Jika baru tahu (dah dekat nak submit
tesis) penyakit sudah parah. Sudah tidak boleh di selamatkan lagi. Sudah
terlambat untuk membuat apa2 rawatan. Jauh sekali nak buat latihan. Jika ada
pun, doctor kata "boleh wat balik rumah je.... ".
So kita patut diagnosis awal2, takut2
ada penyakit. Pemeriksaan dilakukan secara berkala. Secara sistematik. Jika ada
tanda2 awal penyakit dalam penulisan. Harap boleh diubati sekarang.
Untuk menunggu student siap experiment
PhD lama sangat. Mungkin satu semester atau satu tahun baru mula nak menulis.
Jadi lambatlah SV diagnosis hasil pertama tulisan student tersebut. Kot2 ada
cancer, ada allergic tengok monitor, phobia sentuh keyboard atau geli pegang
mouse.
Belajar menulis bukannya nak target
terus boleh publish dalam high impact factor journal. Cukuplah hanya scientific
report biasa sahaja dulu. Asalkan boleh bezakan abstract dan conclusion pun ok.
Bila sudah dapat bezakan sesuatu, SV
boleh tengok kemampuan student menulis secara cermat tanpa ada kesalahan
technical, typo error etc.
Kalau dari mata turun ke hati, kini
dari tulisan ceritakan pengetahuan penulis. Jika student boleh berfikir secara
scientific, logic, creative dan critical ini menunjukan dia banyak membaca. Dia
tahu apa yang dia buat.
Walaupun banyak mana senarai
references ditulis, tak semestinya penulisnya faham. Ada student cuba bodek
penulisan dengan list jurnal2 terbaik, tetapi understanding nya terbabas masuk
longkang!
Jarang sangat dapat student yang terus
sempurna pada laporan pertama. Tetapi setiap comments dari SV boleh digunakan
oleh student belajar belajar menulis. Atau tahu gaya dan approach penulisan sv.
Jika student mampu pergi jauh lain,
baru beralih ke format journal. Adakala SV mendapat student memang hebat,
sekarang bolehlah SV koyal nak target high impact journal.
Ini baru peringkat RA. Peringkat
training. Tetapi sudah bagus. Bayangkan student ini bila register posgrad....
Insya Allah boleh terbang. Patah sayap pun bertongkat paruh.
Apa nak tulis?
Jika kita dapat SV yang berpengalaman,
pasti banyak ilmu dapat diambil. Kalau buat dengan SV baru .... kitalah bahan
experiment itu!
Student FYP biasanya buat project
tikus putih. Project baru SV nak acu cuba try test. Biasalah adakala ok, banyak
kala baru nak kenal rupa. Jika project tak ok, lupakan bidang baru ni. Jika ok
pun, tempoh 4 bulan mungkin hanya siap experiment dan laporan. Manakala bila
suruh tulis paper, mereka hanya copy-paste dari laporan.
Banyak benda yang tak betul lagi dalam
paper FYP ni. Tapi project ini ada potential utk upgrade ke project postgrad.
Cuma detail concept ini akan di update
student pre-postgrad.
Jika experiment belum sampai tahap
paper, student pre-postgrad boleh buat. Jika semua results dan data ok,
teruskan update menulis.
2. Paper Postgrad
Proses submission paper ada sangat
cepat (bila kena reject) dan biasanya terlalu lama. Malah student postgrad
sudah grad, barulah comments sampai.
Jika comments simple, SV boleh update
terus. Masalah akan timbul bila reviewers minta
confirmation results tersebut dengan extra experiment. Jika SV nak buat
experiment, memang takda masa.
Inilah peluang untuk student baru redo
atau tambah experiment. Tambah experiment bukan setakat tambah experiment atau
replot graf baru, tapi kena tulis balik. Restructure semua ayat atau storyline.
So SV bolehlah tengok student ni boleh
ke improve old paper? Atau jadi tikus baiki labu.
3. Lab Manual
Tiada apa nak tulis, update saja undergraduate
lab manual. Sekurang2nya berubah sikit manual ni. Mungkin kali terakhir update
dulu masa perang Jepun. Senior report dah
passing generasi demi generasi.
Redo experiment dalam manual tersebut
dengan material lain. Buat skima jawapan seperti format jurnal. Jika ada result
bagus bolehlah cuba2 submit ke jurnal. Jurnal biasa pun ok. Sekurang2nya
students undergrad boleh download dan baca sebelum masuk lab.
InsyaAllah, terima kasih atas nasihat Dr AAM.. boleh dipraktiskan! almaklum sekarang ni pun saya tgh belajar menulis ... :)
ReplyDeleteDr Sz, Insya Allah... sama2 kita terus menulis
ReplyDeleteDr...bagi student postgrad (especially PhD) is it better to start by writting a review paper? atau cukup sekadar proposal (utk apply PhD & grant) dan trus proceed with lab works?
ReplyDelete~white rose~
Bab tulis "Review Paper" saya akan bincang detail kemudian.
ReplyDeleteSecara amnya ... menulis Review Paper ada ethic (moral principles) yang tidak tertulis di mn2. Menulis Review Paper mestilah berdasarkan pengalaman penulis (especially SV). Bukannya hanya baca dan compile jurnal2 orang lain (satu pun tiada paper penulis).
Biasanya penulis paper review dari negara maju membuat review selepas 3-5 tahun buat bidang tersebut. Jika dia tak buat review dia terus buat buku.
Jika SV kita sudah lama dan banyak paper dlm bidang ini oklah student SV suruh student dia buat Review Paper. Jika ada kesilapan understanding.... dgn mudah SV edit/tegur.
Takkan SV tak pernah buat nasik lemak (baru nak masuk bidang ni), terus suruh student dia buat review paper pasal nasik lemak dan publish di mn2 jurnal?
utk student PhD cukup lah buat proposal.... Insya Allah hujung2 PhD nanti boleh buat Review Paper dengan syarat dah banyak paper publish (in good journal la...)
ReplyDeletetrima kasih Dr for your reply. hmm sy setuju dgn pendapat Dr. nak tulis review paper perlukan pengalaman penulis. tapi in the other hand, sy jugak ade pikir bagus jugak kalau student PhD start dgn review paper dgn syarat SV mesti seorang yg dah pandai buat nasik lemak yg sedap & berbagai lauk la bkn sama level dgn student yg baru nak blaja buat nasik lemak yg sedap tu. banyak jugak manfaat yg sy nampak(tlg btulkan ye kalau sy slh Dr)& dapat drpd seseorang yg share pengalaman die sendiri, cth nya : 1-student byk bc & fhm bidang dia (xterkeluar topik), 2- elakkan plagiat (copy paste projek org), 3- x buat projek yg sama atau too similar (hanya tukar slh 1 material may be), 4-awal2 dah ada publication...mungkin di malaysia scenario ni xnmpk...tapi kalau kat oversea especially top univ in UK, publication (especially review paper for the beginners) sgt penting..kalau review pun xboleh buat dgn baik..so macam mana boleh conduct exp?how confident are you to publish ur results? how far it is true??? but the only bad thing I noticed is lambat la sikit buat keje lab.
ReplyDeleteto fly high up in the air with fast speed is really GOOD...there's no doubt bout that....but make sure u landed on the rite track...jgn pulak nak landing nya dekat tokyo tapi tersasar ke korea pulak.haha =)
psssttt Dr...i'm waiting for ur next post =)
~white rose~
ok. yang penting salah seorang penulisnya ... mesti otai dalam "nasik lemak" ni.
ReplyDelete