09 July 2011

Pemilihan Penyelia 5 – Motivator

Lost?.... let me show the way!
"Aku rasa cukuplah setakat ini....  makin hari makin lemah semangat ni.... dan hari ni berani diri berdepan dengan bos (sv) pasal benda ini"

Pagi itu, itulah ayat2 sedih dia luahkan sebelum jumpa sv.  Umpama pejuang mengangkat kain putih.... surrender

Semua orang students postgrad dalam lab tumpang sedih. Bukan hanya sedih mengenang nasib dia saja, tetapi automatic terus memikirkan future diri sendiri jugak!

Surat berenti belajar untuk dihantar ke IPS ada ditangannya. Sekali dibuka dan dua kali dilipatnya. Nampaknya dia masih sayang untuk mengaku kalah. Masih lagi ada sisa2 dan cita2 untuk terus memikul sebuah peluang yang hanya datang sekali in life time.

Dia tiada daya untuk meneruskan larian terakhir (sudah masuk 2nd year) kerana masalah bertimbun2. Dari masalah tidak memdapatkan 'good results" hinggalah masalah peribadi.

Dari pagi sampai tengah hari dia masih lagi di bilik bos. Students lain yang berada di lab pun tertanya2 kenapa lama sangat meeting dia dgn bos.
"Ni mesti bos mengamuk marah...."
Paling negative ada yang kata, ".. aku rasa dia menagis la kat bilik bos tuh.... sadis... sadis...."

Lepas tu baru dia masuk balik lab. Tapi.... dia masuk dengan tersenyum2, hepi, bersemangat malah gelak2 lagi. 100% lari dari expectation semua orang!

Students semua hairan, tadi sangat sedih tetapi sekarang sangat bersemangat. Apakah magic yang telah terjadi pada hari ini? Siapa pun xfaham. Students lain cuma tunggu saja apa kata dia,

"ko orang mesti xcaya... bos suruh aku convert ke PhD!!"

Tiada teori mahupun hukum sains yang boleh fikir untuk memahami keadaan ini. Bayangkan, daripada tiada results experiment yang bagus hinggalah semangat yang hilang, tapi terus  suruh convert PhD!!

Walau apapun alasan bos, apapun pelajar lain fikir, apapun persepsi pembantu makmal dan tak kisah tukang cuci makmal tahu atau tidak apa itu 'convert'...., paling penting seorang penyelia yang hebat bukan hanya mampu memberi motivasi malah mengubah 180 darjah pelajarnya!!

Berubah daripada nyawa2 ikan katak (lepas dipijak oleh anak kambing) kepada menjadi anggota laskar pelangi dan terus berlari...... mengejar mimpi.


Kata Pujuk cikgu mus, “laskar pelangi... ayuh kita puuulanggg....”



2 comments:

  1. Slm,...Dr..jalan cerita diats based on your self ke?? hehe coz bila saya baca mcm terkene kt diri sendiri je..yang part buka n lipat surat berhti tu...tapi different situation..saya dlm alam pkerjaan... dah putus asa ngan projek (kene komen) tpi lastly..rasa bahagia coz idea saya diterima..hehe..For all followers dont givup :) coz Setiap yang terjadi ada hikmahnya..gambate..cayok-cayok..From HAS

    ReplyDelete
  2. wsm Anonymous, thanks for the comments.... mula2 skali saya sudah agak orang akan kata ini kisah benar. sebenarnya ini cuma rekaan/imaginasi saya sahaja berdasarkan fakta2 umum senario pelajar postgrad (mungkin terceduk sedikit kisah betul). Jika ada yg sama dgn kisah anda... saya minta maaf. tp betul kata tu..."setiap yang terjadi ada hikmahnya"...

    ReplyDelete