18 April 2012

Laporan Kemajuan 4 | Content 2: Literature kertas-jurnal

"Learn to be critical of what you read, and dont assume it is correct because it is published!"

Tinjauan literature kertas-jurnal penting untuk mengetahui status terbaru Problem Statement. Inilah yang perlu kita baca dan faham.

Disebabkan presentation cuma 10 min, pelajar hanya perlu present literature yang berkaitan dengan results semasa saja. Bukannya present semua benda yang melibatkan kajian PhD kita.

Kata PR kali ini berkenaan "effect of heat of phase transition", alat yang digunakan ialah XRD. Jadi kita perlu cari sekurang2nya 10 papers yang berkaitan keywords 'heat', 'phase transition' dan 'XRD'. Rasanya tidak perlu baca sampai 10 papers, 3 papers pun kita dah faham apa dia XRD nak bagitau, apa experiment yang patut buat, apa analysis perlu nyatakan dan apa kesimpulan perlu ada. So ambil 3 papers ini (bahagian XRD sahaja) buat ppt.

Proses review kertas jurnal, bukan sahaja dapat meningkatkan knowledge, finding gaps dan menentukan target results kita, keyakinan dalam penyampaian sendiri juga akan bertambah. Ia juga boleh digunakan sebagai kelas kecil untuk mengajar kawan-kawan yang lain. Cuba sematkan dalam hati inilah masa terbaik untuk aku buktikan bahawa aku memang pakar dalam subjek ini!.

Tetapi yang paling penting sekali bagi penyelia ialah melihat pelajarnya mampu membaca atau tidak. Dari segi kandungan, penyampaian dan ulasan pelajar terhadap kertas-jurnal yang dibacanya, penyelia mampu membezakan siapa yang mampu membaca literature dengan baik atau sebaliknya.
see expert do the experiment!

Keupayaan membaca merupakan elemen utama sebelum pelajar mampu menulis. Apa akan jadi jika pelajar tidak mampu membaca tetapi mereka terus hendak menulis?

Sebenarnya SV juga dapat banyak ilmu daripada LR yang dibawa oleh students. Bagi student yang bijak, rajin dan kreatif, entah dari mana sources yang dijumpa dan dibawa untuk kongsi bersama.

Pernah sekali ada student FYP menceritakan 'classification morphologes of steel in seawater', rupa2nya ada banyak jenis morphological. Malah namanya pun berbeza. Malu SV yang dah mengajar 10 thn tapi hari ini, dalam kelas PR baru tahu. Yang bagitau pun student undergrad!!

No comments:

Post a Comment