23 January 2011

Kerja Selepas PhD – Tempat Kerja (Part 2)

Jika ditanya pelajar yang buat PhD, “lepas ni nak kerja apa?”. Kebanyakan malu untuk menyatakan cita2 masing. Nak kata “nak jadi pensyarah” mungkin terlalu hebat. Tetapi inilah cita2 sebenar mereka.


Kebanyakan orang yang mempunyai PhD biasanya akan berakhir di:
i.     Pusat penyelidikan
ii.    Universiti


i. Pusat penyelidikan

Bagi yang berminat berperap dalam makmal, sukakan meeting dan pening dengan commercialization, inilah tempatnya.  

Jika dilihat di Malaysia pusat penyelidikan biasanya dibawah geran kerajaan ie SIRIM, MARDI, FRIM etc. Terdapat juga syarikat GLC yang mempunyai pusat penyelidikan masing2 contohnya Telekom RnD, TNB Research etc. Biasanya mereka tidak memerlukan ramai orang bertaraf ‘Dr’. Cukuplah dua-tiga orang sahaja yang ada PhD. Jauh sekali dengan negara maju dengan Makmal Kebangsaan (National Lab) bersaing hebat dengan universiti.

Jarang sekali kilang mempunyai jabatan penyelidikan. Jika ada pun kilang2 multinational i.e. Intel. Itu ramai yang tidak tahan dengan KPI jabatan terlalu tinggi. Ini memyebabkan mereka sendiri lari kepada universiti.

Setelah gaji dikaji semula pada 2007 dan dipermudahkan kenaikan pangkat Pensyarah Kanan, menyebabkan Gred DS45 dan DS51 menjadi reputan (kalau tidak percaya, tanya Dekan berapa CV dia dapat setahun?). Jika dibandingkan ‘sakit kepala’ kerja kilang dengan gaji pensyarah awam, lebih baik mereka berkhidmat untuk negara! 

ii. Universiti

Tempat inilah menjadi impian kebanyakan pemegang PhD. Tempat mengjadi kebanggaan keluarga.

Di Malaysia, universiti telah mengalami evolusi sejajar dengan anjakan pendidikan dunia. Jika dahulu universiti hanya fokus kepada mengajar (teaching university, TU) sahaja, hari ini telah muncul universiti penyelidikan (research university, RU). Sekarang ini ada UM, USM, UKM dan UPM. Manakala UTM telah pun baru jadi member as new kid on the block.

Bagi RU fokusnya lebih kepada penyelidikan. Mereka akan memperbanyakkan pelajar pasca-siswazah. Geran penyelidikan juga diberikan dengan mudah dan banyak kepada RU. Sasaran utama ialah menambahkan penyelidikan.

Sasaran utama ialah penyelidikan untuk rakyat (sebab ini tax payer money). Jika tidak mampu mengeluarkan produk untuk komersial (peluang kerja), cukuplah dengan membuat penerbitan. Jika penerbitan pun tidak mampu dibuat? Cukuplah dengan mengeluarkan sumber manusia (pelajar postgrad dan tesis).

Lebihan pelajar under-grad akan ditampung oleh TU. Sebab itulah jika kita lihat kawan2 kita di TU, mereka terpaksa mengajar 10-18 jam seminggu! (untuk perbandingan,  di RU mengajar cuma 3+1 jam sahaja seminggu!). Kebanyakan masa pensyarah TU dihabiskan banyak di dalam kelas, jika dibandingkan dalam makmal.

Walau bagaimanapun kita ingin mengucapkan syabas juga kepada mereka. Kenapa? walaupun sibuk mengajar pagi-petang, ada di antara mereka mampu terbitan artikel di jurnal2 terbaik dunia.

Jadi pilihlah yang mana kita suka RU atau TU? (saya sendiri pernah merasai kedua2nya).

21 January 2011

09 January 2011

Linden's Handbook of Batteries 4th Edition


This is a newer edition of Handbook of batteries edited by Thomas Reddy. The book was renamed to Linden’s Handbook of Batteries contribute to the first author of the book (David Linden).


This is a most useful and comprehensive guide or reference for almost major battery type, design, characteristics and application. A few chapters about fuel cells and capacitor are included. 

We can say that this must have book for those who are involve with batteries. The Handbook is required reading for all of students or new researchers.

Price: RM639.95 (you can email to USM Book Store: sufiankb@eng.usm.my)