15 May 2011

Kerja Selepas PhD – Kerja Tempat Baru, Ku Bawa CV Bersama (Part 12)

Soalan
Untuk bahagian entry terakhir ini, mari kita lihat senario ini supaya kita berfikir sejenak, bermunasabah diri dan menyahut cabaran.

Pernahkah kita terlintas dalam fikiran atau terfikir dalam keselesaan sekarang, kita akan terus selesa pada hari2 mendatang? 


Bersediakah kita menghadapi hari yang hadapan yang kita pun tidak pasti nasibnya. Pastikah untung sabut akan sentiasa timbul atau batu sememangnya hukum alam akan tenggelam. Semua benda tidak statik. Setiap sesuatu akan berubah. Jika berubah menjadi lagi baik, alhamdullilah. Jika semakin sesak nafas, pasti kita tidak dapat membalik masa kembali semua dan usaha lebih kuat mulai saat itu.

Kita hanya akan terfikir apabila perkara ini berlaku:
  1. Jabatan mempunyai masalah. Gaji tidak mampu dibayar, suasana tempat kerja tidak ubah seperti kandang kambing, pengurusan Jabatan semakin teruk etc.
  2. Kita mempunyai masalah dengan Jabatan. Contohnya Jabatan memang tidak suka kita, staf lain memboikot kita atau semua kebaikan kita dianggap jahat etc.
  3. Sememangnya kita bermasalah (ini masalah peribadi, tidak dibincang dlm bab ini). Tidak mampu mencapai KPI jabatan yang meletak MIT atau Harvard sebagai benchmarking. Atau kita sememangnya malas, tidak berdisiplin dan banyak sifat negatif lagi.

Apa kita nak buat?
Pernah ke kita terfikir sampai tahap ini? Mahu atau tidak mahu, percaya atau sebaliknya, jalan terakhir ialah kita pindah tempat kerja. Inilah keputusan yang paling berat tetapi terpaksa.

Cakap mudah sahaja pindah kerja, tetapi hakikatnya belum tahu. Mana tau lari dari mulut buaya masuk dalam jerat musang? Oklah kata kita sudah terpaksa kena pindah. Apa yang penting? Apa yang patut dibawa?

Kita bukannya boleh bawa ketua jabatan, kawan2 etc bersama, yang kita boleh BAWA ialah CV kita. Jika CV kita bagus alhamdullilah pasti dapat tempat kerja yang bagus dengan gaji yang menarik. Tetapi jika CV kita tidk ubah dengan CV semasa apply kerja dulu? ... nahas.

Jadi, apa2 pun yang penting sekarang ialah improve your CV (bukan CV cantik, tetapi new knowledge). Buat kerja terbaik sekarang. Mana tau esok hujan di tengahari... siapa tau?

Jika kita terpaksa pergi, pergilah dengan CV terbaik, bukannya bawa tin kosong!

(Bab Kerja Lepas PhD ini cuma draf sahaja – perubahan & finalized nanti dalam hardcopy)

1 comment: