14 May 2011

Kerja Selepas PhD – Kerja Tempat Baru, Test Power 2 (Part 11)

Apa Kena Buat?
Macam mana nak ukur kemampuan kita? Jika jabatan tiada standard KPI sendiri, ada tak standard ASTM untuk dipenuhi? Jika ada, ini akan memudahkan semua staf. Jika tiada, kita cuma buat anggaran sendiri, contohnya;

i. Teaching 
- jangan buat lupa ini memang 'core job' kita. Tiada compromi dalam tugas ini kerana gaji di bayar kena benda ini. Cuba mengajar sebaik mungkin. Update lacture note, lab manual etc. Jangan sampai ada complaint dari student mahupun staf lain kerana sibukkan research sampai kelas atau makmal undegrad diabaikan.

 ii. Grant 
- Proses membuat proposal, apply dan dapat, satu permulaan.
- Research Grant paling penting sebelum mulakan career hidup sebagai researcher.
- Orang kata "No money ... no research maaa..."
- Walaupun tiada grant... Ya kita mampu buat. Tetapi amat susah. Terpaksa memcari lebihan orang untuk membuat kerja atau memcari sisa2 dalam store. Ataupun selalu meminta2 belas kasihan orang untuk menggunakan alat.
- Buat permulaan, jika dapat RM10k pun sudah banyak. Mampu untuk membeli raw materials dan fee untuk alatan tertentu.

 iii. Tempat
- Carilah mana2 makmal atau tempat kosong menumpang untuk kita atau students buat kerja.
- sekarang pun ramai lagi researchers yang ada tempat sekankang kera... tetapi tetap mampu menghasilkan produk penyelidikan terbaik.

 iv. Buat sendiri
- ini paling tough cuba untuk berdiri sendiri
- sementara menanti adanya pelajar FYP atau postgrad, baik kita mulakan kerja2 sendiri. Kerja ini mungkin hampir sama dengan kerja2 PhD dulu atau sudah ada idea lebih hebat dari PhD dulu.

v. Tulis paper sendiri
- daripada kerja2 permulaan di atas, cuba publish satu paper. Tak kisahlah impact factor 0.200 pun, asalkan hasil titik peluh sendiri.
- buat satu paper guna nama sendiri seorang, sendiri design, sendiri berpeluh. 

vi. Supervise
- Cuba dengan pelajar2 FYP dulu, masa ini kita akan dapat pelajar free (tanpa membayar RA).
- Daripada behavior pelajar inilah kita akan belajar kaedah "pengurusan manusia". Bukan setakat pelajar, pengalaman dengan staf sokongan terpaksa diurus.
- Dari sini keupaya kita jadi main supervisor kepada students sendiri teruji.

iiv. Hasil produk penyelidikan bersama Student
- Jika kita mampu 'mengurus' kerja2 penyelidikan dan 'memahami' kerenah pelajar. 
- Insya Allah kita mampu terbit paper, buku, paten etc walaupun dengan hasil kerja pelajar FYP!!

Daripada proses ini, tiada niat untuk kita berlagak pandai, berlagak sombong, bersifat riak, individulistik, derhaka kepada old supervisor... etc. Kita cuma ingin muhasabah keupayaan diri sendiri. Ingin tahu adakah gerabak keretapi api kita penuh atau kosong. Kata Dr Basit (Pondok Sungai Durian), “Gerabak keretapi yang kosong biasa bunyi kuat daripada gerabak yang penuh ilmu!*.

No comments:

Post a Comment