Untuk menilai sesuatu kertas-jurnal tidak pernah diajar di mana-mana universiti atau mana2 kedai kopi. Ilmu ini hanya tahu secara semulajadi, guna Sense and Sensibility sendiri. Pihak penerbit hanya membuat panduan dasar sahaja yang dihantar bersama email. Setiap orang ada khilafnya sendiri. Apa yang ditulis dibawah hanyalah berdasarkan pengalaman.
1. Kualiti jurnal
Paling penting sekali sebelum menilai sesesuatu manuskrip ialah kategori jurnal. Jurnal dikategorikan berdasarkan faktor impak dalam bidang2 tertentu. Ada yang top 15%, ada medium dan ada jurnal ‘cukup makan’ daripada mati baik cuba berbakti.
Bagi jurnal yang berimpak rendah, maka penilaian kita pun rendah selari dengan kelas jurnal tersebut. Jurnal ini dianggap biasa sahaja. Tidak perlulah kita komen terlalu mendalam kerana penulis manuskrip tersebut tahu kualiti data-data mereka. Disebabkan data sebeginilah mereka hantar ke jurnal ini. Bagi penilai cukuplah sekadar melihat data atau perbincangan mereka tidak menyalahi hukum2 atau teori2 umum.
Bagi jurnal yang berimpak tinggi terpaksalah kita menilainya secara teliti. Bagi kertas-jurnal dalam bahagian ini kita tidak perlu risau sangat berkenaan kualiti manuskrip. Secara amnya editor sendiri telah awal2 lagi menolak kertas-jurnal yang berkualiti rendah. Editor menolak paper dengan menggunakan bahasa yang sopan.
Contohnya;
Contohnya;
‘Thank you for submitting your manuscript for publication in the Journal XYZ. When reading through your manuscript I noticed that it deals primarily a topic that falls outside the present scope of this Journal. For this reason I suggest that you submit your paper for publication in another scientific journal with a more suitable scope, such as for instance Journal ABC or Journal PQR”
Jika ditraslatekan ayat dia atas bunyinya macam ini;
“ekk eleh... results macam ni nak hantar kat jurnal aku.... cehhh... pii laaaa”, hahaha..
Ada sesetengah jurnal menyatakan kadar penolakkan (rejection rate). Contohnya jurnal Polymer International menyatakan dengan jelas kadar penolakkan mereka adalah hampir 75%. Manakala bagi Electrochemistry Communication;
“We expect that less than 50% of submitted papers will pass that initial screening”
Ada juga editor meminta penilai menilai manuskrip dengan teliti kerana ingin mengekal atau menaikkan nilai IF jurnal tersebut pada tahun akan datang.
Ini jelas memberi signal kepada penilai supaya menilai dengan kritikal. Kritikan yang bagus akan meningkatkan kualiti manuskrip dan seterusnya nama jurnal secara amnya. Manakala kelalaian penilai akan memyebabkan kertas-jurnal tersebut diterima tetapi tidak dipetik. Jadilah ia basi di situ tanpa berguna untuk rakyat jelata, walaupun berjuta duit cukai rakyat telah habis.
No comments:
Post a Comment