20 February 2011

Kerja Selepas PhD – Interview (Part 4)

Sebelum dapat kerja di sesuatu tempat, perkara pertama kena buat ialah interview. Interview tanpa ‘kabel’ susah sedikit kerana soalan2 ditanya memang tujuanya untuk mematikan hujah kita. Tetapi cuba tanya diri sendiri, dimana intergriti kita jika dapat kerja kerana ‘kabel panjang’?

Kita bukan nak bincang di sini berkenaan nak pakai apa semasa interview, rambut mesti belah tengah atau belah tepi? Perlu pakai kot atau hanya tie warna merah? Biarlah pakar perunding imej jawap soalan ini. Kita cuma nak bincang tentang soalan proses2 scanning X-ray oleh panel2 untuk melihat apa yang tertanam dalam otak dan apa semangat yang tersemai dalam hati kita.

Antara banyak2 soalan yang ditanya, mungkin soalan ini bagus untuk dinilai (untuk orang yang terlibat dalam pendidikan),

‘kenapa awak nak kerja di sini?’

Untuk menjawap soalan mudah sahaja. Tetapi silap jawap, makan tuan! Sebab sememangnya panel2 memasang perangkap untuk kita!

Jika kita jawap,
‘saya datang nak mengajar di sini’

hahaha... sah dah kena perangkap. Mesti secara serta-merta panel akan sambung soalan membunuh,
‘awak ingat ada phd dah boleh mengajar disini?’
‘hebat sangat ke awak nak mengajar di sini?’
‘dah cukup ke ilmu nak ajar orang lain?’
dan banyak lagi soalan bertali arus menyebabkan kita panic.

Kita jadi kelu, ‘Salah ke jawapan ini?’. Sebelum jawap soalan ini, cuba tengok jawapan yang betul untuk soalan ringkas ni.

‘saya datang untuk belajar mengajar’

Mungkin inilah jawapan yang mereka mahukan. Walaupun kita sudah ada PhD, sudah 4 tahun pengalaman kerja di industri, kita tetap RENDAH DIRI bahawa kita masih perlu belajar untuk untuk mengajar orang lain. Dan dalam belajar pun kita tetap kerja.

Pernah semasa Syeikh Idris Al-Marbawi diminta memberi ucapan, dia hanya kata ‘saya tiada ilmu’, sedangkan dia pengarang kitab Bahrul Mazi (22 volume)!


1 comment:

  1. Salam satu malaysia....
    Dapat kerja dengan menggunakan kabel selalu diperkatakan oleh orang tertentu cthnye ...graduan skrang sellunye dapt keja guna kabel..tak de kabel comfirm tanam anggurle jawabnye...kadang2 sedih juga dengar penyataan ni...huuuu pada pendapat saya,.. walaupun penantian penuh penyiksaan, jika kejayaan itu datang dengan usaha sendiri pasti lagi berbaloi.. prinsip saya tanamkan niat+usaha+tawakal+ usaha Insya-Allah suatu hari nanti pasti berjaya....

    ReplyDelete