30 December 2011

Langkah Mula 1 - First Meeting

Pernah terbaca student PhD tanya, "What should I ask my supervisor for the first meeting?

Rasanya macam nak jawap saja persoalan ni dengan lawak bodoh,
"minta gaji RA lebih sikit"
"minta meja dan kerusi di bilik postgrad dan lab dulu"
"tanya SV minat Liverpool atau Manchester United?"

Atau buat rayuan,
"saya ni slow sikit, harap prof jangan push sangat"
"saya ni ada anak ramai, prof jangan harap saya laju macam student lain"
"saya tidak bercita2 tinggi prof, kalau dapat letak huruf 'DR' di depan nama saya pun cukup. Ketua Jabatan pun sangat happi"

Atau buat statement macam orang pergi interview (sebab masih bersemangat nih),
"prof cakap je apa saja, saya boleh buat!"
"kalau prof suruh datang 7am, sebelum subuh saya boleh sampai!"

Ada lagi perkara sesuai untuk first meeting?

A.M. Tarbush 1

Training Lens 50 mm f/1.8

Restaurant A.M. Tarbush, KB
Canon 60D|f/3.5|1/60 sec|50mm|ISO3200

28 December 2011

training macro + lens 50 mm f/1.8



same place, same insect, same camera .... but different photographer (curi gambar dr fb paih)
belum lagi sampai tahap expert ni
 



23 December 2011

Tukar MSc ke PhD 5 - Gagal

(ini ialah entry terakhir untuk bab Tukar MSc ke PhD, segala perubahan akan diletakkan dalam hardcopy nanti)

Jika ditakdirkan gagal, Insya Allah kita terima hakikat kegagalan ini dengan hati terbuka. Cuba lihat kelemahan diri sendiri sebelum menuduh orang lain. Mungkin bukannya rezeki kita kali ini. That’s it. No big deal.

Ya memang betul kita tidak mampu untuk menyakinkan ahli panel yang ternyata hebat2 belaka. Jika panel suruh kita bijak seperti dia jugak, pasti tidak akan jadi. Pasti akan jadi dua bijik juga. Pengalaman dan ilmu panel pasti banyak sebab dia terlebih dulu makan garam ajinomoto. Pasti tidak sama kita dengan dia.

Jika sudah ada tangapan panel bahawa conversion hanya kepada siapa yang "sudah published dalam jurnal Nature atau Science sahaja". Pasti semua orang akan gagal. Pengerusi viva pun boleh gagal. Sedangkan examiner publish dalam surat khabar pun tidak ada, jauh sekali dalam jurnal berimpak faktor.

Malah jika minda panel telah ditohmah dan telah disetkan bahawa "budak ni tak bagus.... Budak ni hampeh.... Budak ni bermasalah....", pasti kita akan gagal.

Kegagalan bukan hanya disebabkan ketidakupayaan kita membuat experiment yang terbaik atau tidak mampu untuk bercakap dengan sempurna. Macam2 doa sudah dibaca. Berliter air jampi sudah minum, dan bergelen buat mandi pun sudah (walaupun tiada dalam manual mantera jampi suruh buat mandi).

Tetapi apabila gajah (examiner) dengan gajah (sv) bertempur, anak gajah (student) pasti terpijak, terpenyet dan ada yang terkorban. Masalah peribadi, bergaduh pasal hijack student, bising pasal berebut geran etc, dibungkus dan dibawa sekali dalam viva.

Walau gagal sekali pun, kita tetap berjaya. Berjaya menyiapkan 2/3 tesis MSc. Perlu tambah sedikit lagi untuk siapkan tesis. Siapkan MSc dulu. Mantapkan semua kemahiran dan minimumkan segala kekurangan. Insya-Allah boleh speed up semasa PhD nanti.


SV kena bagi motivasi secara baik2 dan iklas kepada pelajar kenapa student gagal dalam conversion. Jika student perlukan tempoh bertenang dulu, “please  take your time...”.

Kalah tidak memestinya tewas. Tersungkur tidak berertinya mati. Setiap benda itu ada hikmahnya. Percayalah. Tidak bermakna Tuhan tidak sayangkan kerana tidak bagi sesuatu. Jika tidak sudah lama pak imam pakai Ferrari, tapi bukan sekarang pemberiannya atau pemberian dalam bentuk dan keupayaan lain. 


‘Nikmat’ sebuah kegagalan mungkin tiada ada atau pernah dirasai oleh orang lain. Hanya kita dan kita sahaja tahu! 


Garisan bawah: 
1. Kepada calon master, if you have dreams.... go and get it, Tiger! 
2. Kepada yang tidak berjaya, Steve Jobs kata “Stay Hungry. Stay Foolish”.

14 December 2011

Tukar MSc ke PhD 5 - Berjaya


"menang jadi arang, kalah jadi angry birds! "

Dalam kes ini tiada siapa yang untung dan tidak pasti siapa akan rugi. Jika kita sangat bangga tentang kejayaan ini, sebenarnya kita "rugi". Jika kita gagal, tidak semestinya "dunia nak kiamat".

Berjaya
Jika berjaya Alhamdullilah. Sekurang2 Facebook penuh ucapan tahniah, jika tidak pun kurang sedikit daripada ucapan semasa birthday.

Jika kita insan sentiasa cemerlang. Tahniah untuk diri sendiri. Kita berjaya lagi. Kita terbaik dulu, terbaik hari ini dan esok. Kekalkan kecemerlang kita tanpa lupa rasmi padi.

Jika dulu hidup selalu susah.  Tidak pernah bernasib baik. Dari tadika hingga Tingkatan 5, tidak pernah dapat no. 1. Kini kita mampu mengubahnya. Bagaikan menunggu elektron di petala L untuk tergolek ke K.  Tenaga dibebaskan untuk memancarkan sinar keyakinan. Walaupun ia spektrum tidak nampak, sekurang-kurangnya diri sendiri yang tahu.

Kita telah berjaya mengubah secupak jadi segantang. Membuang cemuhan bahawa conversion hanya untuk orang2 tertentu sahaja. Conversion bukan hanya untuk anak profesor, tetapi anak tukang sapu bilik profesor pun boleh buat!

blur and long way to go...
Kita boleh melakukan yang terbaik untuk masa depan sendiri. Tidak kira bila dan bagaimana kita bermula. Ada yang bermula dengan ngesot (menggelongsor), bagus sikit merangkak, ada yang hebat terus berlari dan terus terbang.

Tetapi ingat! Supaya kita termakan khayalan kejayaan, sebenarnya kita cuma boleh memendekkan masa untuk graduate.

Sedar atau tidak sedar kita akan mengurangkan masa untuk maximize cari pengalaman. Proses try n error buat experiment dalam makmal pasti tidak sama dengan hanya baca jurnal dalam bilik. Jika masa postgrad pun sudah sikit masa diluang dalam lab, janganlah harap dah jadi lecturer nak turun lab (cuba bilangan berapa kali sv kita masuk lab setahun huh?)

Kita tidak perlu risau dengan schoolarship sebab sponsor dengan hepinya akan sambungkan MSc 2 tahun jadi PhD 3 tahun. Pasti elaun akan bertambah. Saat inilah mula berani cakap "mana lebih baik, Toyota ke Honda?

Sedangkan cabaran anda lagi besar menanti di depan.

11 December 2011

dark of the moon (10 Dec 2011)

Bila datang gerhana - teringat FYP dulu.




FYP dulu tajuk "Sunspot and Sun Eclipse" ... xde kena-megena dgn Materials!! :(

Dunia... dalam 2-3 patah perkataan

Tadi  masa kuliah tokguru cerita berkenaan alkisah dahulukala tentang definasi “Dunia”.

Satu hari raja muda menjemput bijak pandai untuk bercerita “Apakah dunia?”. Maka berconference dan berbincanglah bijak pandai untuk menjawap soalan ini. Setelah berapa lama, siaplah buku menjawap soalan untuk diserahkan kepada raja ini. Tetapi bukunya terlalu banyak hingga memerlukan 50 ekor unta membawanya.
Berkata raja, “Manalah sempat beta baca semua buku ni. Bolehkah kamu ringkaskan?”

Maka bersidanglah lagi bijak-pandai negara tersebut untuk kali kedua. Setelah berbincang dan debat. Maka mereka tulis buku-buku meringkaskan lagi. Walaupun ringkas, masih lagi memerlukan seekor unta untuk untuk membawa buku2 ini. Bila diserahkan kepada raja (baru naik tahta), “Beta terlalu sibuk untuk baca buku2 ini, boleh kah kamu ringkaskan lagi?”

Bersidanglah lagi ahli bijak pandai ni. Diringkaskan cerita, buku2 tersebut menjadi sebijik buku tebal. Bila dibawa kepada Raja, “Kamu tengoklah beta sudah tua, mana ada masa boleh baca buku tebal2 ini. Boleh kamu ringkaskan lagi”. 

Bersidanglah lagi pakar bijak pandai ini. Hinggalah mereka ringkaskan buku tadi kepada risalah kecil. Dibawa kepada raja yang sudah tua, baginda kata “beta sakit, mana mampu baca risalah ini. Boleh diringkaskan lagi?”.

Berhimpunlah lagi pakar-pakar ini. Hinggalah mereka meringkaskan jawapan tersebut kepada 2-3 patah perkataan. Bila tiba saat ini, raja sudah sakit kuat kerana sudah tua. Bijak pandai ini hanya boleh berbisik ke telingga raja untuk memberikan jawapannya.




Perkataan yang diucapkan oleh bijakpandai ni ialah, "dunia ni susah!"




Antara doa Rasulullah SAW Bersabda, maksudnya :
‘Ya Allah, tidak ada yang mudah, kecuali sesuatu yang Engkau jadikan mudah, Engkaulah yang menjadikan susah menjadi mudah dengan kehendakMu’
(Hadis Riwayat Abu Daud)

09 December 2011

Tukar MSc ke PhD 4 - Committee 2


2. Panel separuh rasmi
Formatnya sama juga. Masih lagi dengan seorang internal examiner sahaja. Biasanya internal examiner sahaja, tidak perlu external examiner.

Cuma bezanya student kena buat public presentation. Presentation boleh dihadiri oleh siapa saja. Profesor, bakal profesor, kawan dan lawan. Malah tukang kebun nak masuk pun boleh! Paling penting examiner kena hadir.

multiple choice questions...
Presentation sama macam presentation di conference, di Postgradute Days Seminar atau presentation depan sv semasa Weekly Progress Report. Bezanya cuma orang ramai diberi peluang untuk bertanya. Dan semestinya examiner akan bertanya.

Paling terharu apabila semua orang mahu show off (tunjuk2) dia bijak dengan tanya soalan tricky. Orang yang bertanya tiada madalah, yang susahnya kita yang nak jawap!



dragon ball

05 December 2011

01 December 2011

Tukar MSc ke PhD 4 - Committee 1

Pembentukan Jawatan Kuasa Viva (JKV) adalah bergantung kepada Jabatan. Lain jabatan berbeza kaedahnya. Ada yang simple, banyak yang hemtam ikut suka dan yang nak buat macam pemilihan pemenang Nobel Prize pun berlambak!

Paling penting dalam JKV ini ialah examiner(s) tesis. Tesis ini sebenarnya cuma 'mini tesis'. Maximum mukasurat hanyalah 50 ms.

Faslum, dicerai-ceraikan akan ia kepada beberapa perkara:

1. Panel Koboi
Jawatan Kuasa Pascasiswazah (JKP) peringkat jabatan hanya melantik seorang saja panel. Panel ialah orang dalam Jabatan juga, bukannya orang luar. Dialah internal examiner untuk tesis.  Dialah yang baca tesis. Dialah yang handle viva. Dia sorang sajalah yang kata 'Yes' atau 'No' dalam laporan nanti. Walaupun seorang, tahap profesionalnya sangat tinggi.

JKP biasanya melantik orang hampir dengan bidang pelajar yang buat. Dia mestilah staf senior, contohnya profesor.

Pelajar akan jumpa face-to-face dengan dia sorang. Tidak perlu pinjam tie. Tidak perlu sediakan PPt presentation. Tidak perlu booking bilik meeting utama. Cukuplah jumpa dia di biliknya pada hari dan masa yang dipersetujui. Cuma jawap soalan yang ditanya!

Jika ditakdirkan professor tu masuk hospital sebab patah kaki jatuh basikal, terpaksalah kita viva di hospital juga. Walaupun terlantar atas katil dan kaki tergantung, pasti 2-3 kali kita masuk tandas sebelum jumpa dia....!

Seyogia diingatkan, tidak perlu lah bawa minuman atau kuih semasa viva ni, sebab dia memang xmakan rasuah! Kena tembak baru tau!!