24 February 2012

Langkah Mula 5 - Penentuan


"Yesterday is gone. tomorrow isn't certain. So you better to start today!"

Setelah habis tempoh percubaan atau telah selesai membuat ketiga2 latihan asas di atas, SV pasti dapat membuat kesimpulan terhadap ciri2 pelajar tersebut. Adakan bagus untuk diteruskan atau setakat ini sajalah.

Tidak sesuai
Jika SV lihat student sudah terbabas masuk parit, terhimpit oleh mesin tensile, pening terhidu acetone etc, dengan bijaknya SV akan menarik/mengurangkan tasks satu per satu. Buat apa teruskan jika student tidak faham apa dia buat.

Pada saat ini student perlu menerima kenyataan bahawa bidang (group SV) tidak sesuai baginya. Mungkin student perlu cari lagi apakah bidang sesuai baginya daripada berusaha gigih tapi tidak ke mana pun. Perkataan "tidak sesuai" adalah lebih tepat daripada kata student bodoh.

Setiap insan ada kelebihan masing2. Mungkin baginya approach chemistry adalah lebih baik daripada mathematical modelling. Mungkin senang baginya makan roti canai daripada nasi lemak.

Student bolehlah minta berenti dan carilah SV lain. Dengan senangnya SV kata "itulah yang terbaik untuk anda".

Sesuai
Bagi pelajar yang boleh buat ketiga2 tasks di atas dengan sempurna, dengan senangnya SV akan kata "saya bagi kau kebebasan, buatlah PhD independently ..... cuma jangan lupa progress report meeting".

Tiga perkara ini (proposal, writing, mini project) hanyalah secebis rasa rencah kehidupan student postgrad. Ini belum lagi secukup rasa. Belum lagi jumpa real problem.

Jika setakat ini kita berjaya, tahniah kita sudah selangkah ke medan perang!

Garisan bawah
Masa untuk kena student dan sv.

17 February 2012

Science Project - Potato Battery

Science Project for Sekolah Menengah Sains Pokok Sena.

Thanks to Siti Salwa for the batteries improvement.
 Potato Battery !!


Tanjung Rhu


 


nice to see.... Oops! you cannot enter!!



Sifat-sifat Makmal

Masa jadi student dulu sempat masuk banyak makmal pensyarah. Ada makmal untuk undergraduate, ada kepunyaan group dan paling takut masuk bila lab itu milik individu. Ada macam ciri2 makmal. Ketua Jabatan pun tak tahu yang mana betul dan yang mana ikut peraturan.

Antara sifat2 makmal;
1.    Ada makmal luas dan cantik, tetapi tiada student berkerja. Yang ada hanyalah pembantu makmal.
2.    Ada makmal luas dan cantik, cubical student pun diletak sofa & karpet. Makmal dah macam rumah (patutlah ramai tidur).
3.    Ada makmal luas dan cantik, woit.... mana boleh kongsi2 dengan pensyarah lain.
4.    Ada makmal luas dan cantik, tapi takda siapa pun boleh masuk.
5.    Ada makmal banyak alat, tapi buat macam harta peribadi.
6.    Ada makmal banyak alat, tapi hampeh kedekut nak bagi pinjam.
7.    Ada makmal banyak alat, tapi satu pun tak pernah pakai.
8.    Ada makmal banyak alat, pembantu makmal pura2 kata "aku pun tak tahu guna...".
9.    Ada makmal banyak alat, tapi student sendiri guna alat tempat lain (biar rosak alat orang lain asalkan jangan rosak kat lab kita).
10. Ada makmal banyak alat, bila ada orang boleh run alat tu, barulah sibuk nak guna juga.
11. Ada makmal banyak alat, satu paper pun tak pernah publish.
12. Ada pensyarah dok sibuk pasal makmal dan alat, tapi orang lain dok sibuk guna.
13. Ada pensyarah dok sibuk pasal makmal dan alat, tapi dia sendiri lupa nak buat research.
14. Ada pensyarah dok sibuk pasal makmal dan alat, rupa2nya esok dah nak pencen.
15. Ada pensyarah takda makmal, activities researchnya tetap terbaik.
16. Ada pensyarah takda makmal, research takda, paper takda, students takda... cari pensyarah kat bilik pun takda!! Hahaha.....

14 February 2012

Ikan buntar

dah bertahun tinggal di Parit Buntar... sekor ikan buntar pun tak jumpa!.....
Canon 60D|f1/20|1/160sec|50mm|ISO200

13 February 2012

07 February 2012

03 February 2012

Langkah Mula 4 - 3. Projek Mini


"We can get him a started with small research project"

Ini bukan real project MSc/PhD lagi. Selangkah pun tidak. Separuh jari kaki pun belum tentu. Cuma pengenalan kepada bidang project. SV hanya ingin beri pendedahan awal kajian.

Katakan untuk project PhD ialah "clown fish" tadi. Tak perlu student pergi susah2 terus tangkap di laut dalam. Ini Akan buang masa. SV cuma nak tengok competency dalam lab works. So beli saja dulu clown fish tu dari kedai ikan.

Cuba pelihara dalam lab. Cari peralatan yang berkaitan bela ikan kedai ni. Paling penting fahami ciri2 asas kehidupannya. Belajar jaganya, makanan, air, oxygen etc. Tidak perlulah tunggu fish buat joke, baru kata berjaya. Cukup dengan biarkan dia hidup untuk 3 bulan.

Cari sikit pengalaman sebelum dapat atau buat real 'clown fish' ni. Buatlah persiapan awal2 menyambut 'real' clown fish nanti. Biasanya ikan kedai/aquarium mudah hidup, tapi ikan 'real' lagi sensitif!

Jadikan results dari ikan kedai ini sebagai guideline dan target utk kajian postgrad nanti. Walaupun results pasti tidak sama, sekurang2nya panel viva tanya kita tahu dan pernah buat sampel standard dan sampel buat sendiri!

Buat report untuk ikan kedai ini dan bagi SV. Pasti ada comments membina daripada SV. Kemudian belajar lagi untuk menulis dan improve experimental works.

Hinggalah SV kata, "ok dah cukup training.... sekarang masa awak mulakan project PhD".