02 July 2011

Pemilihan Penyelia 3b – Banyak Bidang

Kenapa kita mesti elak memilih sv yang banyak bidang ini penting?

(a) Nak jimat masa
-       Benda paling berharga ialah masa. Masa 3++ tahun buat postgrad bagaikan 3 hari sahaja. Silap buat kerja, pasti tidak boleh kembali walau sesaat.
-       Belum sempat nak buat Folder File "Ini Tesis Aku", sudah dapat surat dari majikan suruh balik sebab sudah terlebih 3 tahun!!
-       Perjalanan ini diharapkan berjalan atas highway tanpa tol, tanpa roadblock, tanpa jem... yang ada aku dan phd aku sahaja.

(b) Nak publish tempat bagus
-       Cabaran publication makin meningkat. Impact Factor perlahan2 meninggalkan takat keupayaan kita. Data2 dan kaedah2 terbaru semakin sukar difahami, lagi susah untuk dibuat.
-       Sv boleh terus hasilkan paper detail, bukannya masa try and error experiment lagi atau kajian on surface sahaja. Manuskrip kajian on surface akan direject oleh kerani editor lagi.

(c) Tak perlu ramai sv
-       Cari ramai sv sebab nak cover banyak bahagian yang main sv tak tahu.
-       tetapi kita lupa agi ramai, lagi banyak kepala. Lagi memeningkan kepala (ya kepala student la).

(d) Asas kukuh
-       Concept field itu sudah tertanam kukuh dalam kepala sv kerana dia sv dah lama buat benda ni. Jika ada research baru, ia tetap atas landasan teori yang sama.
-       Jika ada masalah cepat boleh selesai. Tidak perlu tanya orang. Tidak perlu email prof tu atau buang masa tanya prof ni.

(e) Alat semua sudah ready
-       Kita terus buat sahaja. Kalau menunggu pun sebab data terlalu banyak nak copy.
-       tidak perlu ada ayat, "kalau dapat geran ni, kita beli alat tu", "alat kita akan sampai tahun depan", "awak pergi pinjam dengan lab sebelah" etc. 


ini kepakaran saya ... ini kuali saya
Takkan bertahun2 jadi sv alat paling penting tak boleh beli? Katanya pakar dalam bidang Nasi Lemak.
"Woit... takkan periuk pun nak pinjam?"

Garisan Bawah
Kurangkan internal problem... masa sangat terhad!

No comments:

Post a Comment