah diterima. Ini mungkin peer-reviewnya adalah orang-orang yang hadir persidangan tersebut. Tetapi jangan terlalu yakin, paper yang rendah kualitinya akan tetap ditolak!


Kebanyakan jurnal yang dihantar terus oleh penyelidik serata dunia. Kaedah ini merupakan kaedah yang paling popular dan termurah. Kalu pada tahun 90an, semua salinan manuskrip akan dihantar mengunakan pos. Jika menggunakan FedEx harganya mungkin RM80 untuk ke Eropah. Manakala RM8 jika menggunakan Pos Malaysia. Bila zaman telah berubah, semua manuskrip dimuatnaik menggunakan website. Ataupun masih lagi ada Editor menggunakan email untuk penghantaran manuskrip. Jadi semuanya percuma, sebab itulah masa sekarang banyak manuskrip dihantar melalui kaedah ini. 

Jenis jurnal boleh dikategorikan kepada dua bahagian: 
i. Jurnal Pendek (Short communication) 
ii. Jurnal Panjang (Full length)


JURNAL PENDEK
Jurnal pendek (ada juga dikenali sebagai short communication, letter, rapid etc) biasanya jurnal diterbitkan paling maksimum pun 4 muka surat atau tidak melebihi 3000 perkataan termasuk rajah atau jadual. Ia amat sukar untuk difahami, hanya ‘insan-insan terpilih’ sahaja dapat memahaminya. Orang yang terlibat secara khusus akan faham isikandungannya. Orang awan macam saya, boleh diibaratkan macam ‘tikus tengok besi’!. Secara peribadi saya memang tidak suka jurnal jenis ini. Ia terlalu lain dari yang lain (novel). 

Kenapa? Jika kita baca Pendahuluan (Introduction), ia terus mula dengan kenyatan permasalahan (problem statetmant). Kalu ada pendahuluan pun, ayat-ayatnya cukup ringkas dan padat. Bagi orang baru dalam bidang tersebut, memang susah untuk menangkap minda penulis tersebut.


Kajian Persuratan (literature review) biasanya bersandarkan dengan sedikit rujukan. Rujukan-rujukan biasanya tidak lebih daripada lima rujukan. Betulah sedikit, sebab kajiannya seumpamanya pasti tidak pernah diterbitkan lagi. Rujukan pula hanya mengambil jurnal-jurnal terbaik dunia. Selepas kajian persuratan, penulis akan terus masuk ke objektif kajian. Objektifnya tidak banyak, mungkin satu objektif sahaja. Kajian mereka amat fokus dan memcabar minda.


Manakala bahagian Experimental terlalu pendek malah selalu disambungkan dengan rujukan. Contonya: 
“..the details of this procedure were reported in a previous study [18]..”
“.. device fabrication processes were described before [3]..” 

Untuk bahagian Results and Discussion, hanya keputusan sahaja ditunjukan dalam bentuk ayat dan rajah yang padat. Jarang sekali dijumpai penerangan secara detail penerangan terhadap penemuan tersebut. Boleh dikatakan, hanya keputusan sahaja yang dipaparkan. Manakala Conclusionnya diganti dengan Summary. Biasanya hanya sebaris atau dua baris ayat sahaja dimuatkan dalam bahagian ini. 

Ada juga jurnal mengabungkan bersama Introduction, Results and disccusion dan Summary bersama kecuali abstrak diasingkan. Contoh jurnal ialah Scripta Materialia. 

Jadi apa sebenarnya Jurnal Pendek? Secara mudah, boleh dikatakan bahawa Jurnal Pendek ialah satu kaedah penyelidik sedunia ‘booking’ atau ‘parking sementara’ kajian mereka. Bagi mana-mana bidang yang hot buat masa ini contonya nanotech atau biotech, mana-mana penyelidik yang menemui bahan atau kaedah terbaru berkenan bidang hot ini, mereka akan ‘booking’ penemuaan baru ini. Mereka bagaikan chup bahawa ilmu baru ini “kami yang jumpa dulu...” atau “kaedah ini kami yang punya..”. Mereka akan war-warkan keseluruh dunia apabila ‘kajian pendek’ ini diterbitkan oleh penerbit saintifik terkemuka dunia. Malah ‘kajian pendek’ ini boleh digunakan untuk melaba geran bernilai berjuta-juta ringgit. Kebanyakkan akan berjaya kerana mereka ada bukti (jurnal pendek) untuk menyakinkan penaja dari industri. 

Faham? Belum faham? Sekali lagi ia boleh diringkaskan seperti berikut. Selepas mereka chup ilmu baru ini, kemudian selepas 3 atau 6 bulan kemudian mereka akan mengeluarkan jurnal panjang. Jurnal panjang ini akan merangkumi secara lengkap penerangan penemua mereka. Walubagaimana pun bukan semua rahsia akan didedahkan. Sebahagiannya akan kekal bersama penyelidik-penyelidik dan penaja kajian tersebut.


JURNAL PANJANG
Jurnal Panjang ialah jurnal lengkap. Biasanya lebih daripada 5 muka surat. Jurnal review boleh mencapai 10 muka surat. Jurnal review boleh dikira sebagai jurnal panjang, cuma ia tidak mempunyai bahagian eksperimen. Resultsnya hanyalah koleksi-koleksi results daripada jurnal diri sendiri atau jurnal orang lain. 

Ada juga penyelidik terus menulis jurnal panjang jika dibandingkan dengan jurnal pendek. Bagi mereka penghasilkan sesuatu yang pasti, adalah kepuasan. Sesuatu yang pasti ini ialah ujian-ujian eksperimennya diulang-ulang beberapa kali, sehingga melepasi tahap keraguan. Manakala keselanjaran (flow) keputusan dan menerangkan sesuatu hipotesis baru diatas satu lembaran kertas menjadi satu keasyikan. Semoga Hipotesis ini menjadi Teori dan seterusnya menjadi Hukum, adalah satu impian! Apabila jurnal ini diterbitkan, pasti belum sempat jurnal ini diberi volume atau muka surat, sudah ada orang merujuknya (cite)! 

Walaubagaimana pun keburukannya ialah seseorang penyelidik memerlukan masa yang lama untuk menghasilkan jurnal ini. Mereka memerlukan budget yang banyak. Kebanyakan harga bahan kimia atau peralatan naik berganda-ganda. Itupun belum dikira harga yang di ‘makeup’ oleh supplier. Sesuatu kumpulan penyelidikan juga memerlukan ramai pelajar/penyelidik. Bukan senang mendapat pelajar/penyelidik yang bagus, yang ramai semuanya bagus ‘berdrama’ sahaja (pinjam perkata Prof. Asma Ismail). Boleh dikatakan hanya 2 atau 3 paper sahaja yang diterbitkan dalam setahun. Tetapi walaupun 2 atau 3 paper setahun, pasti bom!

Abstrak: Abstrak biasanya panjang sedikit jika dibandingkan dengan jurnal pendek. Ia merangkumi keratan lintas keseluruh kajian. Ingat asbstrak bukanya Kesimpulan!

Pendahuluan: Ia akan jadi sangat panjang dengan membuat sedikit kajian literature. Literature akan merangkumi sehampir mungkin kajian yang pernah dibuat. Jika kita jumpa kajian yang dibuat sekarang hampir 80% sama, maknanya manuskrip terpaksa diubah ataupun perlu membuat eksperimen tambahan. Malangnya mungkin kita sudah boleh bayangkan manuskrip kita akan ditolak!

Eksperimen: Senarai bahan mentah termasuk sumbernya akan ditulis secara lengkap. Kaedah penyediaan sampel akan diterangkan secara terperinci. Walaubagaimana pun penulis akan menerangkan seringkas mungkin. Mungkin jika kita ulang experimen mereka pasti keputusan berbeza. Senarai peralatan termasuk jenamanya juga akan disenaraikan secara lengkap dengan harapan penulis lain akan dapat membuat eksperimen ini dah memdapat keputusan yang hampir sama.

bersambung....


3 comments:

  1. Cuba check ayat yang pertama tu....ada dua perkataan terdapat yer hehehehe...

    ReplyDelete
  2. Pasti banyak lagi kesalahan akan jumpa... akan update dari semasa ke semasa, t.k.

    ReplyDelete
  3. sayer baru nak belajar menulis jurnal..
    banyak info yang Dr. bagi. tqvm:)

    ReplyDelete