Masalah Writer's Block adalah masalah semua orang. Ada orang tiba2 hilang idea ditenggah-tengah jari masih melekat di keyboard. Malah, belum mula menulis (atau menaip) idea hilang dicelah bacaan News dan FB!
Pesan Tokguru ialah:
Tip #1: Ambil wuduk sebelum menulis
Wuduk dapat membersih kotoran dosa yang dibawa oleh tangan, mulut, mata, telingga dan kaki. Refreshment ini bagus untuk fisikal dan minda!
Tip #2: Selalu mengharapkan ilham daripada Allah swt
Menulis memerlukan idea. Kena ada ilham. Manakan menulis tanpa ilham. Tidak lain tidak bukan... Ilham ini datang daripada Allah swt. Jika Dia block minda kita, maka terkais-kaislah kita seperti ayam memcari makanan diwaktu pagi dan petang.
Pernah semasa kursus awal2 menjadi pensyarah dulu, ada professor bercerita berkenaan Syeikh Abdul Qadir Jailani dengan anaknya. Syeikh Abdul Qadir Jailani ini mempunyai beribu students.
Suatu hari anak kepada Syeikh Abdul Qadir Jailani meminta izin daripada ayahnya untuk mengajar (mengambil tempat ayahnya) students tersebut.
Kata anak, "Ayah izinkan saya menggantikan tempat ayah untuk mengajar students ini? Kerana saya telah berilmu dan telah belajar daripada ramai tokguru lain"
Syeikh Abdul Qadir Jailani kata "silakan anakku..."
Setelah beberapa lama anaknya mengajar, didapati students makin hari semakin berkurangan (mungkin lecture tak bagus).
Anaknya risau dan bertanya kepada ayahnya.
Anak, "kenapa students saya semakin berkurang?"
Lantas Syeikh Abdul Qadir Jailani berkata "Anakku.... engkau mengajar dengan bersandarkan kehebatan ilmu yang engkau miliki, dengan banyaknya kitab engkau khatam, dengan ramainya tokguru2 yang engkau bertalaqqi..... tetapi aku bila mengajar pergantungan aku hanya kepada Allah swt. Setiap saat dalam hatiku berkata... Ya Allah berikan aku ilham untuk berkata2, untuk mengajar...".
So marilah kita bergantung kepada yang sebenar2nya dalam proses menulis ini. Bukannya sombong dalam hati "aku hebat... aku grad daripada MIT!"
Tip #3: Self-imposed restrictions
No internet in the mornings before writing (only email)!
Tip #4: Budaya (culture)
Menulis ini budaya. Jika belum lagi jadi budaya kenalah pupuk. Ia tidak datang bergolek dengan tiba-tiba. Cuba target menulis 300 perkataan sehari (1 muka surat). Tulislah apa saja yang bermanfaat.
Perang walaupun negative, tetapi ada hikmahnya. Perang Syria telah memdedahkan kita kepada beberapa ulama besar dari Syria dan salah seorangnya ialah Syeikh Muhammad Ali As-Sobuni. Diceritakan, dia menulis berpuluh buku dan telah dicetak berjuta naskah. Jika dia nak jadi jutawan, sudah tentu dapat daripada hasil royalti.
Antara keunikkan syeikh ini ialah 'sentiasa menulis'. Masa travel, masa kat hotel... masanya digunakan untuk menulis.
Semoga kita dapat budaya ini, amin
entry yang interesting:) setuju!!! ilmu yang sebenar tidak lain adalah milik maha pencipta..
ReplyDelete