Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:
“Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadduk sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain”. Riwayat Muslim
“Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadduk sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain”. Riwayat Muslim
Senario
Pernah satu hari dulu masuk bilik penyelia. Dilihat sangat sibuk dengan membaca dan menulis sesuatu bersama dengan seorang pelajar PhD yang lain. Diberi salam, dijawapnya tanpa pandang. Nampaknya seperti tidak mahu digangu. Walau bagaimanapun saya buat bodoh saje, tarik kerusi dan duduk diam-diam. Dijenguk-jenguk apa yang dibuatnya. Sambil tanya dengan bahasa isyarat dengan pelajar PhD tu. Baru tahu, rupanya penyelia sibuk kerana menilai satu jurnal yang dihantar oleh Journal Applied Electrochemistry.
Beberapa hari kemudian saya tanya penyelia kenapa serius sangat hati tu (dibaca “kenapa penting sangat menjadi penilai?), kata bos,
“pada waktu ini di sini (Universiti Malaya) susah nak cari pensyarah jadi reviewer. Jadi apabila editor invite aku menilai paper mereka. Ini sudah recognition paling tinggi. Malah ada professor di sini terkejut tengok CV aku banyak review paper IF tinggi2”.
Kepentingan
Kenapa menjadi penilai ini penting walaupun ia kerja sukarela dan tidak dibayar?
Paling penting ia merupakan recognition terhadap kepakaran kita dalam bidang2 tertentu. Penghargaan terhadap bidang yang kita ceburi. Contohnya jika kita dikatakan pakar dalam bidang Roti Canai, pasti ada editor akan meminta kita nilai Roti Canai yang terbaru direka oleh orang Jepun. Editor tidak akan menghantar manuscript kepada orang bukan dalam bidang yang berlainan. Walaupun di dunia ini ramai lagi pembuat Roti Canai, kita merupakan antara insan yang terpilih.
Selain daripada membaca manuskrip baru, kita juga memdapat ilmu terkini berdasarkan keputusan dan penerangan yang dicadangkan oleh penulis. Membaca manuscript baru juga memberi cabaran kepada kita, “weh... dia ni dah buat apa yang aku nak buat”.
Kalau hari2 kita datang ke ofis asyik tidur saja, lepak sana, lepak sini. Hari ini barulah kita tersedar dari lena setelah terhantuk oleh manuskrip yang baru sampai. Mula kejar ke makmal. Tersibuk cari mana student aku? Dan baru tahu bahawa student tu dah hilang satu semester!
Tulis Dulu Baru Jadi
Opps... terlupa, sepatunya soalan ini ditanya dahulu, apakah syarat nak jadi penilai?
Biasanya, syarat utama ialah kita pernah terbit satu paper dalam jurnal tertentu. Dengan kata lain nama kita telah masuk dalam pengkalan data penerbitan dunia, contohnya ISI dan Scopus. Paling penting sekali kertas-jurnal tersebut mestilah kita tokey, sebagai penulis bertangungjawab (corresponding author). Barulah email kita lekat dalam pengkalan data.
Penilai jurnal lebih baik darpada penilai tesis. Penilai tesis main tangkap muat je atau politiking mengelak konfrantasi sesama pensyarah. Lupakan ini politikus usang ini, baik kita fokus ke peringkat antarabangsa.
Jika kita pernah dijemput untuk menilai sesuatu jurnal, ini bermakna kita telah mencapai status setingkat lagi. Jika dulu kita sebagai penulis, hari ini jadi penilai. Tetapi janganlah senarai panjang jemputan tersebut adalah jemputan penilai jurnal tempatan, nanti kita akan digelar penilai tempatan, sama seperti jaguh kampung sahaja!
Biasanya penyelialah menjadi penilai. Pelajar postgrad tidak digalakkan memjadi penilai. Mana mungkin ilmu dan pengalaman baru sekankang semut nak kritik manuskrip orang lain. Masa ini untuk belajar, jadi fokus kepada belajar sahaja dulu. Nanti bila jadi tokey, bolehlah buat berkhilaf dengan orang lain.
Apabila Imam Maliki ditanya sesuatu hukum, beliau terus kata, “Pulanglah dulu supaya aku dapat berfikir.” Beliau juga pernah berkata, “Kadang-kala aku berjaga satu malam suntuk untuk mencari jawapan bagi soalan yang dikemukakan kepada aku”. Jadi beliau dituduh oleh orang ramai suka melewat2kan dalam memberikan hukum, sedangkan dia merupakan seorang Imam. Imam Malik menangis dan berkata “Aku bimbang kerana aku akan disoal satu hari nanti (hari kiamat)”.
Terima Jadi Penilai
Terimalah jadi penilai jika ia adalah bidang kita. Contohnya bidang utama kita ialah Roti Canai Bom (ini tajuk PhD dulu) dan Roti Canai Telur (ini penyelidikan 5 tahun pertama sebagai pensyarah). Jika editor menjemput untuk menilai bidang Roti Canai, teruslah terima.
Terima juga bidang yang hampir sama dengan bidang kita. Bidang berkaitan dengan Roti Canai seperti Capati dan Murtabak, boleh diterima jika kita pernah buat penyelidikan dalam bidang ini. Ataupun kita pernah terbit satu paper dalam bidang ini. Biarpun paper itu berimpak rendah. Kita telahpun dianggap ahli (ahli biasa sahaja), walaupun tidak pakar (ahli majlis tertinggi).
Biasanya apabaila kita pernah menulis kertas-jurnal dalam bidang tertentu, maknanya kita pernah melalui proses membaca, bercakap dan menulis. Jadi dengan berbekalkan ilmu yang sedikit ini, bolehlah digunakan untuk menilai dan memberi komen terhadap kertas-jurnal yang ditulis oleh orang lain.
Tolak Jadi Penilai
Memang cantik CV kita kalau dilihat dengan banyaknya kertas-jurnal yang telah dinilai. Walau bagaimana sekali pun dalam kita mengejar penghargaan dilantik sebagai penilai, kita jangan lupa kod etika yang tidak tertulis ini.
Kebiasanya email daripada editor akan dimasukkan bersama tajuk dan abstrak. Daripada abstrak, kita boleh tahu bidang kajian kertas-jurnal ini. Jika bidang yang ditulis bukannya dalam kepakaran kita, lebih baik kita tolak.
Sekali lagi, katakan bidang kita ialah Roti Canai, manakala manuskrip yang dihantar ialah berkenaan piza. Kita patut tolak, walaupun dilihat hampir sama dengan roti canai kerana ini ialah ilmu lain. Mampukah kita review paper tersebut dengan hanya berbekalkan pengalaman kita makan di Pizza Hut. Kita tidak pernah pun masuk ke dapur melihat orang membuat pizza, inikan pula membuat piza!
Jika kita tetap terima manuskrip yang bukan dalam bidang kita, maknanya kita telah melakukan kezaliman. Zalim? Zalim tidak semestinya ketuk kepala budak tak tentu pasal atau sepak anak kucing di kedai. Zalim ialah “meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya”. Maknanya kita telah meletakkan kita ke dalam bidang kepakaran piza, sedangkan kita tidak.
Apabila kita tetap review manuskrip ini, paling tinggi pun kita komen terhadap teknikal atau bahasa sahaja. Jika kita komen terhadap fundamental atau konsep ilmu tersebut pasti kena gelak oleh penulis nanti,
“reviewer ni faham ke consept paper aku ni... hahahaha''
Tolaklah dengan iklas, katakan kepada editor;
“It is a great honour for me to be a reviewer for Journal XYZ. However, I believe the content (the modeling of pizza) of the manuscript is not within my field, and then I can’t review the manuscript in detail. I also don’t know who can review that manuscript”.
Insya-Allah bila kita tolak secara iklas, rezeki Allah swt akan datang lagi, percayalah!. Pengalaman saya sendiri, editor akan sangat berterima kasih kepada kita. Tetapi kemudian dihantarnya manuskrip bertali arus, sehingga kita pun lemas kerana terlalu banyak.
Rahsia
Pernah kita membuka website atau CV kawan2 kita terlihat beberapa manuskrip jurnal telah dinilainya. Mereka menyenaraikan penulis, tajuk, dan jurnal yang telah dinilainya. Mula2 sekali kita ucapkan syabas, tetapi apabila difikir sekali lagi, ini cari nahas! Kenapa nahas?
Jika kertas-jurnal tersebut diterima dan diterbitkan, OK tiada apa2. Tetapi jika kertas-jurnal tersebut ditolak dengan kita menilainya dengan ketat sekali atau tidak profesional, ini sudah jadi bahaya. Bayangkan penulis kertas-jurnal tersebut terjumpa CV tersebut dalam internet. Dilihatnya kertas-jurnalnya pernah dinilai dan ditolak oleh kita? Bagi penulis yang tidak profesional, pasti mereka akan balas dendam,
“Nanti kau, bila aku jadi reviewer paper kau, aku reject semua papers kau nanti!....”
Jadi tidak perlulah kita senaraikan semua secara terperinci kertas-jurnal2 yang pernah dinilai. Cukuplah dengan hanya menyenaraikan nama-nama jurnal di dalam website atau CV. Hanya jika pihak universiti perlukan maklumat untuk KPI, barulah senaraikan secara terperinci. Kita tidak perlu risau kerana biasanya KPI hanya untuk edaran dalaman sahaja. Tetapi untuk langkah2 keselamatan, kita tetap tidak menulis nama penulis untuk kertas-jurnal tersebut. Baik dirahsiakan semuanya untuk mengelak benda baik jadi buruk. Tidak perlulah kita berbangga secara melampau dengan menunjuk2 senarai kertas-jurnal yang pernah dinilai.
Ular kapak walaupun kecil sambil menyusur akar akan tetap berbisa. Mungkin pada pada pandang kita biasa sahaja, sekali kena terus maut. Pernah Imam Ghazali ditanya “kenapa tidak membuat mazhab sendiri seperti mazhab Imam Shafei?”, dengan rendah diri Imam Ghazali kata “oh tidak, aku tidak setaraf kehebatan ilmu dengan Imam Shafei”. Lihatlah Imam Ghazali tetap merendah diri walaupun dia digelar ‘Hujjahtul Islam’.
Manafaat kongsi ilmu bersama
Pernah menghadiri satu talk disampaikan seorang profesor National University of Singapore, yang memberi satu cadangan pengkongsian ilmu melalui penilaian kertas-jurnal. Katanya, “apabila saya menerima jemputan sebagai penilai, saya akan edarkan kepada pelajar saya yang mempunyai kajian yang sama”. Professor ini akan print dan bagi tempoh tertentu i.e. dua minggu untuk menilai bersama2 pelajar. Selepas dua minggu mereka akan berkumpul dan berbincang tentang kertas-jurnal tersebut.
Jadi kaedah ini amat bagus untuk melatih pelajar berfikir dalam dua hala, sebagai penilai dan pelajar. Perkara yang baik dari kertas-jurnal yang dinilai boleh digunakan sebagai panduan dalam pengajian mereka. Manakala benda yang buruk akan ditinggalkan di sempadan!
Walau bagaimanapun penyelia mesti iklas dan jujur bukannya mengambil kesempatan terhadap pelajarnya untuk memperbanyakkan senarai penilaian kertas-jurnal dalam CV. Keduanya penyelia mesti memastikan pelajarnya yang sangat dipercayai dan sanggup menyimpan rahsia penulis kertas-jurnal tersebut. Bagi pelajar yang suka buat ‘ketupat’, elakkan menggambilnya dalam proses ini.
Garisan bawah
Terima bidang kita, tolak jika bukan bidang.
No comments:
Post a Comment