21 May 2011

Pemilihan Penyelia 1 - Intro

Jauh kita pergi hingga ke akhir Chapter 11 iaitu 'kerja lepas PhD' (bab terakhir). Sekarang Kita kembali semula topik kita kepada bab permulaan membuat MSc/PhD.

Soalan
Ini adalah antara soalan2 umum atau FAQ yang pernah dan akan ditanya oleh pelajar apabila memcari penyelia:
  1. Siapa boleh jadi SV untuk buat MSc/PhD kita?
  2. Betul ke dia sv terbaik? Atau dia cuma nak cari student hanya untuk lengkapkan CVnya
  3. Betul ke dia pakar (sangat knowledgeable) dalam bidang ini? Atau baru semalam dapat mimpi nak buat bidang ni? Silap2 kita dan dia tengelam bersama labu2nya.
  4. Berapa banyak penerbitan (paper, buku etc) yang dia jadi corresponding author setakat ini? Masih aktif ke dia menulis? Kita takut dia cuma passenger saja.
  5. Ada banyak projek ke sekarang? Duit geran ada ke untuk biayai seluruh projek? Takut2 nak beli kertas A4 pun tak cukup, inikan pula nak bayar gaji RA.
  6. Kehidupan dia sibuk ke? Dia memegang jawatan penting ke? mudah ke nak jumpa dia? Sebab jam kita cuma ada no 12 sahaja, not 24.
  7. User friendly ke dia? Mudah ke dibawa berbincang? Dia manusia moody ke? Silap2 dia bersifat incredible hulk.... arrrr...
  8. Biasa students dia grad 'on time' ke? Silap2 bila nak abis candidature baru sibuk tulis tesis.
  9. Adakah dia akan bertangunjawab dan menolong atas segala kebajikan dan kesusahan kita sepanjang pengajian ini? Atau dia bersifat 'let go' saja? Atau bias terhadap pelajar tertentu? Kita pun ada kelemahan dan bukan nak menagih kasih sayang (kasih sayang? ... hehehe). Bukan nak menggoda, kita cuma nak cari ilmu.
  10. Adakah dia 'inspiring person'? Walaupun dia pasti tidak akan menang Nobel Prize ataupun wajib kalah diperingkat awal pertandingan lecturer paling hensem/cun di jabatan, sekurang2nya kita kagum dengan keiklasannya.
Semua persoalan ini boleh terjawap bila kita tanya diri sendiri dulu mampukah kita mengalas beban projek/title ini? Pada masa sama hubungi mana2 current student dan bekas pelajarnya untuk dapatkan recommendation dahulu. Opps.... sebelum menempah maut!!


(sesiapa mempunyai pengalaman2 dalam 'Pemilihan Penyelia' boleh kongsi reply untuk menolong atau sebagai panduan adik2 kita kemudian)

6 comments:

  1. Assalammualikum n salam satu malaysia.

    Pemilihan SV mmg pting even for FYP pun, apatah lagi utk MSc/PhD..becoz diorag la yg akan bantu kita utk rujuk, berbincang n sebagainye klu tsilap pilih stress sendiri la jawb nye..huhuhu

    Bagi saya pringkat pemilihan SV bukan saja bdasarkan berapa bayk dia publish paper,famous ke atau sbginye (tapi ssh nk jpa, moody, ssh nak dgr pendapat....Kadag2 SV yg baru pgang DR pun sngt smart dlam pengurusan projek,high tolenransi, mudah utk bbincng n bri pedpt....

    ReplyDelete
  2. Tips for sharing..
    1) Pikir projek apa nk buat....
    2) Survey Sv mana yg sesuai utk projek kite..
    3) Tye senior pye pgalaman dgn SV tsebut..
    4) Buat draf proposal mgenai projek utk SV pilihan kita tgk..(baru npak smagt kita ttg pjek tu)

    Please Commet....

    ReplyDelete
  3. apa pendapat Dr..kl student yg buat master bidang lain..n nak buat phd bidang lain...contohnya bidang fizik nak ke eng material...Dr. rs student tu boleh bg komitmen ker...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya amat mgalu2kan student dari physics, chemistry, math untuk sambung dlm bidang Eng Materials. Biasanya student physics atau chemistry mempunya fundamental sgt bagus. Sgt diperlukan untuk explain masalah engineering.

      Saya skrg ada seorg student physics dan seorg chemistry kedua2nya sgt cemerlang!!

      "Engineering perlukan pure science untuk pergi lebih tinggi"

      Delete
  4. Salam Dr,
    Bagaimana jika ada bad supervisor yang tidak pandai menyelia pelajar dah masa makin terhad, tinggal setahun (boleh extend setahun lagi). Penyelia tidak ambil kisah data, perkembangan student dan bila hanta writing stuff tidak semak dengan mendalam. Ingatkan berfikiran positif, berusaha dan independent dapat membantu, namun terasa semakin kritikal bila beberapa student berhenti oor tukar penyelia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsm, sudah pergi bincang terus terang (mcm dari hati ke hati) dgn SV? Tapi kalau masih sama, tindakan drastic perlu diambil contohya tukar SV :(

      Delete