17 May 2010

Halangan Sepanjang Jalan - Pecah Kepala atau Kepala Terpecah (Too Many Minds)?

“Hikmah tidak akan dicapai oleh orang yang hidupnya sibuk dengan urusan keluarga. Ilmu tidak akan diperolehi, kecuali oleh orang yang hidupnya tenang. Luqman Al-Hakim diberi kemuliaan oleh Allah S.W.T. kerana telah diuji dengan kemiskinan di tengah keluarga yang hartanya melimpah” - Imam Shafie

Ada satu scene dalam ‘The Last Samurai’ dimana Kapten Nathan Algren (Tom Cruise) belajar seni main padang Jepun, dan setelah beberapa kali dijatuhkan, dikalahkan oleh samurai lawan, Nabutada kata kepada Algren “too many mids (banyak fikir benda lain)”. Ideanya ialah dia terlalu fokus memikirkan siapa lawannya, memikirkan kekuatannya, pedang yang dipegangnya, orang-orang memerhatikannya. Oleh kerana terlalu banyak ‘minds’ menjadikan dia pahlawan yang kurang berkesan. Setelah dia membuang semua ‘minds’ ... apa jadi? Tengok la sendiri kesudahannya, sekurang2nya dia tidak kalah.

Kita juga boleh tengok ada pelajar mempunyai ‘too many minds’. Contohnya, jika ditanya berkenaan EPL ... fuhh menggalahkan Shebby Singh. Walaupun dia tidak pandai main bola. Tetapi sebut saja pasukan mana, pemain mana pasti dia boleh jawap. Tetapi jika ditanya berkenaan perbezaan antara ‘alloy’ dan ‘intermetallic’? Kelu tidak terjawap! Kenapa dia boleh jawap berkenaan EPL tetapi tidak boleh jawap tentang pengajiannya? Dia boleh jawap EPL kerana hari2 dia membaca Soccernet, tetapi tidak membaca jurnal dan buku. Tidak salah mempunyai hobi bola, tetapi ‘too many minds’ yang terlebih akan merosakkan objektif kita. Cukuplah kita tahu siapa menang-kalah dalam perlawanan semalam atau sekurang2nya sempat main bola hanya untuk mengeluar peluh.

Bagi yang berduit, digilanya kereta atau motor besar. Beli kereta baru ditambah skirting-spoilers. Tidak cukup dengan itu ditambah sport rim dan lampu click2. Cuba bayangkan berapa banyak masa dan duit terbuang? Itu ok lagi, cuba bayangkan hati sentiasa gelisah tentang parking kereta. Calar ke kereta aku? Panas ke kereta aku? Kena curi ke kereta aku? Perasaan ‘too many minds’ ini akan menyebabakan kita tidak tenteram. Baca pun susah nak ‘masuk’. Bila ada kereta mesti ada sahaja idea untuk pergi jalan2 ataupun kawan2 pasti akan ajak pergi jalan. Pasti banyak masa akan habis bergitu saja dan bila dah sampai hujung biasiswa, baru nak gelabah. Baik ada motor Honda Cup (itu pun pernah kena curi di Pantai Dalam!!).
Pada malam, sedih melihat pelajar berebut ‘remote control astro’ dengan housemate lain. Kita macam tiada beza dengan orang sudah bekerja, malah housemate pun mengalah!. Malam sepatutnya digunakan untuk menganalisa data2 yang dibuat siang hari. Masa malam yang pendek ini juga boleh digunakan untuk merancang apa yang hendak dibuat esoknya pulak.

Oleh kerana tidak membuat persiapan awal2, kita terpaksa menggunakan waktu makmal untuk membuat kerja2 depan PC. Kita tidak digalakkan membuat laporan, membaca jurnal ect dalam makmal. Dalam makmal hanya untuk membuat eksperimen. Sedih jika tengok pelajar dari pagi hingga petang hanya duduk melihat skrin laptop.

Cuba buang pelbagai hobi yang dikira ‘too many minds’. Cukuplah ada masa untuk jogging, main tenis (pukul dinding) petang2 atau main Futsal dengan pelajar2 lain. Weken pergi kedai mamak tengak EPL di seksyen 14 PJ. Sebulan sekali pekena Nasi Beriani Bukhara di Restoren Syed di Lucky Garden, Bangsar (hari2 tak boleh, sebab time tu tak ada pitis... maklumlah student katakan).


Nobutada: Please forgive, too many minds.
Nathan Algren: Too many minds?
Nobutada: Hait.... Mind the sword, mind the people watch, mind the enemy, too many mind... No mind.


Higen: I would be afraid to die in battle.
Algren: So would I.
Higen: But you have been in many battles.
Algren: I have been in many battles, and I have always been afraid.
Garisan bawah


Carilah ketenangan dengan keredhaan...

5 comments:

  1. Many minds is better than one mind... but if too many minds one mind is enough kot..

    ReplyDelete
  2. Too many minds = banyak fikir benda lain. Missunderstood the phrase. So, never MIND..:))

    ReplyDelete
  3. Dear DR Ahmad, how to be a good lecturer and researcher at the same time? What should we do to be good in both area? Thanks DR.

    ReplyDelete
  4. First we must be 'good' lecturer because this is our salary come from (not from research!). To be good lecturer it doesn’t meant that you be able to make joke (then you would be called a joker!).

    To be good lecturer we must be prepared.. discipline, good lecture note, every year update the note, don’t recycle your past year questions, always think to improve our teaching skill, always make different methods to improve students understanding etc… and we must understand what we teach!!

    To be good researcher we must do the research in field in that we teach… please discuses with your boss to get the subject related to your research interests.

    Then we must write text book (to be good lecturer) and paper (to be good researcher).

    Finally… enjoy yourself in the classroom, it is why we are here!

    ReplyDelete
  5. Thanks DR Ahmad for the prompt reply, really appreciate it. Next sem will be my first teaching experience. For this time being I always imagine what should I be in front of students. How to attract them to listen to my lecture and if they just ignore me, how should I react? All 5 W are come out.So horror.

    However, I will use the given tips to be a good lecturer and researcher. Your determination really inspire me.

    Thanks very much DR. :))

    ReplyDelete